Pageviews

25 Mei 2014

Kuasa untuk membalas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kuasa untuk membalas

Kita (saya juga sebenarnya) sering terpengaruh dengan rasa hati untuk membalas perbuatan orang lain ke atas kita.  Kita merasakan bahawa dengan membalas perbuatan berkenaan ia akan berbaloi dan puas hati kerana merasakan pembalasan itu setimpal.

Sebenarnya tanpa disedari sebenarnya perasaan kita itu adalah silap dan salah sama sekali

gambar hiasan.  Koleksi peribadi

Kita sebenarnya tidak mampu membalasnya dengan kadar yang sama kerana kita tidak punya kuasa apa-apa.  Bahkan dengan membalas perbuatan berkenaan ia sebenarnya tidak bisa menjadikan jiwa kita tenang.  Kerana dalam hati pasti terdetik atau tertanya-tanya adakah ianya setimpal atau berbaloi.

Kita tidak mampu menjadi jutawan atau hartawan hanya dengan membalas perbuatannya.

Saidina Umar Al-Khatab pernah meriwayatkan bahawa "Kalau engkau merasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah, ingat pula bahwa Allah lebih berkuasa membalasnya".
Ini bermakna apa saja yang kita buat sama ada membuat aniaya pada orang lain atau dianiaya orang... balasan yang lebih setimpal adalah adalah dari Allah.  Kita tidak perlu buat apa-apa untuk membalas penganiayaan itu sebaliknya berdoalah agar hidup kita aman bahagia serta hidup orang itu juga dalam keadaan baik.


Sekian adanya.  Semoga yang terbaik untuk kita dalam meneruskan kehidupan untuk menuju ke sana yang kekal dan abadi.

Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.