Pageviews

21 Oktober 2013

Setelah setahun berlalu kini tiba giliran suntikan MMR

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Suntikan MMR


MMR? Itulah nama suntikan yang akan diberikan kepada Muhammad Abid dan mana-mana bayi sejurus berusia 12 bulan atau lebih mudah 1 tahun.

Berikut adalah petikan dari Wikipedia (Bahasa Indonesia):
Vaksin MMR adalah campuran dari tiga jenis virus yang dilemahkan yang disuntik untuk imunisasi melawan demam campakbeguk dan rubela. Berdasarkan rekomendasi Ikatan Dokter Indonesia, imunisasi MMR umumnya diberikan kepada anak-anak yang berumur 12 - 18 bulan, dengan dosis penguat diberikan sebelum memasuki umur sekolah (sekitar umur 5 atau 6 tahun). Di Amerika Serikat, vaksin MMR diijinkan pada tahun 1963 dan penguatnya dimulai pada pertengahan tahun 1990-an. Vaksin MMR digunakan secara luas di seluruh dunia sejak diperkenalkan pada awal 1970-an. Vaksin MMR dijual oleh Merck dengan merek M-M-R II, GlaxoSmithKline Biologicals dengan Priorix, Serum Institute of Indiadengan Tresivac, dan sanofi pasteur dengan 
Trimovax.

Imunisasi MMR



Sebelum ini bukannya tiada anak yang mendapat suntikan MMR. Sudah tiga orang anak. Lazimnya penerimaan antara 3 orang itu tidak jauh beza. Kesemuanya boleh dikatakan mendapat demam ringan.

Persediaan suntikan MMR


Sebagai persediaan masih ingat lagi ketika Muhammad Alif (anak pertama) mendapat suntikan MMR, kami dibekalkan dengan ubat demam oleh 'Misi' yang bertugas ketika itu. Ubat demam ini diberikan apabila sampai di rumah bagi mengelakkan anak mendapat demam mengejut.  Alhamdulillah, demam adalah sikit tetapi tidaklah melarat sangat...

Begitu juga anak kedua Irdina Huda, masih lagi dibekalkan dengan ubat demam.

Hanya anak ketiga iaitu Inas Insyirah,  kami tidak dibekalkan dengan ubat demam.  Menurut 'Misi' yang bertugas katanya baby tidak akan demam.  Kalau demam ambil ubat di mana-mana klinik yang berhampiran. Lantas aye terfikir ini mungkin juga satu daripada penambahbaikan sistem perubatan atau sebagai langkah berjimat cermat.  Tak mengapa, oleh kerana tidak berpuas hati, sejurus keluar dari klinik setelah suntikan diberikan kami terus ke farmasi berhampiran untuk membeli ubat demam.

Mungkin juga pengamal perubatan kanak-kanak/bayi tidak menggalakkan pemberian ubat demam kepada anak-anak kecil.  Tetapi kami tidak sanggup berhadapan dengan situasi anak demam dan kami tidak dapat bekerja dengan baik.  Kesihatan anak amatlah penting bagi memastikan kami dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada organisasi.  Tidak semua anak-anak mempunyai daya tahan yang tinggi.

Simpati juga kepada kawan-kawan apabila anak diberikan suntikan, sejurus itu anak mereka demam dan berpanjangan.  Keadaan ini menyebabkan tumpuan mereka terhadap tugas terganggu dan secara tidak langsung menjatuh prestasi kerja mereka.

Betullah nasih ibu bapa juga tidak sama.  Kita bernasib baik kerana mendapat saranan dan nasihat yang berguna untuk dijadikan amalan.  Tetapi ada sesetengahnya langsung tidak mendapat maklumat yang berkesan.  Atau ada juga yang langsung tidak ambil peduli mengenai nasihat atau panduan yang diberikan.

Pengalaman masa silam


Sekadar berkongsi pengalaman dari masa silam.  Pernah juga gemulah ibu aye mencadangkan bila anak disuntik cepat-cepat sapu minyak angin.  Ada pula yang mencadangkan agar disapu minyak cap kapak dan lagi menarik disapu dengan getah bawang merah.  Menarik kan?  Terpulang kepada kita untuk mencuba mana satu asalkan tidak bersalahan dengan peraturan kesihatan.


Muhammad Abid, hari ini umurnya sudah melepasi 1 tahun.  Oleh itu hari ini dia akan mendapat suntikan MMR.  Semoga Abid tabah dan kuat semangat.

Abid! Abid! Abid! 
Itulah antara kata-kata semangat yang sering diberikan oleh abang dan kakak-kakaknya.  Semoga Abid memahaminya dan dijadikan sebagai penguat semangat.

Hairan yer kenapa aye tulis macam tu.  Anak-anak bila kena cucuk memang berlainan.  Tiga-tiga yang terdahulu bila dicucuk tidak banyak ragam... kalau tak silap hanya Inas sahaja yang kuat raungannya... tetapi sekejap sahaja.

Menunggu giliran di KKIA


Menunggu giliran untuk dipanggil pula satu hal.  Dibuatnya orang ramai... jenuhlah menunggu.  Kali ini biarlah berlaku penambahbaikan dalam sistem giliran di KKIA.  Tak sanggup tunggu lama-lama dengan anak kecil yang sangat aktif nie... lenguh tangan mana nak dukung lagi bila dah tak nak dukung meronta-ronta pula minta dilepaskan.

Gelagat anak-anak semasa kecil... kena biasa-biasakan.


suka duka pentas dunia



2 ulasan:

  1. Belum ada pengalaman dan tak tau pula...hehe
    Setiap orang maknanya pernah merasai suntikan inilah ye.

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.