Pageviews

08 Julai 2013

Raikan Ramadhan Karim

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ramadhan Karim

Ramadan semakin mendekat.  Semoga segala persiapan menyambut Ramadhan terlaksana dengan meriah.

Sebentar tadi, sambil meninjau apa yang terkini mengenai Ramadhan terjumpa dengan ungkapan dari Ustaz Mohd Noor Mamat di facebook.  Lalu dikongsikan di sini, semoga bermanfaat buat semua.


Raikan kedatangan Ramadhan dengan ucapan ‘Ramadhan Karim!’ sesama kita…
jawapannya ‘Allahu Akram!’


Persiapan Hati: 
Suburkan kerinduan dan kegembiraan bertemu Ramadhan


Persiapan Fizikal: 
Pastikan tahap kesihatan terbaik untuk menggandakan ibadah


Persiapan Mental: 
Jangan terlalu memikirkan bulan puasa tetapi bulan Ramadhan yang penuh barakah, rahmah dan maghfirah

Persiapan Spiritual: 
Bersihkan hati dengan taubat dan posisikan hati lebih dekat dengan Allah dengan istighfar dan zikir

Persiapan Intelektual: 
Mantapkan ilmu ibadah agar lebih sempurna dan diterima

Persiapan Material: 
Juga perlu kerana Ramadhan adalah bulan sadaqah berganda ganjarannya




Semoga Ramadhan kali sungguh bermakna dan dilalui dengan sempurna.  Insya Allah.



2 ulasan:

  1. Assalamualaikum kak, terima kasih kongsi ilmu. insyallah akan dipraktikkan semua dalam diri.
    selamat menyambut ramadhan al-mubarak buat akak sekeluarga.

    BalasPadam
  2. Ameen. Salam ramadhan al-mubarak.mudahan kita istiqamah dan bersedia.

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.