Pageviews

29 April 2014

BERSAMA MEMBANGUN BLOG LAVENDER MUMMY

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bersama Membangun Blog Lavender Mummy.  Lavender Mummy merupakan blogger baru tetapi mempunyai banyak idea dan bijak dalam mengatur ayat serta kata-kata... tidak seperti YANGBAIK... kadang-kadang buat ayat suka tergantung.... tetapi jangan bimbang kerana itu adalah 'trademark' YANGBAIK.  So tiada kaitan dengan Give Away Lavender Mummy : Bersama Membangun Blog Lavender Mummy.


http://lavendermummy.blogspot.com/2014/04/giveaway-bersama-membangun-blog.html

Sebagai blogger kita mempunyai idea dan sebab tersendiri untuk membuat blog.  
Seringkali blog yang kita buat adalah berdasarkan minat dan hobi serta sesuatu yang berada di sekitar kita.

Namun tidak semestinya apa yang kita minat dan suka itu mesti ditonjolkan di dalam blog. Mungkin sebahagian kecil sahaja boleh digarapkan dalam pembangunan sesebuah blog. Contohnya YANGBAIK sendiri menyukai warna-warna pastel seperti merah jambu (pink), ungu dan biru lembut.  Pada awal pembuatan blog dahulu dan mungkin juga sampai sekarang warna-warna berkenaan sering berlegar di dalam blog YANGBAIK.  

Setelah meneliti beberapa pandangan blogger yang berpengalaman, sedikit demi sedikit 'warna' kesayangan itu disimpan di dalam hati dan tidak diwarnakan sepenuhnya pada blog. Mungkin juga kadang-kadang dengan meletakkan warna atau corak-corak tertentu akan mengganggu pemerhatian pembaca serta kadang-kadang akan memberatkan blog.

Dengan itu, latarbelakang blog ada baiknya dibiarkan dengan warna putih bagi menambahkan kemesraan blog bersama google.  Warna-warna atau corak yang kita minati mungkin boleh diletakkan pada sudut-sudut tertentu dalam blog seperti header blog dan kaki blog.

Warna putih walaupun kosong seperti tiada apa-apa tetapi YANGBAIK berpendapat dengan memberi sedikit warna kontra melalui tulisan yang berwarna hitam mampu memberi impak positif ke atas sesuatu blog.  Tidak semestinya latarbelakang blog yang berwarna selain dari putih itu tidak menarik.  Terpulang kepada penerimaan masing-masing.

Akhir kata selamat maju jaya kepada Lavender Mummy dalam dunia blogging.  Semoga terus menghasilkan penulisan dan karya yang bermanfaat untuk semua.

Terima kasih.

GIVE AWAY 'BERSAMA MEMBANGUN BLOG LAVENDER MUMMY'  akan berakhir pada 15/5/2014.


2 ulasan:

  1. Terima kasih kerana joint GA yang LM anjurkan. Semoga Berjaya Memenangi hadiah nanti

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.