Pageviews

08 April 2013

Pengalaman menjadi pengundi semasa Pilihan Raya Umum

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Pilihan Raya Umum Malaysia tiba lagi dan kali ini merupakan kali ke-13.  Sungguh terasa bahangnya, sesekali terasa seperti hendak menyambut Hari Raya pula.

Teringat masa zaman kanak-kanak ketika di kampung suatu ketika dulu.  Kesibukan memasang bendera terasa seperti sibuknya memasang pelita panjut untuk menyambut hari raya.  Begitu juga dengan kesibukan pada hari pembuangan undi atau semasa Pilihan Raya meriah sungguh seperti Hari Raya.  Ramai orang dewasa berbaju baru seperti Hari Raya juga.  Cuma yang berbeza kami budak-budak tidak pula dipakaikan baju baru walaupun diminta dan merengek-rengek... itu peristiwa semasa kecil sebelum ada peluang untuk membuat pilihan sendiri.

Pernah juga menjadi petugas di bilik pembuangan undi, iaitu sebelum layak menjadi pengundi. Seronok melihat gelagat pengundi dan juga aksi-aksi menarik peraih undi.  Termasuk juga orang yang berniaga.  Setelah tamat masa mengundi tiba pula giliran untuk mengira dan membuat pemeriksaan... satu pengalaman yang amat baru ketika itu, berhadapan dengan kerenah dan ragam pemerhati dan juga penyokong parti politik tertentu.

Dan, Pilihan Raya kali ini, Insya Allah akan menjadi kali ke-3 buat aye.  Setelah menjadi pengundi, tidak berapa berminat pula nak bertugas walaupun sebenarnya tidak mendapat tawaran pun.  Biarlah, sekarang ni aye ada anak kecil jadi pengundi pun sudah cukup tidak perlu meninggalkan anak kecil lama-lama.

Sudahkah anda membuat semakan pemilih daftar pemilih.  Jika belum sila klik pada link di bawah gambar ini.

Sumber:  Laman web SPRM

Jadilah pengundi berhemah dan buatlah pilihan yang bijak.  Yakin dan percaya bahawa "Undi Adalah Rahsia".

Sekian lah dulu ceritera pengalaman seorang warganegara Malaysia mengenai Pilihan Raya Umum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.