Pageviews

18 April 2014

Bahawa antara kita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Semalam yang berlalu
membuatku rasa terharu
syukur atas nikmat yang dikurnia
sejahtera hingga selamanya

Kelmarin yang pergi
membawa duka bersama pilu
tidak akan pernah datang lagi
sejahtera hidup untuk selamanya


..... rehat sebentar

sambung semula...

Hari ini hari yang indah
Jumaat penghulu hari
segala resah belum terjawab
hanya menanti dalam debar

Hari ini sekali lagi menunggu berita
Walau resah tetap bersabar
Tiada siapa yang endah
Apatah lagi ambil pusing

Hari ini bulatkan tekad kuatkan semangat
Agar esok tiada resah gelisah
Resah itu menyesakkan nafas
Mengundang gelisah amarah bertabur

Bahawa antara kita ada sesuatu
Awak tahu mengenai kita
Kita tahu mengenai awak
Antaranya kita tiada yang tahu
Melainkan yang Satu

Kita sedar diri ini tidak sempurna
Tidak seperti yang diharapkan
Tiada yang hebat mengenai kita
Tiada yang bagusnya dari kita

Namun satu kita ada
Semangat dan perasaan
Semangat untuk berusaha
Perasaan kecewa juga bakal bersatu
Bila mana diri sukar dihargai

Bahawa antara kita ada yang pasrah
Menanti berita menunggu jawapan
Saban hari saban ketika
Setiap saat menanti berita

Bahawa antara kita ada Dia
Yang Maha Mengetahui
Apa yang tersembunyi dalam hati dalam naluri... hatta sebesar zarah
Kembali kepadaNya menyerah diri
Semoga diri dikurniakan kudrat
Pasrah dan redha patuh bersatu
Pasti kebaikan sudah tersurat


Nukilan:  yangbaik | 18.04.2014 | 13.20
(saat menanti jawapan tanpa soalan dari mana hanya perkhabaran tanpa berita)








3 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.