FOLLOWER

31 Mac 2014

Rangking Alexa 31.3.2014

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sudah terlalu lama rasanya tidak buat entri mengenai ranking alexa.  Dan, pada tahun 2014, kali ini merupakan entri pertama dikeluarkan.  Aye berhasrat nak keluarkan entri berkenaan ranking alexa setiap bulan... mudah-mudahan berjaya dan dipermudahkan.


Global Rank:  302,397
Rank in Malaysia:  2,265

Sumber :  SINI


Melihatkan kepada angka yang tertera memang cantik dengan nombor yang besar dan bilangan yang banyak.  Tetapi ia bukanlah sesuatu yang elok untuk blog ini.  Kerana semakin rendah angka yang tertera menunjukkan semakin baik blog itu.  

Nampaknya masih banyak yang perlu dilakukan untuk meningkatkan rank blog ini.  Aye perlu rajin kemaskini blog dan yang penting bukan sekadar kemaskin tetapi hendaklah diikuti dengan cerita yang bernas dan menarik bukan entri 'copy paste'.  Selain dari itu yang pastinya aye perlu rajin blogwalking dan meninggalkan komen di blog-blog yang mempunyai PR tinggi....

Agaknya kalau nak turunkan rank di Malaysia ke 2,000 bilalah boleh tercapai...


suka duka pentas dunia

#doauntukMH370



$$$

Segmen Mencari Bloglist by Eppy Ismail

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Hurray!!! malam ni aye buat entri untuk menyertai Segmen Mencari Bloglist by Eppy Ismail.

Apasal tiba-tiba jadi macam kanak-kanak ribena neh???

Sebabnya teruja sangat tengok banner di bawah nie.. Agaknya Eppy Ismail ni peminat badminton negara, sampaikan banner untuk segmen pun diletakkan gambar detik-detik kegembiraan pasukan badminton negara.


Doa dan mencari kebaikan | Pergantungan kepada Allah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Dalam keadaan manapun berdoa adalah satu senjata dan memberi kekuatan kepada kita. Dalam kelemahan doa memberi kita kekuatan.  Dalam kekuatan doa pula memberikan kita peringatan dan kesedaran untuk tidak melupakan dari mana datangnya kekuatan itu.


sumber gambar


Cahaya amatlah diperlukan ketika kita dalam kegelapan malam.  Itu adalah normal dalam kehidupan di dunia ini.

Sentiasa berbuat baik juga mampu memberi kekuatan kepada kita.  Kerana melalui kebaikan itu kita dapat mengenali kekuatan kita yang sebenar.  Berusaha untuk melakukan kebaikan semoga bertambah sinar dalam hati untuk terus berbakti di jalan Allah.
Kebaikan menghidupkan cahaya dalam hati dan kekuatan dalam beramal. Sedangkan keburukan menyebabkan kegelapan dalam hati dan kelemahan dalam beramal.  (al-Mu'tamir bin Sulaiman at-Taimi)

Untuk menjadi insan yang berguna dunia dan akhirat... hindari keburukan supaya hati kita tidak gelap lantaran itu menyebabkan kita sukar melakukan amalan kepada Allah.

Contoh perkara buruk?  Menipu.  Itulah antara contoh paling mudah yang dapat diberikan. Apa sahaja perkara yang tidak baik dan tidak diterima masyakarat dan agama itulah yang buruk.


suka duka pentas dunia

#doauntukMH370




$$$

King Job Dragon

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


King Job Dragon.

Adalah nama lukisan seorang budak lelaki yang berusia hampir 8 tahun.  Namanya Muhammad Alif.

Lukisan Alif

Bila melihat lukisan ini teringatkan entri pakcik ini.  Memang kanak-kanak begitulah penglihatan mereka... setiap lukisan mesti ada matahari... kannn

Bezanya lukisan ini ini tiada warna dan kedudukan matahari juga berbeza walaupun tempat yang dinyatakan hampir sama.

