FOLLOWER

9 Mei 2014

Tempeyek mini kudapan rangup pilihan ramai

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tempeyek mini kudapan rangup pilihan ramai.


Tempeyek atau rempeyek merupakan makanan ringan orang Malaysia sejak dahulu.  Kewujudannya sejak bila aye tak tahu tetapi sejap kecil lagi memang dah ada.  Masa kecil dulu (zaman sekolah rendah dan menengah) selalu juga tolong arwah emak buat untuk hidangan di hari raya.  Macam-macam version ada.  Antaranya letak kacang tanah dan kacang hijau dan tidak ketinggalan ikan bilis.

Setelah berumah tangga belajar pula kaedah baru untuk buat tempeyek... ringkas dan mudah.  Nak buat tempeyek ini tidak susah tetapi tertakluk kepada kerajinan dan punca kuasa.  Punca kuasa yer... Ohhh punca kuasa itu terdiri dari bahan mentah dan kesediaan anak-anak untuk tidur awal.  Jika tidak banyak gangguan.

Tetapi punca kuasa utama adalah duit untuk membeli.  Juga peluang untuk mendapatkan tempeyek yang mempunyai rasa sebenar bukan sekadar bergantung kepada bahan perasa tiruan.  

Anak-anak sekarang sudah mula ikut jejak ayah mereka yang suka makan tempeyek, sehingga boleh berebut.  Itu adalah sifat semulajadi dan normal bagi anak-anak kecil.. tetapi bukan sifat yang sesuai diamalkan oleh orang dewasa.  

Oleh kerana umi tidak berapa rajin menggoreng maka... beli dari pasar adalah jalan paling ringkas dan cepat. Kan?

Kacang tanah dari seberang
Enak dimakan setelah digoreng
Sungguh indah waktu petang
Makan tempeyek dalam balang

Sekian.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
yangbaik.blogspot.com | suka duka pentas dunia
#doauntukMH370


$$$  



5 ulasan:

  1. sedap ni tempeyek mini ni... hew hew hew...salam jumaat kak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sedap kan... salam jumaat kembali kepada farah :D

      Padam
  2. kalau makan sambil ngadqp tv memang x perasan habis sebalang ni.. krup krup.. :)

    salam singgah..

    BalasPadam
  3. kalau makan sambil ngadqp tv memang x perasan habis sebalang ni.. krup krup.. :)

    salam singgah..

    BalasPadam
  4. Kruk krak kruk krak depan tv sedap nye kan...hehe

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.