Pageviews

11 Januari 2014

Makan lewat malam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Nak kata pengaruh rancangan Supper TV9 tak juga tetapi dari rancangan tu dapat idea nak buat cerita pasal makan lewat malam ni.

Malam-malam sebelum ini bukannya tak pernah makan lewat tetapi jarang-jarang sangat makan lewat malam, atas sebab kesihatan.  Memang tidak elok makan lewat terutama selepas jam 10.00 malam.  Kalau nak makan juga sekadar 3 atau 4 keping biskut tawar cicah teh o.



Tetapi malam ni punya cerita makan lewat malam memang lain sikit.  Sebabnya memang lebih dari 4 keping biskut dah...

Tengoklah apa yang menjadi hidangan makan lewat malam kami.

bubur kacang yang dimasak petang tadi.  cicah dengan biskut atau roti pun sedap.  oleh kerana roti dah habis cicah jer dengan biskut tawar... 


yang ini mee sedap.  kalau tak silap ianya adalah perasa ayam dan bawang.  2 bungkus tu.  sedap dimakan beramai-ramai sambil berebut sudu dan garfu dengan anak-anak.

Seperti yang dinyatakan di atas tadi lah.  Mana boleh makan lewat malam.  Tetapi ini bukan selalu.


Dan akhir sekali 'supper' kami malam ini disudahi dengan teh o ais dan juga air kosong saja.  Sirap limau tiada eh... esok-esok nak beli gula baru boleh buat sirap sendiri.  Sirap ni sedap kalau masukkan sedikit perisa Rose... wangi jer baunya.

Sekianlah cerita 'supper' kami untuk malam ini.


suka duka pentas dunia
yangbaik.blogspot.com




$

2 ulasan:

  1. sebab tu la sebolehnya elakkan lah tgk rancangan makan2 bila dah lewat malam. confirm kaki pun ringan je nak ke dapur. selongkar apa yg sedap dikunyah. hehe

    BalasPadam
  2. bukan selalu..tak mengapa..nak buat mc mana xleh tutup biji mato asyik ingat yg di dapur...hahaa

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.