Pageviews

29 Jun 2013

Kisah semalam yang tertinggal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


gambar hiasan.  sumber dari sistem komputer ini

Hidup ini memang penuh dengan kejutan.  Walaupun kita dah agak situasi itu akan berlaku.  Tetapi kadang-kadang yang terjadi adalah sebaliknya dan tidak seperti yang kita sangka.  Memang menjadi kejutan!.  Sekali lagi dalam situasi yang lain pula, dia tidak begitu, corak dan cara percakapannya juga berbeza... kan manusia bisa berubah dengan kehendaknya sendiri hanya memerlukan masa.  Kita sendiri tidak sempurna bagaimana pula kita hendak orang lain bersikap sempurna dengan kita.

Sebelum ini aye dikhabarkan mengenai peribadi si pulanah yang begitu dan begini.  Bukan tidak mahu percaya tetapi perkhabaran itu aye jadikan sandaran bila mana aye berhadapan dengan si pulanah.  Memang ternyata benar perkhabaran itu terjadi dan tidak sangka bila berhadapan dengan sikap si pulanah yang tidak profesional dalam suasana formal.

Puas aye memikirkan mengapa dia bersikap demikian.  Kata orang dia dari dulu memang begitu, tak kira masa dan tempat nak tunjuk lagak dan kuasa cuma sesekali bila bersama dengan orang besar-besar sikapnya seperti tikus.  Benarkah begitu?  Cuba selidik mengapa dia bersikap begitu.

Aye berpendapat begini, sebagai seorang ketua yang memegang tampuk jawatan penting seseorang itu perlu bersikap tegas dan profesional.  Namun ada kalanya sebagai ketua sikap cepat melenting di hadapan staf bawahan adalah tidak elok kerana ia boleh menjatuhkan maruah seorang ketua dalam masa yang sama staf bawahan akan lebih membenci bukan taat tetapi tak kuasa nak melayan kerenah bos yang tidak profesional langsung.

Seorang ketua pula sepatutnya perlu memahami kehendak dan keperluan staf bawahannya.  Mengapa staf tidak mengikut arahan adakah kerana tidak pandai buat kerja atau tidak memahami arahan.  Untuk itu staf yang tidak pandai buat kerja dihantar kursus dan diberi pendedahan.  Bagi staf yang suka sangat buat tidak faham arahan ada baiknya diberi penjelasan dan keperluan tugasannya.  Bukan dengan cara mengherdik atau meninggi suara. 

Tidak semua orang suka berhadapan dengan orang lain (bos) yang suka meninggi suara.  Adalah baik bos cakap dengan nada suara yang terkawal.  Kerana jeritan bos yang marah pada stafnya sedikit sebanyak akan memberi kesan yang memalukan kepada staf.  Paling tidak staf berkenaan akan membenci dan mencaci bos di belakang.

Sebenarnya dalam kehidupan kita seharian kita akan sentiasa berhadapan dengan berbagai kerenah manusia.  Ada yang baik dan berbudi bahasa, ada juga yang tidak ambil kisah dan tidak kurang juga manusia yang ambil kesempatan.  Dalam berhadapan dengan semua itu, kita ambil jalan tengah dan positif iaitu kita dilahirkan oleh manusia bernama ibu yang berbeza, cara didikan dan alam pembesaran juga berbeza.  Terimalah kekurangan atau kelebihan seseorang itu seadanya dan cuba memahami sikap manusia itu.


2 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.