FOLLOWER

19 Mei 2014

Ranking Alexa 19.5.2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tiba-tiba saja tergerak nak buat entri mengenai rangking alexa di blog YANGBAIK. Bukannya hujung bulan atau awal bulan tetapi memang sengaja buat entri ini untuk merapatkan lagi perhubungan dengan Alexa.


sumber gambar - google.com dari SINI


Maklumlah semakin kerap kita buat entri mengenai alexa menunjukkan kita semakin mesra dengan Alexa dan secara tidak langsung Alexa juga akan bertambah mesra dengan kita. Ayat ini memang tidak boleh 'blah' kan sebab nampak sangat macam terdesak dan nak bodek Alexa.

Tetapi itu hanyalah bahasa kiasan untuk menampakkan bahawa kita bersungguh-sungguh dalam dunia blogging walaupun kadang-kadang suam-suam kuku. Namun perhubungan dengan alexa tidaklah diabaikan bagi memastikan kedudukan blog dalam ranking alexa tidak terkebelakang.

Banyak faedahnya kepada blog suam-suam kuku bila mana ada tempat di dalam ranking alexa.  Bukannya saja-saja nak nama atau popular tanpa sebab.

Banyak pula celotehnya yer.  Anda bosan?  Janganlah begitu... kan ada perkongsian pengetahuan sikit neh.

Berikut adalah kedudukan blog YANGBAIK dalam Alexa Ranking pada awal 19.5.2014. Sedih kan.. nampak macam merosot banyak sangat dari 2.5.2014

Rank:  315,513
Links in:  237 (dah bertukar)
 
Global Rank:  312,663
Rank in Malaysia:  3,555
Sumber :  SINI

Rank terdahulu rujuk SINI.

Sungguh-sungguh menyedihkan.  Rank global dan rank di Malaysia jatuh menjunam.  Jenuh lah nak mendaki semula.  Kesan ini mungkin juga kerana ada beberapa hari tiada entri yang menarik.  Mesti terus berusaha untuk menghasilkan entri yang terbaik dan 'tiada hari tanpa entri'.

Terima kasih atas sokongan semua.

Sekian adanya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
yangbaik.blogspot.com | suka duka pentas dunia
#doauntukMH370


$$$

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.