Pageviews

03 Februari 2014

Amankah kita dari bahaya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Amankah kita dari bahaya.  Atau lebih tepat adakah kita berasa selamat dari bahaya ketika ini.  Jika itu soalannya, sebahagian besar dari kita akan mengatakan bahawa hidup di dunia ini seperti tidak selamat. Mana mungkin kita berasa amat atau selamat sekiranya saban hari kedengaran kes bunuh, rompakan dan langgar lari.  Semua kejadian yang berlaku di sekeliling kita menjadikan kita rasa tidak selamat.


Walau bagaimanapun kehidupan atas muka bumi yang fana ini, keselamatannya kerapkali tergantung kepada manusia.  Betulkan jika pendapat aye ini salah.  Kita sama-sama belajar.

Kadang-kadang kerana kesilapan orang lain kita menjadi mangsa.  Contoh yang paling dekat adalah kes kemalangan.  Walaupun sebahagian daripada kita memandu dengan cermat dan berhati-hati, tiba-tiba dia menjadi mangsa.  Namun kita harus pasrah itu semua takdir.

Lalu... adakah sama keadaannya keselamatan di dunia dengan keselamatan di akhirat.  Pada pandangan aye... keselamatan di akhirat adalah juga berkait rapat dengan apa yang kita buat di dunia.

Adakah kita hendak selamat dunia dan akhirat?

Maka telitilah nasihat yang diberikan oleh Hasan Al Bashri:
Janganlah Anda merasa aman dari bahaya dosa-dosa yang Anda lakukan, karena sesungguhnya Anda tidak mengetahui apakah Allah mengampuni dosa-dosa Anda tersebut atau tidak.  (Hasan Al Bashri)


Semoga pesanan itu dapat dijadikan sebagai panduan dan pedoman dalam meneruskan kelestarian hidup di dunia.

Terima kasih atas sokongan semua.


suka duka pentas dunia
yangbaik.blogspot.com


$$$

10 ulasan:

  1. bahaya sentiasa ada di mana2 saja... sebab tu kita kena berhati2...

    BalasPadam
  2. terima kasih atas perkongsian yang baik ini.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih kembali kepada mama sudi singgah :D

      Padam
  3. Thank you for sharing. Sangat berguna :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih... semoga sama-sama mendapat manfaat

      Padam
  4. Adalah lebih baik sentiasa bersedia kerana bahaya sentiasa berada disetiap masa.

    BalasPadam
  5. terima kasih. peringatan dan perkongsian yang sangat bermanfaat.

    From,

    Nasz

    www.nasznadzeri.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih kembali... sama-sama mencari manfaat di sebalik perkongsian kecil ini. :D

      Padam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.