Pageviews

16 Julai 2013

Monolog 7 Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


corak hiasan sempena Ramadhan

Hari ini ketika catatan ini ditulis, merupakan hari Ramadhan ke-7 tahun 1434 Hijrah.

Perasaan ketika ini masih lagi tidak menentu dengan campuran kerinduan kepada bonda tersayang.  

Lalu kerinduan itu membataskan pergerakan dan segala rasa.  

Bukan kerana keterbatasan pergerakan di bulan Ramadhan tetapi perasaan yang tersekat-sekat dan sukar digambarkan sama ada melalui tulisan atau secara lisan.

Dibiarkan saja kerinduan ini bertapa di sudut hati ini.

Maaf, catatan ini masih lagi berbau keringat yang hilang bersama penatnya hati menahan kerinduan.

Semoga memahami, monolog ini masih lagi berlagu sayu dan sendu.

*-*


4 ulasan:

  1. Ubat kerinduan dengan doa dan ibadat

    BalasPadam
  2. Takziah, dan semoga roh ibu sis ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh.

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.