Pageviews

04 Mei 2014

Rahsia kulit segar dan sihat 24jam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selami rahsia kulit segar dan sihat 24 jam.  Wah! mesti hebatkan. Kulit tidak lagi terasa kering dan gersang seperti padang rumput di gurun Sahara.  Kulit yang sihat bukan sahaja idaman model atau artis.  Malahan suri rumah dan blogger wanita juga mengimpikan kulit wajah yang sihat dan segar.  Kulit yang sihat dan segar tidak semestinya untuk ditayang di ruang blog tetapi untuk kepuasan diri serta untuk tatapan encik abang kannnn.

Tak percaya?  Tanyalah blogger lelaki pun suka jika kulit wajah mereka sihat dan segar :P




Nah! Ini dia rahsia yang disebut-sebutkan.  Olay Aquaction.  Telah memenangi anugerah 'Best of the best Beauty Award of the year 2012 for best hydration' oleh Taiwan Cosmetic. 


Inilah wajah kesegaran bersama Olay Aquaction.

Kejutan sangat.  Sudah lama sebenarnya YANGBAIK tidak mengeluarkan entri berkaitan kecantikan.  Dan... rasanya entah bila entri terakhir yang dibuat mengenai kecantikan. Wajah cantik dan berseri memang idaman semua wanita.  Dengan ini diucapkan terima kasih kepada Olay Aquaction dan  Nuffnang di atas kerjasama menghasilkan iklan CPUV.


CPUV ke-2 Mei 2014.  Olay AQ Lighthouse.  Nuffnang sekali lagi membuat kejutan apabila menawarkan CPUV kedua dalam hari yang sama.  Pada 2 Mei, YANGBAIK sebenarnya telah mengeluarkan entry berkaitan kereta mewah keluaran Volkswagen iaitu Jetta.  Setelah mengeluarkan entri berkenaan tidak pula menoleh semula ke akaun Nuffnang.  Tambahan pula semalam tidak berkesempatan melayari blog kerana urusan keluarga (skema!!)  Kerana amat jarang sekali Nuffnang bermurah hati.  Namun siapa sangka sesekali Nuffnang menghargai ahlinya.  Terima kasih.

Olay Aq bukan sahaja memaparkan barangan kecantikan tetapi turut membawa kita satu laman web berkaitan keperluan harian seperti keluarga, makanan, kesihatan serta seni taman.  Banyak lagi untuk diteroka.  Terus saja ke laman web P&G Everyday banyak faedah menanti anda di sana.  Jangan lupa untuk daftar sebagai ahli dan dapatkan faedah berganda di situ.

Terima kasih semua.  Anda memang hebat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
yangbaik.blogspot.com | suka duka pentas dunia
#doauntukMH370



$$$

2 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.