Pageviews

10 Januari 2014

Ubat kutu vs ubat kudis buta

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ubat kutu atau ubat kudis buta, mungkin sama atau tidak.

Bila dah ada anak perempuan macam ni lah.  Masa kecil tak pandai keluar rumah.  Main pun depan rumah ataupun keluar dengan mak bapak jer.


Anak perempuan bila dah mula sekolah memang dari dulu lagi berwaspada bimbang-bimbang terjangkit kutu.  Tetapi dalam masa dok beringat tu ada masa juga terleka.  Mungkin masa cuti sekolah, umi tak berapa kisah dengan anak-anak.  Ehhh bukan tak kisah langsung tau... cuma kebetulan masa cuti sekolah tu banyak sangat lambakan tugas bila balik rumah dah keletihan.  Janji masa balik anak ada di rumah kira dah cukup bagus... tanya sudah makan ke belum, dah mandi ke belum, dah gosok gigi ke belum.. dah cukup bagus.  Makan pakai memang sentiasa dipastikan sentiasa cukup dan sesuai dengan anak.

Malas nak cerita panjang sebab dan punca terjadinya sedemikian.  Cukup sekadar untuk rekod sahaja.

Pergi saja ke klinik.  Minta ubat kutu dengan doktor.  Pada mulanya doktor tak berapa nak bagi.  Tetapi kan kesian kat anak aye, mereka masih kecil ... dah jenuh bergaru dah tak larat nak cari.  Akhirnya doktor mungkin simpati tetapi dengan berat agaknya masih tak berapa nak bagi.  

Doktor menerangkan, kesan daripada ubat (krim) ini adalah rambut akan menjadi keras.  Nanti rambut tak cantik.  Kerana ubat yang ada ini lebih kepada penyakit kudis buta.  Haa.... terkejut juga biar betul doktor ni, aye minta ubat kutu bukan ubat kudis buta.  Anak-anak aye in shaa Allah tiada kudis.  

Doktor tanya lagi, awak nak tak?  Tak per ker nanti rambut anak jadi keras.

Aye tanya balik pada doktor... (macam pakar pulak), kalau rambut keras boleh pakai krim atau minyak baby untuk lembutkan rambut kan?  Bolehlah.

Oleh kerana aye mendesak sangat.  Doktor akhirnya bersetuju dan memberi syarat hanya gunakan sekali sahaja untuk tempoh seminggu ... jika berulang atau tak hilang juga baru gunakan lagi.  Sebaik-baiknya jangan kerap sangat nanti merosakkan rambut budak-budak.  Dengan pantasnya... aye bersetuju dengan syarat yang dikenakan.  Hurray!!!

Nak tau macam mana rupa ubatnya... tengok gambar kat atas.  Tu lah rupanya.  


suka duka pentas dunia


$

5 ulasan:

  1. encik abil guna untuk kutu atau kudis buta?

    BalasPadam
  2. fae pernah trkena kutu kat rambut. mmg annoying huhu.

    BalasPadam
  3. kalau dah banyak terpaksalah, cara ni sekali pakai terus kutu pening dan mati kot. paling teruk pun rambut boleh tumbuh semula.

    BalasPadam
  4. Ubat ni kena bancuh ngn air x?

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.