Pageviews

24 Disember 2013

Kategori Penulisan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


gambar hiasan

Kategori penulisan atau lebih dikenali sebagai 'Label' dalam istilah blog.

Pada awal pembabitan aye di dalam blog penggunaan label ini pelbagai dan tidak terlalu spesifik.  Mungkin juga kerana terikut-ikut dengan gaya penulisan blogger lain atau lebih senang tidak mempunyai pendirian sendiri.

Hanya setelah beberapa tahun kemudian, maksudnya sejak kebelakangan ini baru tersedar bahawa penggunaan label pada penulisan di blog perlu di perhalusi dan ditetapkan.  Baru boleh dinamakan sebagai 'Kategori Penulisan'.

Buat masa ini masih banyak yang perlu diperbaiki dalam kategori penulisan.  Antaranya kata kunci untuk setiap entri perlu lebih jelas supaya tidaklah banyak sangat.  Nampaknya kena masuk belajar Pengajian Maklumat pulak...

Inilah rupa 'Kategori Penulisan' sekarang.  Nak tengok yang lebih jelas... nuuuun di kaki blog kat bawah sekali.  Terdapat kira-kira 1217 kategori.   Memang banyak dan perlu dikecilkan lagi.


Kategori Penulisan atau Label pada blog

Untuk itu sehari dua ini memang kena buat sesuatu dengan kategori ini supaya tidak nampak macam tamak sangat atau mungkin juga macam sampah???? Ohh jangan itu semua idea penulisan aye... dan ia perlu dibaiki segera...

Sekian dulu celoteh kali ini.

suka duka pentas dunia



3 ulasan:

  1. hehehe banyak kerja tu nak buat bila nak mengecilkan sesuatu.

    BalasPadam
  2. boleh tahan banyaknya ni. semoga dipermudahkan sorting nanti.

    BalasPadam
  3. Untuk jangka masa panjang, label pada blog ini elok dikecilkan. Nanti mudah untuk kita uruskan entri kita ikut kategori. Bila dah banyak sangat ni, pening masa nak buat link nanti.

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.