Pageviews

06 Januari 2014

Dapat surat tunjuk sebab

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


petikan surat tunjuk sebab

Hari ini YB dapat surat tunjuk sebab pertama untuk tahun 2014.  Surat ini YB terima bagi ketidakhadiran ke satu seminar yang dianjurkan oleh jabatan penghujung tahun lepas.

Seminar yang dimaksudkan ialah Seminar Inspirasi Hawa:  Kenali Potensi Diri Ke Arah Kecemerlangan Kerjaya dan Kebahagiaan Hidup pada 19 Disember 2013.  Nak cerita panjang lebar kandungan seminar berkenaan tidak dapatlah sebab YB memang tidak hadir sepenuhnya.

Nampaknya siapa yang tidak menghadiri seminar tersebut dengan sendirinya tidak bahagia pada hari ini kerana mendapat surat tunjuk sebab.

Walaupun tidak suka tetapi terpaksa redha dan pasrah kerana kecuaian YB sendiri.  Namun YB ada alasan yang munasabah dan tersendiri mengapa tidak hadir ke seminar berkenaan.  Tetapi... masih ada tetapi juga tu.. Betul YB harap alasan ini boleh diterima kerana bukanlah kesilapan YB sepenuhnya... kan? :D

Antara alasan mengapa YB dengan sengaja tidak hadir ke seminar berkenaan adalah pertama 3 hari sebelum seminar berkenaan iaitu pada 16 hingga 18 Disember 2013 YB telah diarahkan menghadiri satu program di Shah Alam yang dikenali dengan CHAD2013.  Oleh kerana 3 hari tidak berada di ofis maka terdapat longgokan tugas dan tidak kurang juga tugas baru.

Alasan kedua adalah YB perlu memantau persiapan keperluan dan peralatan untuk program besar yang akan diadakan pada 20 Disember 2013.  Dalam tidak ke mana-mana pada 19hb tu pun masih lagi ada backlock kerja...

Apapun tindakan yang pihak pengurusan kenakan YB perlu akur kerana semua yang dirancang perlu dilaksanakan dengan jayanya.

Okey... berhenti dulu sehingga di sini YB nak siapkan surat penjelasan secara bertulis.  Semoga semuanya selamat...


suka duka pentas dunia
yangbaik.blogspot.com



2 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.