FOLLOWER

28 April 2014

Kepentingan Alexa Rank kepada blogger

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Kepentingan Alexa Rank kepada blogger.

Tak kiralah blogger picisan atau blogger cap ayam. Semua blogger patut tahu kepentingan Alexa Rank kepada blog mereka. Walaupun blog peribadi berkisar kisah anak-anak atau kisah peribadi. Alexa memainkan peranan penting untuk menaikkan rangking blog di alam maya.

'Print screen' pageviews yang diperolehi dari Alexa Rank


Tak ingat bila simpan 'screen' ini. Ketika ini agaknya memang taksub sangat dengan 4 blogger pilihan. Tapi memang nampak ketara sangatkan punyalah jauh jaraknya ibarat bulan dan bumi. Kalau buat perbandingan sekarang pun rasanya tidak jauh bezanya... masih lagi di takuk lama.

Nak tahu apa kepentingan Alexa Rank kepada blogger? Kalau nak tahu blogger HH ni banyak buat cerita mengenai Alexa dari bagaimana nak pasang widget Alexa hingga yang terkini rahsia penting yang harus diketahui ramai blogger.


Sebenarnya bagi YANGBAIK sendiri kepentingan memasang widget Alexa di blog telah lama diketahui tetapi tidak berapa ambil kisah. Dah pasang widget Alexa kat blog jarang sangat buat 'follow-up'. 

Rank Alexa pada 1.1.2014
Global:  478,258
Malaysia:  4,797
Sebabnya dengan harapan Alexa sendiri akan melaksanakan fungsinya untuk blog ini iaitu menaikkan 'rangking' blog dan seterusnya meletakkan blog ini dikalangan blog terkenal. Sebenarnya pemahaman mengenai konsep sebegini adalah tidak tepat dan salah sama sekali. Kerana 'rangking' Alexa tidak akan meningkat dengan sendirinya tanpa usaha berterusan.





Kesimpulannya selepas memasang widget Alexa Rank di blog, para blogger perlu menyusul dengan membuat entri berkaitan Alexa Rank supaya Alexa Rank sentiasa mengingati anda sebagaimana anda ingat kepada Alexa Rank.

Sehingga di sini dulu. Selamat berblogging kepada semua dan selamat berkenalan dengan Alexa Rank.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
yangbaik.blogspot.com | suka duka pentas dunia
#doauntukMH370

Segmen Blogwalking By DayangDeno (1.5.2014)
1st Giveaway by nuraaisy.bs.com (29.4.2014)
1st Mini GA by NaNie DeaN (4.5.2014)



$$$

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.