FOLLOWER

2 Ogos 2013

Pesanan ringkas sebelum bercuti pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Ala-ala van penerangan la pulak kan... nak bagi pesanan segala bagai.  Perhatian sekali lagi... pesanan ini ditujukan kepada semua pembaca blog ini (termasuk penulisnya :D)

Pesanan mesra lagi berhemah ini sebagai ingatan kepada kita semua mengenai apa yang hendak dilakukan sebelum meninggalkan pejabat untuk bercuti panjang dan juga sebelum meninggalkan rumah untuk pulang ke kampung berhari raya.

Pesanan berbunyi (kena baca kuat-kuat baru boleh dengan bunyi suara sendiri):

  1. Matikan semua suis lampu, kipas, penghawa dingin dan lain-lain peralatan elektrik seperti seterika, cerek elektrik, periuk nasi elektrik, oven elektrik dan lain-lain yang seangkatan dengannya.  Cabut juga plug dari soket.
  2. Matikan juga suis AVR serta komputer termasuk mesin pencetak dan scanner di pejabat dan dirumah (yang mana berkenaan).
  3. Pastikan semua pintu dan tingkap rumah/pejabat ditutup dan dikunci dengan selamat.
  4. Pastikan tiada lubang/ruang yang membolehkan binatang liar memasuki rumah atau pejabat.  Haiwan liar seperti ular dan monyet.
  5. Jika ada tempat air bertakung, hendaklah dibuang dan dibersihkan dengan segera bagi mengelak nyamuk aedes membiak.  Contohnya pelapik pasu bunga.  Pastikan juga tiada bekas yang mengandugi air bertakung di Pantri.  Maklumlah nak cepat dah basuh pinggan mangkuk dan gelas cawan tu... terbalikkan jangan dibiarkan terdedah.
  6. Pastikan rumah atau pejabat ditinggalkan dalam keadaan bersih dan bebas dari sisa makanan bagi mengelakkan kehadiran serangga/binatang perosak seperti tikus, cencorot dan lipas.
  7. Tutup semua punca bekalan air (jika boleh) dan pastikan semua kepala paip ditutup sempurna bagi mengelak pembaziran.  Sekiranya terdapat air menitis dari paip air setelah ditutup ketat dan tak sempat nak panggil tukang untuk 'repair' maka letakkan bekas seperti besen dan letakkan span atau kain didalamnya.  Ini adalah untuk memastikan air tidak bertakung dan mengelakkan pembiakan nyamuk.


Pandu cermat jiwa selamat.

Biar lambat seminit asal jangan tidak sampai langsung.

Sekian adanya ... semoga perkongsian dan pesanan ini dapat dijadikan panduan bersama.  Selamat bercuti.

^-^

'

1 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.