FOLLOWER

6 Jun 2014

Bersediakah untuk berubah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bersediakah kita untuk berubah



Berubah.
Tidak semua orang sanggup berubah, sama ada berubah tempat duduk, berubah kedudukan atau berubah arah begitu juga berubah angin.
Walaupun selalunya kita sering berubah.
Mungkin kerana pendirian kita yang sejati dan jitu maka sukar untuk kita berubah dan sukar menerima perubahan.
Walaupun setiap hari ada saja perubahan yang berlaku... antara sedar dengan tidak.


Ada orang tidak akan berubah kerana pengetahuannya dan asasnya sudah begitu.
Keadaan ini sedikit tidak mendatangkan kesukaran untuk menjadi lebih baik.

Dalam situasi ini peranan pihak kedua amat penting dan perlu tegas sekiranya dia komited untuk berubah dan membawa perubahan.

Ada orang malas berubah kerana tidak mahu bersusah-payah setelah sekian lama berhempas pulas menyiapkan tapak.  Bukan sedikit masa dan kudrat yang digunakan untuk membina tapak ini.  Setelah kukuh di sini... bagaimana bisa ia diubah?

Lalu bagaimana kita dapat membantu orang lain dan diri kita sendiri untuk mencapai kecemerlangan andainya kita tidak bisa berubah.

Paling tidak terimalah perubahan itu seadanya dan cubalah adaptasikan perubahan itu untuk kebaikan diri sendiri.

** perhatian:  Isu ini tiada kaitan dengan suasana politik.


1 ulasan:

  1. hu2.. kadang2 org lain ingin kita berubah terlampau drastik, yang tu memang amat payah..

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.