Pageviews

22 Mei 2014

Baru melepasi tiga ratus ribu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Baru saja melepasi tiga ratus ribu pageview.  Itupun dah nak riuh sekampung...

Mujur juga saya tidak bela ayam jika tidak saya akan kerahkan ayam saya supaya berkokok riuh setaman... hahaha


300081 pada 10.45 malam, 22 Mei 2014

Inilah rupa pageview ketika entri ini dirakam dan ditaip.  Tiga ratus ribu saja tidak banyak sampai jutawan atau bilion tetapi bilangan ini cukup memberi makna kepada blog YANGBAIK.

Tidak mudah sebenarnya nak mencapai hingga ke angka ini terpaksa merangkak dan meniti.  Jatuh bangun tu tidak terkiralah adat dalam dunia blogging. Asalkan kita tidak ganggu orang, gerak perlahan pun tidak mengapa kerana blog kita turut menggambarkan siapa kita.... tidak begitu?

Semoga dunia blogging kita dipenuhi dengan catatan yang membawa manfaat dan kebaikan kepada semua pembaca.  Bukan sekadar gosip murahan atau hamburan caci maki kepada sesiapa.

Sekian adanya.  Terima kasih atas kunjungan anda semua sehingga menjadikan pageview untuk blog ini melepasi angka tiga ratus ribu.

3 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.