Alif memang tidak suka mewarna.  Letih tangan katanya.  Agaknya nak tunggu umi beli warna air buncho kot. Memang dah beberapa kali disuarakan hasratnya untuk memiliki warna air.

Tulisan ini ayatnya merapu-rapu kerana idea nak menulis melompat-lompat dan tidak menentu.  Malas pula nak semak kedudukan ayat dan perenggan yang sesuai.  Bolehlah blogger umi dan kisah anak-anak kan.


suka duka pentas dunia

#MH370 dalam ingatan




$$$

30 Mac 2014

Pengalaman pertama bersama SlimFast Diet

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


SlimFast Diet produk kurus untuk melansingkan badan yang berkesan boleh dikelaskan sebagai minuman kesihatan walaupun tidak secara khusus.  Kerana kandungannya yang tidak mengandungi tambahan gula.




Aye (saya) antara yang bertuah kerana terpilih sebagai 40 orang blogger yang berjaya dalam giveaway anjuran Mialiana.com dan My Beauty Herbs pada awal bulan Mac lepas.  Untuk rekod penyertaan ke giveaway ini didaftarkan atas nama encik suami memandangkan berat badannya ketika didaftarkan adalah sekitar 110 kg ditambah dengan keinginan aye untuk melihat encik suami kembali ramping seperti permulaan perkenalan dahulu... :P


Pada 13 Mac 2014, produk yang dijanjikan tiba di rumah.  Bukan satu tetapi dua kotak. Sungguh teruja dan tidak sabar mencuba produk kurus terbaru ini.  Bagaimana kesannya kepada encik suami.

Produk kurus badan ini dicuba dengan rasminya pada 14 Mac 2014, iaitu hari Jumaat. Sedikit kesilapan kerana seperti biasa produk pelansingan badan terutama minuman seperti ini lazimnya akan memberi kesan kepada penggunanya pada hari pertama.  Maka secara tidak langsung memberi sedikit kesan tidak selesa kepada encik suami kerana sukar menunaikan Solat Jumaat dengan khusyuk.  Terdapat sedikit gangguan kepada sistem penghadaman di mana beliau terpaksa berulang ke tandas.

Kejadian berulang ke tandas ini berulang dua ke tiga hari.  Namun penggunaan produk ini bukanlah kerana hendak kurus dengan cara yang cepat semata-mata tetapi terdapat juga kesan kesihatan yang lain seperti melambatkan proses penuaan, membuang toksik dalam badan, dapat mencegah beberapa penyebab dari penyakit jantung dan merawat kanser (pada peringkat awal).

Penggunaan produk SlimFast Diet juga mampu merawat masalah penghadaman dan menghindarkan sembelit.  Kesan ini dapat dilihat di mana setiap pagi encik suami tidak lagi berada lama di dalam 'bilik termenung'.

Selain daripada dapat meningkatkan metabolisma badan, penggunaan produk ini juga dapat melancarkan peradaran darah dan seterusnya dapat membantu pembakaran lemak.

Walaupun encik suami tidak menggunakan produk ini berterusan setiap hari, kesan perut buncit berkurangan dapat dilihat.  Memang tidak ketara tetapi jelas kelihatan walaupun penggunaan yang tidak tetap.  

Kekuatan semangat memang mengatasi segala ujian dan rintangan.  Adalah diharapkan dengan penggunaan berterusan berat badan encik suami dari 110 kg sekarang dapat dikurangkan dan seterusnya memberikan kesan kesihatan yang positif.




Giveaway SlimFast Diet dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs dengan hadiah dan wang tunai bernilai RM 3,600 untuk dimenangi.


1st Giveaway dan Tambah Followers by LISA HLOVATE

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Pinjam kata-kata penulisnya "giveaway pertama lisa pernah buat sepanjang lisa jadi blogger.. sadis betul!! kesat ayaq mata guna alas meja.. Harap korang sudi support giveaway yang lisa buat ni ea.. "




Klik banner untuk menyertai.

