Pageviews

11 Jun 2014

Ramadhan bakal tiba | Bersediakah kita?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ramadhan 1435 H bakal tiba


Hari ini, 14 Syaaban 1435H, 17 hari lagi menjelang Ramadhan.  Bulan Ramadhan bukan sahaja satu-satunya bulan dalam kalendar Islam.  Namun bulan ini merupakan bulan rahmat yang amat istimewa kepada umat Islam.  Inshaa Allah jika dipanjangkan usia sempatlah kita bertemu dan menikmati keindahan bulan yang bakal menjanjikan seribu rahmat buat kita iaitu Ramadhan.

Enggan membicarakan lebih lanjut mengenai Ramadhan tahun lepas (1434H) kerana ia bakal menambah kesedihan.


Ramadhan Karim


Biarpun hari ini, ketika catatan ini tertera di sini kita masih lagi bernafas di bulan Syaaban, namun sudah tentu kita mengharapkan nafas kita ini berterusan bersama rahmat dan hidayah dari Allah hingga ke penghujung Ramadhan 1435 dan hingga ke tahun-tahun berikutnya.


Sebagai persediaan sebelum tibanya Ramadhan.  Ada baiknya kita hayati dan raikan kedatangan Ramadhan dengan ucapan ‘Ramadhan Karim!’ sesama kita dan jawablah ucapan itu dengan ‘Allahu Akram!’

Maksud ucapan:
*  Ramadhan Karim (kareem) bermaksud Ramadhan yang mulia.
*  Allahu Akram bermaksud Allah lebih mulia.


Persiapan menjelang Ramadhan

  1. Persiapan Hati:  Suburkan kerinduan dan kegembiraan bertemu Ramadhan. Bersihkan hati kita dari segala sifat mazmumah (sifat yang keji).  Latih hati kita dari sekarangan untuk lebih bersedia menjelang Ramadhan, supaya kita tidak terbawa-bawa dengan sifat yang tidak baik.  Wallahu a'lam.
  2. Persiapan Fizikal: Pastikan tahap kesihatan terbaik untuk menggandakan ibadah di bulan Ramadhan.  Bersiap dan berlatih dari sekarang untuk meningkatkan stamina supaya diri dan fizikal tidak terkejut dengan amalan yang bakal dilaksanakan.  Solat Tarawih sudah tentu menjadikan pahala yang berlibat ganda, rugi rasanya jika tidak dapat dijadikan amalan sepanjang Ramadhan yang datangnya hanya 30 hari dalam setahun.
  3. Persiapan Mental: Jangan terlalu memikirkan bulan puasa tetapi bulan Ramadhan yang penuh barakah, rahmah dan maghfirah.  Mental perlu dilatih dan dipersiapkan dari sekarang agar menerima kehadiran bulan Ramadhan dengan rela dan ikhlas hanya untuk Allah.
  4. Persiapan Spiritual: Bersihkan hati dengan taubat dan posisikan hati lebih dekat dengan Allah dengan istighfar dan zikir.  Jiwa pastinya akan lebih tenang dengan kehadiran bulan Ramadhan kerana 'gangguan' itu diikat dari sekarang.
  5. Persiapan Intelektual: Mantapkan ilmu ibadah agar lebih sempurna dan diterima.  Dapatkan bahan bacaan yang berkualiti seperti dari Majalah Solusi.  Banyak disediakan maklumat seperti persediaan menjelang Ramadhan.  Jika tidak keberatan dapatkan Majalah Solusi keluaran 34, dalam keluaran berkenaan terdapat banyak penerangan mengenai kemuliaan bulan Ramadhan.
  6. Persiapan Material: Juga perlu kerana Ramadhan adalah bulan sadaqah berganda ganjarannya.  Bukan sahaja persiapan untuk menghadapi hari sesudah Ramadhan tetapi semasa Ramadhan itu sendiri.  Pastinya sumber yang mencukupi untuk menyumbang kepada mana-mana individu yang memerlukan.  Paling tidak sumbanglah ke tabung masjid, semoga dengan sumbangan kita itu dapat memberikan juadah berbuka puasa kepada yang memerlukan.

Sedikit maklumat tambahan, semoga bermanfaat

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Berapa ramai orang yang berpuasa hanya mendapat lapar dan haus." (Riwayat Ibn Majah).  

Semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang dimaksudkan Rasulullah s.a.w. seperti di atas.  Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu rahmat dan berkat dalam kehidupan kita.

Bloglist Sahabat Blogger Ramadhan 2014

Catatan ini dengan sendirinya adalah #peringatanbuatdirisendiri.  

Sempena kehadiran Ramadhan tidak lama lagi, Blogger Hasrul Hassan, akan mewujudkan satu bloglist khas untuk Ramadhan ini. Bloglist ini bertujuan untuk eratkan silaturrahim antara blogger di bulan penuh keberkatan dan mendedahkan kegiatan blogger Malaysia di bulan Ramadhan.

3 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.