Pageviews

16 Julai 2013

Tidak suka tetapi terpaksa buat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Tidak suka tetapi terpaksa buat juga.

Dalam sesetengah situasi kita memang tidak suka memberi amaran atau arahan kepada seseorang tetapi bila perjalanan urusan itu kelihatan seperti pincang dan tergendala, maka memang terpaksa bagi arahan dan amaran.

Kita andaikan bahawa kita juga tidak suka terima arahan atau amaran tambahan lagi surat amaran atau surat peringatan.  Memang tidak suka langsung.  Begitulah juga kita andaikan orang lain juga begitu. 

Kita andaikan bahawa senarai tugas yang diberikan sudah jelas bila diikuti dengan pertemuan dan perbincangan 'face to face'.  

Kita harap penjelasan yang diberikan tidak memerlukan kita mengeluarkan surat arahan atau surat peringatan.  Kerana semua orang sudah tahu dan mahir dengan tugasnya.  Sedikit kesilapan sesekali boleh dimaafkan.  

Tetapi untuk menjadi seorang pengurus yang berjaya bukanlah semudah membuat perjumpaan atau perbincangan.  Ia lebih dari itu, menuntut kesabaran, kekuatan semangat dan kecekalan hati.  

Bahkan lebih dari itu, kita memerlukan semangat dan kejujuran yang tinggi dalam membuat penilaian ke atas perlaksanaan sesuatu tanggungjawab.

Semoga apa yang dilakukan pada hari ini adalah yang terbaik untuk semua pihak dan tidak mendatangkan kemudaratan dikemudian.

Sabarlah hati...


(*-*)

2 ulasan:

  1. Perkara ini ada berlaku didalam kehidupan kita dimana meletakkan kita didalam kedudukan serba salah. Apa pun berfikiran positif asalkan ia bukan sesuatu yang melanggar hukum.

    BalasPadam
  2. semoga keputusan yang diambil adalah yang terbaik...

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.