Hadiah menarik menanti anda!!!

suka duka pentas dunia
#doauntukMH370




$$$

Mengusik dan merajuk perkara biasa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mengusik dan merajuk di kalangan anak-anak adalah lumrah dan sudah menjadi biasa. Cuma kadang-kadang memang tak tahan dengan kerenah mereka.  Yang sorang suka mengusik tidak kira tempat dan masa, yang sorang lagi senang sangat merajuk pantang terusik sikit.

Itu semua bakal berlalu kan... begitu juga zaman kita ketika kanak-kanak dulu.  Puas kena usik dan puas merajuk...

suka mengusik


Marah atau simpati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Kemarahan pada ahli maksiat hanya terjadi ketika pandangan Anda tertuju ke arah mereka. Namun ketika anda berfikir tentang hukuman akhirat yang akan mereka terima, maka rasa kasihan akan menyergap hati Anda.

(Abu Sufyan ad-Darani)



suka duka pentas dunia

#MH370 dalam ingatan




$$$

29 Mac 2014

Beri kepada yang sudi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Secara lazimnya apa jua yang hendak diberikan sudah tentu ada yang menerimanya.  Tetapi dalam keadaan tertentu atau pada masa-masa yang tertentu ada orang yang tidak mahu menerima pemberian orang lain.

Contoh hasil kerjatangan
Ini adalah contoh hasil kerja tangan yang menjadi ilmu baru sebagai nilai tambah kepada kemahiran peribadi



28 Mac 2014

Antara nikmat dan kesenangan di dunia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Biarpun perit untuk diterima tetapi ianya tetap akan berlaku.  Hanya takdir yang menentukan bila, di mana dan bagaimana.  Berkata-kata itu lebih mudah berbanding memikul dan merasa.  Mahu atau tidak memang setiap daripada kita harus mengharunginya.


gambar hiasan

27 Mac 2014

Pencarian yang tepat pada masanya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Dalam kehidupan ini macam-macam yang kita cari.  Ada ketikanya kita sendiri tidak pasti apa yang dicari sehinggakan kita menjadi bingung untuk membuat penyelesaian.  Namun berputus asa bukanlah satu cara yang baik untuk lari masalah.

Antara yang dicari


Segmen: Bloglist April 2014 By PERMATABIRU

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


http://permatabiru0310.blogspot.com/2014/03/segmen-bloglist-april-2014-by.html

Klik banner untuk menyertai.

segmen tamat: 31 Mac 2014 jam 12 tgh hari



Jangan dibiarkan ia berpaling dan berlalu pergi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



gambar hiasan


Salah satu bentuk kelalaianmu terhadap dirimu sendiri adalah Anda berpaling dari Allah, yaitu saat Anda melihat sesuatu yang dimurkai oleh-Nya, lalu Anda berlalu begitu saja tanpa melakukan amar ma'ruf nahi munkar karena takut kepada orang yang tidak bisa memberikan manfaat maupun mudharat bagi Anda.
(Abu Abdurrahman al-'Umari az-Zahid)


#MH370 dalam ingatan

suka duka pentas dunia



$$$

26 Mac 2014

Rabu Tanpa Kata | Sampai tertidur

Assalamualaikum dan selamat sejahtera








#MH370 dalam ingatan

suka duka pentas dunia


$$$

Apa yang disibukkan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Mendekatlah kepada Allah dengan meninggalkan hal-hal yang dapat menyibukkanmu dari (mengingat) Allah Subhaanahu Wata'aala! Dan ketahuilah, sesungguhnya tidak ada yang lebih menyibukkanmu dari (mengingat) Allah kecuali hawa nafsumu sendiri.
(Abu Bakar al-Warraq)


#MH370 dalam ingatan


suka duka pentas dunia


$$$

25 Mac 2014

Rahmat sebelum melakukan sesuatu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Semoga Allah merahmati seorang hamba yang merenung sejenak sebelum melakukan suatu amalan. Jika niatnya adalah karena Allah, maka ia melakukannya. Tapi jika niatnya bukan karena Allah maka ia mengurungkannya.

