Pageviews

25 April 2014

Demam nak tumbuh gigi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tajuk ini telahpun ditempah beberapa bulan yang lalu.  Ketika Abid demam kerana hendak tumbuh gigi.  Kesian kan kat Abid... dah berbulan-bulan hilang sakit tumbuh gigi dan kali ini sakit itu datang lagi. Dan datangnya sakit itu ketika umi tiada di rumah... ketika umi menghadiri KAD di Shah Alam.

Ayah memang lah ... dah umi balik baru nak cerita Abid demam... Ayah kata tak nak bagi umi bimbang lagipun demamnya bercampur dengan demam rindu... Elok umi balik kena tambah 1 hari lagi cuti untuk 'take care' Abid dan Inas yang turut demam.


Gambar ini diambil bulan lepas ketika gusinya tidak sakit.  Memang meriah makan dan kunyah segala-galanya.  Semua makan selagi boleh masuk ke dalam mulut semuanya di kunyah dan telan.

Cuma satu yang umi perasan bila buat bubur nasi Abid hanya makan nasi sahaja lain-lain sayur diluah.  Mungkin kerana rasa yang tidak sama dengan nasi.  Tetapi bila diberi makan nasi pejal bersama sayur elok saja dia makan.

Sekarang umi dah tahu sebenarnya Abid tidaklah cerewet tentang makan cuma kena pada masa dan gaya saja kan...





Berbalik kepada demam nak tumbuh gigi.... eh terbabas pulak tadi...

Kali ini gusi Abid memang bengkak boleh nampak dari pipinya.  Bila dilihat rupanya nak tumbuh gigi geraham... mungkin juga sebab kawasan hujung gusi kan.  Bila dah sakit macam ni... kita orang besar pun naik demam dibuatnya.  Jenuh jugalah Abid merengek... asyik dan berdukung saja.  Tidur pun sekejap kemudian terjaga merengek lagi... ketika ini memang kena banyak bersabar dan bertenang kerana bukan sengaja mereka nak merengek macam tu..

Seharian umi di rumah tidak update blog... kerana nak beri lebih masa dan tumpuan kepada anak-anak sebagai ganti sebab tinggalkan mereka lebih dari 3 hari.  Puas hati...

Hari ini... umi dah boleh masuk ofis kerana kesihatan mereka dan stabil dan ketika rehat barulah sempat nak update blog, tengok dan kemaskini apa yang patut.

Sekian adanya.  Terima kasih atas perhatian semua.


4 ulasan:

  1. Alaa kesiannya Abid . Cpt sembuh ye comel syg :)

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum kak, haa comelnya nak tumbuh gigi dah dia... singgah menabung huawei sini~~~

    BalasPadam
  3. Woot..woot..tumpang singgah.. ;)

    *abid ensem!
    #misiblogwalkingkakmialiana#

    BalasPadam
  4. Tak pe umi dahulu kan anak tu dulu hihi
    Blog bila boleh update kan
    Memang sakit bila nak tumbuh gigi nie
    Cik akak tengok anak sedara menangis je sebab sakit sian lah tengok

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.