Pageviews

07 Mac 2014

Setiap hari pun sama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pemandangan pagi yang mendamaikan.  Gambar hiasan

Setiap hari pun sama dan sesekali ada perbezaan walaupun tidak ketara.  Kita biasa dengar dan seringkali didedahkan bahawa dalam kehidupan kita perlu ada peningkatan sama ada dari segi ilmu atau pengetahuan.  Paling tidak adalah peningkatan dari segi iman.

Pagi-pagi Jumaat ini, bukanlah hasrat hati nak berkhutbah atau nak ulang siar rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 tadi.

Disebabkan nak bagi sama isi cerita dengan tajuk cerita saja kann.

Setiap hari pun sama juga sibuk dan menyibuk sana sini.  Yang berbeza adalah jenis-jenis kesibukan dan yang paling ketara sibuknya memang tak sama.... hehehe ayat pun skema saja.

Hari ini sibuknya adalah bertemakan audit.  Bila dah kena audit kenalah siapkan segala maklumat dan bahan-bahannya seperti fail yang lengkap dan dokumen sokongan lain.  Tidak tahulah audit kali ini apa pula jenis dokumen dan maklumat yang diperlukan oleh auditor.  Agak kurang jelas tetapi masih lagi diberi peluang untuk bersiap siaga.

Semoga audit kali ini berjalan lancar dan seboleh-bolehnya tiada kesilapan dalam setiap kriteria yang diaudit.  Bimbang dan khuatir sekiranya ada kesilapan... masaklah kena bancuh nanti.



Untuk rekod, ketika entri ini disiarkan mungkin aye sedang sibuk dengan segala macam keperluan.  Jadi faham-faham sendirilah bila masa entri ini ditetapkan pengeluarannya. Ketika bila entri ini ditulis ceritanya adalah atas andaian dan pengalaman peribadi ketika melalui audit beberapa minggu lepas serta beberapa tahun lepas.  

Semoga dipermudahkan urusan dan semoga yang terbaik buat semua sahabat di jabatan ini.  Terima kasih atas kerjasama.


suka duka pentas dunia


$$$

5 ulasan:

  1. memang leceh kalau kena audit... semua benda dia check... huhuhuhu

    BalasPadam
  2. ABM pernah diaudit 3 kali dalam tempoh sebulan.... memang sakit la... huhuhuhu

    http://cerita-adindabaizuramazlan.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. bagaimana dengan audit tadi kak?

    BalasPadam
  4. semoga Allah permudahkan semua urusan nanti, insyaAllah.

    BalasPadam
  5. Di audit dan mengaudit memang leceh.

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.