Pageviews

22 Mei 2014

Di mana keadilan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Di mana keadilan?

Kita sering tertanya-tanya di mana keadilan buat kita bila mana kita rasa dizalimi.
Lantas kita memikirkan bahawa dunia ini tidak adil.



Gambar hiasan, koleksi peribadi

Apabila tidak berjaya mendapat apa yang kita hajati, dengan pantasnya kita akan mengatakan bahawa ia tidak adil tanpa kita sedari bahawa sebenarnya kita sedang diuji untuk diberikan sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita hajati.  


Jarang kita sedar bahawa kita sebenarnya dalam perjalanan menuju ke syurga.
Amat perit untuk kita terima kezaliman itu.
Bukan sahaja buat kamu yang membaca kenyataan ini
Tetapi juga buat si penulis kenyataan ini.
Kerana menulis dan berkata atau mudah
Tidak bagi yang mengalaminya

Seperti kata Khalifah Umar Al-Khatab iaitu "Keadilan itu syurga bagi yang terzhalimi dan neraka bagi yang menzhalimi".

Lantaran itu, di saat dan ketika kita rasa dizalimi... berdoalah yang baik dan elok kerana ketika itu doa mustajab.  Tiada gunanya kita berdendam dengan orang yang menzalimi kita... kerana dendam itu tidak mampu membahagiakan kita.

Sekian adanya.  Semoga yang terbaik buat semua.  In Shaa Allah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.