Pageviews

07 April 2014

Rahsia mengapa cemerlang bukan milik kita seorang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Rahsia bukan lagi rahsia mengapa cemerlang bukan milik kita seorang.

Mungkin dah banyak kali buat entri berkisar di sebalik prestasi kerja dan diberi anugerah cemerlang. Agak sukar nak jumpa entri lalu yang mengeluarkan isu berkaitan sebab tagline selalu berubah dan berbeza mengikut mood semasa menulis.

'Biasan' corak hiasan

Sudah beberapa hari perkara ini dibincangkan di kalangan beberapa orang sahabat di pejabat tetapi tidak dihiraukan.  Malas rasanya nak ambil kisah... bukan tidak peduli tetapi rasanya tidak perlu lah nak kecoh sangat.


Hari ini... setelah ada masa terluang sedikit sambil nak semak beberapa perkara di porta, diringankan tangan untuk klik ke 'situ'.  Terasa sedikit pelik dan hairan juga mengapa jadi begitu... tetapi siapalah kita nak persoalkan keputusan yang telah dibuat.

Dan.... nak kata sebak tak juga tetapi agak terkejut dan sedikit terkilan.  Tak banyak pun... sikit sangat. Sebabnya kita kena sedar mengapa kita dapat markah penilaian yang jauh lebih rendah dari tahun-tahun lepas.

Dah tahu kan mengapa???

Sendiri sedar dan muhasabah diri... bahawa kita tidak selamanya yang terbaik dan tidak selamanya kita sempurna dari segala sudut.

Apa yang kita dapat untuk tahun-tahun terdahulu adalah atas usaha kita dan juga sedikit ihsan dari orang-orang sekeliling serta rezeki dari Allah.  Untuk tahun ini dan tahun-tahun akan datang... semuanya juga bergantung kepada sejauh mana kita berusaha untuk memperbaiki diri.

Penilaian manusia sekeliling sudah tentu berbeza mengikut mood dan pandangan serta personaliti.  Kalau yang suka akan bagi markah lebih dan kalau yang kurang suka begitulah penilaiannya.

Namun harus ingat.... penilaian yang lebih penting adalah dari Yang Maha Besar lagi Maha Mengetahui iaitu pencipta kita yang hakiki.

Pernah suatu ketika dan selalu mengingatkan diri sendiri bukan senang mengekalkan kecemerlangan dan tidaklah susah untuk menjadi lebih cemerlang.  Yakin pada diri sendiri dan berusaha sehabis baik.

Semoga dipermudahkan urusan anda semua.

Terima kasih atas perhatian.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
suka duka pentas dunia
#doauntukMH370




$$$


2 ulasan:

  1. Assalamualaikum kak, selalu muhasabah dan tawakal.. in shaa Allah. singgah menabung digi sini~~~

    BalasPadam
  2. terima kasih sheila... kita perlu selalu muhasabah diri dan rajin-rajinlah menabung di sini ehhh :D

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.