(al-Hasan)


#MH370 dalam ingatan


suka duka pentas dunia


$$$

24 Mac 2014

Jawapan kini pasti

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segala penantian dan persoalan selama 17 hari lepas kini terjawab sebahagiaannya.



Sungguh banyak hati yang terluka dan kecewa namun itulah takdir kesudahannya.

Semoga Allah mengurniakan kekuatan iman dan kesabaran kepada ahli keluarga #MH370 yang terlibat.

A'zomallah hu ajroka.

posted from Bloggeroid

MiniGiveaway #1 by Ayie Atiqah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Giveaway lagi untuk memenuhi sebahagian daripada kelopongan dalam pengisian blog.  Maka dengan ini aye join MiniGiveaway #1 by Ayie Atiqah

MiniGiveaway #1 by Ayie Atiqah
Nak join?  

Dia dah pandai buka sendiri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Apa yang dia buka sendiri tu?

Ketika kami anak beranak sedang asyik menonton tv tiba-tiba kedengaran bunyi pintu ais dibuka.  Tak siapa pun endah dengan bunyi pintu peti ais dibuka.  Maklumlah sedang kusyuk menonton tv.

Tiba-tiba kedengan suara menjerit.. "Abid buat apa tu?"

Apa lagi umi pun melompat le nak ke dapur.  Tak sempat sampai dapur, Abid dah meluru lari ke ruang tamu dan ternampak Abid pegang otak-otak di tangan kirinya.  Melelong-lelong berlari menuju ke depan tv, ingatkan tadi meluru ke muka pintu.  :D



Baru terperasan rupa-rupanya Abid dah 'kupas' sendiri otak-otak yang diambil dari peti ais.  Otak-otak semalam yang ayah bawa balik.

Terus saja duduk depan tv... lepak-lepak sambil makan otak-otak.  Macamlah boleh habis seketul tu.  

Abid memang suka makan otak-otak, tambahan otak-otak yang ayah bawa balik ni tak pedas sangat.  Isinya juga halus dan sedap.  Sesuai sangat dengan kanak-kanak seusia Abid; 1 tahun 5 bulan.


Nak otak-otak?  Dah tunjuk, nak ambil tak bagi pula.  Terus masuk mulut.  Sekali ngap sepenuh-penuhnya dalam mulut.  Geram betul.


Sekali makan, masuk banyak-banyak... nak tolong suapkan tak bagi.  Sudahnya sampai termuntah-muntah.  Itupun tak serik lagi... nak makan juga.  Tapi tak habispun... Abid makan separuh saja.

Abid dah pandai buka otak-otak sekarang nie... memang nak sangka.  Ohh... umi sudah ketinggalan dengan perkembangan anak-anak dek kesibukan dengan urusan kerja.  Mudah-mudahan belum terlewat untuk umi terus mengikut perkembangan anak-anak.

Jom makan #otak-otak.


#pray4mh370


suka duka pentas dunia



$$$



Dilihat orang tidak sama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mata yang melihat sering kali tidak sama dengan apa yang tersirat.  Tafsiran mata kasar itu lebih bahaya sekiranya tidak dibuat penelitian.


Sesungguhnya diantara bagian hawa nafsu yang tersembunyi adalah merasa senang apabila amalan yang kita perbuat dilihat oleh orang lain.  (Ibnul Atsir)



23 Mac 2014

Giveaway Simple-Simple by Shad

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Greetings and Assalamualaikum to all.
Jemput Join ya.

Klik Banner untuk Join

Senarai Hadiah

R Series Luxury Set from Cosway x2
Novel Pilihan Sendiri x5
R Series Hand & Body Lotion x3
Bawal Plain + Cute Brooch x3
Top-up RM5 x5

Due Date : 21 April 2014

Kebaikan yang harus ada

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Secara lazimnya kita sentiasa mengharapkan orang lain dapat memberi kebaikan kepada diri kita.  Tetapi sedar atau tidak kadang-kadang kita sendiri tidak mampu memberi kebaikan kepada orang lain.

