Pageviews

16 Jun 2014

Perasaan takut menjaga diri dari lalai

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Perasaan takut menjaga diri dari lalai


Keselamatan hendaklah diutamakan.
Sedikit kecuaian dan alpa
akan membawa akibat yang buruk.
Gambar hiasan

Perasaan takut ada pada semua orang.  Tidak kira orang dewasa atau kanak-kanak.   Yang berbeza adalah jenis ketakutan.  Seperti takut kerana tidak tahu, takut kerana tahu akibatnya serta ada juga perasaan takut kerana saja-saja diada-adakan.


Sebagai orang dewasa, kita sepatutnya memberikan panduan kepada anak-anak untuk mengawal perasaan takut.  Walaupun pada pandangan kita sesuatu ketakutan itu tidak sepatutnya ada, seperti takut kepada hantu.  Takut seperti ini tidak seharusnya dibiarkan berlarutan kerana apabila dewasa kelak perasaan itu akan bersarang dan sukar diubah.

Takut yang paling utama

Sesungguhnya rasa takut yang paling utama adalah rasa takut kepada Allah yang dapat menghalangi Anda dari perbuatan maksiat dan mendorong Anda untuk berbuat ketaatan; Dan dzikir merupakan (bagian dari) ketaatan kepada Allah. Maka barangsiapa yang mentaati Allah maka sesungguhnya ia telah berdzikir. Sebaliknya, barangsiapa yang tidak mentaati-Nya, maka sesungguhnya ia telah lalai dari dzikir kepada-Nya walaupun ia banyak bertasbih dan membaca al-Qur'an.  (Sa'id bin Jubair)

2 ulasan:

  1. sangat betul kak.. biarlah takut kepada ALLAH maka kita akan takut untuk melakukan pekara yang tidak baik

    BalasPadam
  2. ada baiknya perasaan takut tu ada dalam diri

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.