Pageviews

16 Januari 2014

Pintu surau terkunci

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jom Solat.  Solat lima waktu tiang agama


Al kisah... bagaimana sebuah surau tempat ibadah umumnya, khususnya tempat solat boleh terkunci pintunya.  Semua ini gara-gara kesilapan percaturan atau kesilapan dalam membuat penilaian.  


Setengah orang beranggapan boleh saja masuk ke surau ikut suka hati tidak kira masa.  
Ada sebahagian orang lagi seperti tidak hormat orang lain yang sedang solat.  
Ada sebahagian lagi suka bercakap perkara yang tidak seperlunya di dalam surau ketika orang lain sedang solat dan mengganggu ketenteraman.

Dalam tidak sedar akibat kecuaian dan kealpaan kita yang langsung tidak mahu menerima kekhilafan diri telah mendatangkan kesusahan kepada orang lain.
Bukan saja orang lain yang susah tetapi diri sendiri juga.

Walaupun seribu difikirkan semula
memang tidak logik sebuah surau yang lazimnya untuk kemudahan orang awam kini menjadi hak milik ekslusif pihak tertentu
hanya kerana sukar menerima 'gangguan' sementara di dunia yang fana ini.

Semoga kelak pintu surau itu akan kembali terbuka dan menerima kunjungan ramai.  Kita tidak tahu dalam ramai-ramai pengunjung yang solat itu adalah malaikat...yang hadirnya memberi rahmat dan berkat dari Allah.

Kita mampu mengubahnya.


suka duka pentas dunia




$$$

2 ulasan:

  1. Tidak wajar surau dikunci. Tapi jika ada ruangan luar terbuka yg bersih dan disediakan kemudahan utk sembahyang lelaki dan perempuan (kawasan bertirai)...takpelah juga dikunci...mungkin utk keselamatan.

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.