Corak hiasan


22 Mac 2014

Siapa bos yang bijak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Malam ni up blog dari hp guna bloggeroid. Agak lama juga aplikasi ini terbiar.




Tak tahu pula nak up cerita apa. Agaknya kalau up cerita mengenai bos yang terkena boleh laku tak?

Tak kisah juga sebab blog ini aye yang punya. Tetapi usah bimbang kerana amat jarang sangat aye masukkan nama sesiapa di dalam penulisan kecuali kisah anak-anak.

Bos yang terkena?

Bila diangkat menjadi bos, kita biasanya akan tersepit antara bos tertinggi, staf bawahan atau sama bos yang sama line dengan kita (dalam carta organisasi jabatan). Lagi perit bila salah satu kumpulan itu lebih berusia dari kita. Masalah juga boleh timbul pabila mereka itu dahulunya kawan-kawan atau juga orang yang lebih lama berkhidmat dari kita.

Ini kira bos dah kena buli la yer.

Bila difikirkan semula... semua itu hanyalah prejudis kita sahaja apabila kita menjadi bos yang tidak bijak.

Bos yang bijak adalah bos yang pandai ambil hati semua orang, pandai berkomunikasi, pandai menyusun strategi, pandai jaga maruah diri tanpa mencalar atau menggugat maruah dan peribadi orang lain

Tidak kurang juga bos sepatutnya bijak membahagi masa dan mengagih tugas serta berani membuat keputusan dan bertanggungjawab atas setiap pilihan yang diambil.

Di mana nak dapatkan semua ilmu pengurusan dan pentadbiran begini?

Semuanya adalah melalui pendidikan, pengetahuan, pengalaman, pendedahan, pemerhatian dan sedikit datangnya dari baka atau semulajadi.

Banyak yang perlu diperbaiki untuk menjadi bos yang tidak dibuli.

Ambil masa untuk mendalami maksud menjadi bos dan berubahlah segera untuk menjadi tegas dan berani tanpa menyakitkan hati dan perasaan orang lain.

Sekian adanya.

posted from Bloggeroid

21 Mac 2014

Vitagen| Home Delivery Services

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Perkhidmatan penghantaran ke rumah oleh Vitagen

Vitagen

Entah bila pernah tengok perkhidmatan seumpama ini di Jepun.  Tetapi kalau tak silap bukan Vitagen.  Dan kali ini, kurang pasti pula sama ada ini adalah perkhidmatan pertama di Malaysia atau di Perak atau di Perak Tengah.

Senang sangat lah sekarang ni... semuanya di hujung jari.  Sediakan duit secukupnya rehat di rumah.  

Memang sengaja dibiarkan nombor telefon di borang tidak dipadam.  Kan ini sebahagian daripada CSR (sangat!!!)  Tetapi kalian yang tinggal luar dari Seri Iskandar harus ingat buat masa ini nombor yang tertera pada borang di atas hanya menawarkan khidmat di kawasan Seri Iskandar.  Kalau nak cuba call boleh juga.  Mana tahu kalau-kalau penama berkenaan tahu perkhidmataan di tempat lain pula.  

Eh... terlupa pula borang ini anak-anak yang bawa balik.  Katanya selepas sekolah KAFA, ada kakak yang bagi borang ni.  Kakak mana pula nie.

Perkhidmatan sekarang, inilah antara sebahagian daripada contoh mendapatkan sumber pendapatan sampingan dan juga untuk membantu penjagaan kesihatan.

Nampak kecil tetapi memberi kesan yang besar.  

Good Job!!


#pray4mh370


suka duka pentas dunia


$$$ 

20 Mac 2014

Bukan sekadar pilihan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hidup ini bukan sekadar membuat pilihan ya atau tidak tetapi lebih daripada itu.  Dalam menghadapi dilema untuk sesuatu yang tidak pasti kita sebenarnya ada pilihan.  Pilihan itu terpulang kepada kita hendak buat atau tidak, hendak pergi atau tidak, hendak pilih atau tidak semuanya bergantung kepada suara kecil dalam lubuk hati kita.



