Pageviews

18 April 2014

Perlu ke jadi hipokrit

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hipokrit.  Satu ketika dulu, ketika zaman sekolah selalu juga isi buku biodata koleksi kawan-kawan.  Seronok suka-suka, siapa yang dapat banyak biodata dia kira macam popular, kalau sekarang ni dah boleh kira macam artis... gitu lah.


Antara pengisian dalam buku biodata itu adalah 'Perkara/Orang yang paling dibenci'.
Rata-rata akan menulis 'orang hipokrit'.  Dan ketika itu penggunaan perkataan hipokrit turut melambangkan bahawa orang itu kaya bahasa atau mempunyai pengetahuan yang luas dalam bahasa.  Terasa hebat tak?  Boleh sekadar nak menumpang populariti 'budak pandai'

Begitulah sedikit imbasan contoh penggunaan perkataan hipokrit.



Menurut Kamus Dewan, hipokrit ialah orang yang berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dan lain-lain) baik, (orang yang) memperlihatkan keadaan diri yang berlainan daripada yang sebenarnya, munafik.

Jika begitulah tafsiran hipokrit... sudah tentu kita termasuk dalam golongan orang yang 'bersalah' sekiranya kita dengan sesuka hati melabel orang lain hipokrit. Mana tidaknya orang yang hipokrit turut disamakan sebagai munafik.

Tuduhan itu sepatutnya tidak dilemparkan sesuka hati. Kerana ia turut memberi impak yang besar ke atas imej seseorang.

Sekian dulu sedikit ulasan dan pandangan peribadi yang tidak seberapa. Semoga bermanfaat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
suka duka pentas dunia
#doauntukMH370

$$$$$

10 ulasan:

  1. jangan jadi hipokrit :) salam jumaat kak :)

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum... semua org mahu berubah jadi baik... Wallahu a'lam.. niat itu penting.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. semua niat baik diteruskan dan berkekalan. terima kasih :D

      Padam
  3. ehh penat menaip dah hilang plak..pokoknya no hipokrit!

    BalasPadam
    Balasan
    1. la... pokok pangkalnya dah ada usaha kan... yes say no to hipokrit.

      Padam
  4. orang hipokrit memang terlalu ramai dalam dunia ni kak, salam jumaat kak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang ramai itu... tq farah

      Padam
  5. Assalamualaikum kak, semoga dapat berubah ke arah kebaikan. in shaa Allah. singgah menabung ford sini~~~

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.