FOLLOWER

14 April 2014

Genap 18 bulan dan suntikan lagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari ini, genap usianya 18 bulan atau 1 tahun 6 bulan.  Sungguh cepat masa berlalu masih terasa seakan semalam ianya berlaku.  Semoga Abid bertambah sihat dan pintar.




Hari ini juga Abid ada temujanji di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak.  Antara tujuan utama adalah untuk menerima suntikan 3 serangkai iaitu DTaP (B), Hib (B) dan IPV (B).

Untuk rekod, maklumat yang diambil dari Buku Rekod Kesihatan pada usia 18 bulan seorang bayi yang normal seharusnya sudah boleh berjalan, boleh memasukkkan dan mengeluarkan objek serta berminat dengan permainan.  Anak itu seharusnya sudah boleh menconteng, menyebut beberapa patah perkataan dan boleh mengikut arahan yang mudah.

Dari pengamatan Yangbaik, semua yang direkod di atas sudahpun berjaya dilaksanakan oleh Abid.  Alhamdulillah.

Hari ini... tunggu dan lihatlah perkembangan terkini di KKIA.  Harapannya petugas di KKIA kali ini bertugas dengan lebih cekap dan cemerlang.  Tiada lagi kekalutan atau kelambatan dalam melaksanakan tugas mereka.

Sekian adanya.  Semoga yang terbaik buat semua.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
suka duka pentas dunia
#doauntukMH370




$$$



6 ulasan:

  1. Alhamdulillah...sekarang ni banyak penyakit yg dulu boleh control dengan vaccination dah merebak semula sbb ramai parents tak nak vaccinate anak. Semuanya kehendak Allah tapi kita juga kena berusaha kan ;)

    BalasPadam
  2. Semoga sihat membesar dan menjadi insan yg soleh dan berjaya didunia dan akhirat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Doa dan harapan ibu dan ayah untuk anak-anaknya sentiasa yang terbaik.

      Padam
  3. alhamdulillah..anak2 semakin membesar sekejap aje masa berlalu..kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang rasa sekejap sangat masa berlalu...

      Padam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.