Kita memang akan sentiasa berhadapan dengan berbagai pilihan.  Kadang-kadang kita melihat dilema itu seperti tidak memberi peluang kepada kita untuk membuat pilihan.  Tetapi percaya atau tidak setiap pilihan yang kita ambil itu ada hikmah tersembunyi.

Untuk mendapatkan hikmah terbaik bagi setiap pilihan yang diambil ia hendaklah diiringi dengan tawakkal dan tawassul kepada Allah.  Dengan yakin dan percaya bahawa pilihan yang kita ambil itu adalah yang terbaik kepada kita.  Mungkin juga kita tidak melihatnya pada masa sekarang tetapi pada masa akan datang ia akan menjadikan ia sebagai pilihan yang terbaik.

Memang perit sebenarnya untuk menyatakan pilihan itu yang terbaik sekiranya ia menyebabkan kita kecewa atau orang lain kecewa.  Bersabar dan bertenang serta ingatlah bahawa setiap pilihan itu adalah takdir dari Allah.


Tetapi antara pilihan buruk dan baik... sekiranya kita telah tersilap memilih yang buruk segeralah kembali ke pangkal jalan dan beristighfar... bersyukurlah kerana kita masih ada masa untuk melakukan yang terbaik.  Kesilapan lalu dijadikan iktibar dan sempadan dalam menilai kehidupan dan peranan kita di muka bumi ini.

Sesungguhnya kita bertanggungjawab atas apa juga pilihan yang kita buat.  Kesilapan dalam membuat pilihan adalah kerana kelemahan pengetahuan serta pengalaman kita sendiri.

Hidup ini bukan sekadar pilihan.  Beruntung insan yang sentiasa mendapat kebaikan dalam setiap pilihan dibuat.  Tak perlu curiga atau cemburu dengan pilihannya tetapi berusaha dah berdoa agar pilihan yang kita pilih juga terbaik untuk kita, agama kita, keluarga kita serta insan sekeliling kita dunia dan akhirat.  Semoga pilihan yang diambil itu tidak mendatangkan mudarat dan musibah kepada diri kita dan manusia sekeliling kita.

Sentiasa muhasabah diri dan berusaha memperbaiki diri semoga titik kesilapan yang telah ternoktah itu bisa ditukar kepada hasil yang lebih baik diiringi dengan keinsafan.


#pray4mh370


suka duka pentas dunia


$$$ 

Roti dan sekaya menu sarapan pagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Roti dan sekaya memang tidak boleh dipisahkan.  Umpama lagu dan irama, enak bersatu dalam aroma, enak dimulut kenyang di perut.


Roti dan sekaya pilihan

Roti dan sekaya merupakan makanan kesukaan anak-anak.  Mereka tidak akan makan yang lain selain dari roti dan sekaya setiap pagi.  Sekiranya hidangan selain dari roti dan sekaya... kurang sangat dijamah.  Anak-anak kan...

Pernah satu hari, ayahnya menukar menu dari roti sekaya kepada roti telur.  Sikit sangat mereka jamah.  Hanya cubit dihujung saja.

Nak kata terkilan, tak perlulah ... anak-anak masa sekarang memang begitu agaknya selera mereka.  Cuma mungkin sedikit menyukarkan kerana perlu mengikut selera mereka sahaja.  Walau apapun semoga umi dan ayah mampu mengikut rentak mereka.  Atau kelak mereka akan mampu mengikut rentak umi dan ayah pula.

Roti dan sekaya memang sedap terutama bila dibakar bersama mentega... harumannya memang membuka selera.  Agaknya itulah yang menyebabkan anak-anak terpikat.

Di mana dan bagaimana nak susun ayat ni... perenggan dah berterabur.  Tulisan pun dah tunggang langgang.  Nak kata banyak sangat mengarang tak juga.

Cukuplah dulu cerita caca marba pagi ini.


#pray4mh370


suka duka pentas dunia


$$$ 


19 Mac 2014

Demi mu yang tersayang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Demi mu yang tersayang.  Anak-anak memang kesayangan umi.  Selagai hayat dikandung badan.


Irdina Huda, 1 Amanah.

Umi bila bercerita memang lah lemah sangat nak mula cerita.  Jenuhlah reka ayat dan cerita... tak menjadi juga.  Semoga tiada yang kecewa.

Semenjak anak-anak dah bersekolah ni, umi dah ayah juga turut belajar sekolah semula.  Masuk darjah 1 dan juga masuk tadika.  Tak ingat pula pengalaman masa sekolah rendah dulu....ingat-ngat lupa deh.

Sudah beberapa hari Irdina ingatkan umi, kalau tak silap dari minggu lepas.  Elok juga hari ini diingatkan sekali lagi mengenai keperluan untuk pembelajaran di sekolah esok.  Kalau tidak diingatkan memang umi langsung tak ingat.  Disebabkan ingatan anak-anak yang masih kuat inilah yang banyak membantu umi dalam persekolahan mereka. Haa... kan dah terbalik.

Minggu lepas Irdina ingatkan umi 

"Umi! minggu depan cikgu suruh bawa kotak kecil, kertas warna, gam dan gunting"

"OK" (macam ko pula ... ngeee)

Dan percayalah selepas itu umi tidak ingat langsung mengenai keperluan berkenaan.  Sehinggalah petang tadi Irdina ingatkan sekali lagi mengenai perkara yang sama.  Esok dah nak guna pulak tu...

Lepas solat maghrib, umi pun mencari-carilah kalau-kalau ada masih ada lagi kotak kecil yang pernah disimpan satu masa dulu.  Antaranya kotak handphone, kotak coklat dan beberapa kotak yang comel.  Memang umi dah lupa lagi... sebenarnya umi dah pun buang kotak-kotak berkenaan semasa aktiviti 3S (Sisih, Susun, Sapu) di rumah.

Okey... jangan pernah mengalah.  Sekiranya tiada di rumah di kedai kan ada. :P


Kotak kecil dan kertas warna

Dan, di atas adalah hasil rembatan umi dari kedai di depan sana.  Memang umi tidak berapa suka nak merempit malam-malam.... siang pun tak suka juga.  Tetapi demi anak-anak, merempit kini sudah menjadi sebahagian daripada aktiviti umi. (hahaha)

Kotak tu... sudah tentu dikeluarkan makanannya dan disimpan dalam peti ais.  Pelik juga... tiada yang berebut pula nak makan makanan itu.  Adakah kerana mereka sudah kenyang atau mereka tidak perasan.  Kerana umi beli kotak kecil sahaja kan nnn.

Tak kisah lah apa pun umi dah beli dan Irdina nampak teruja sangat.  Cuma kertas warna tu...

Alif kata "cikgu nak kertas warna bukan ada bulat-bulat tu, cikgu nak kertas warna yang ada warna saja macam warna biru, warna hijau atau warna pink".

"Bukan kertas warna yang ada banyak warna"

Ha aa... kan.
Umi memang dah agak tetapi hanya itu pilihan yang ada.

Untuk tidak mengecewakan... umi selongkar lagi kotak kertas yang lama dan jumpalah dengan beberapa helai kertas warna saiz A4.  Jadilah ada warna biru cair dan warna coklat muda.  Asalnya kertas itu dijadikan sebagai 'cover' untuk tugasan.  Boleh lah.

Dah simpan baik-baik dalam beg plastik dan letak sebelah beg sekolah.

Siap satu tugasan penting untuk hari ini iaitu mendapatkan kotak kecil, kertas warna, gam dan gunting.  Tengoklah hasil kerjanya nanti.


#pray4mh370


suka duka pentas dunia


$$$ 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...