Pageviews

03 Mac 2013

Ucapan Takziah Menurut Sunnah

As salam,



Takziah ialah apa-apa ucapan yang meminta ahli keluarga si mati bersabar, tenang dan meminta Allah memberi ganjaran atas musibah yang menimpanya. Walaupun tiada lafaz khusus yang ditentukan namun masyhur athar daripada Nabi SAW dan golongan salaf terdahulu mengucapkan:



أَعْظَمَ اللهُ أَجْرَكَ

“Semoga Allah membesarkan ganjaran pahala engkau”

Ini berdasarkan sebuah hadith riwayat al-Bayhaqi:

عَنْ أَبِى خَالِدٍ يَعْنِى الْوَالِبِىَّ : أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- عَزَّى رَجُلاً فَقَالَ :« يَرْحَمُكَ اللَّهُ وَيَأْجُرُكَ ». وَهَذَا مُرْسَلٌ.

"Sesungguhnya Nabi SAW mengucapkan takziah kepada seorang Sahabat lelaki dengan berkata: Semoga Allah merahmatimu dan memberi ganjaran kepadamu”

Walaupun sanad hadith ini mursal (kerana Abi Khalid al-Walibi meriwayatkan terus daripada Nabi tanpa melalui Sahabat), tetapi Imam al-Syafi’i antara yang menerima mursal pembesar tabiin (marasil kibar al-tabi’in). Tambahan pula terdapat athar daripada generasi salaf al-soleh seperti berikut:


1.     Kami sedang bersama Imam Sufyan al-Thawri (m.161H), tiba-tiba datang seorang lelaki kepadanya dan berkata: Wahai Aba ‘Abdillah, aku bermimpi melihat seperti haruman wangi dari sebelah Syam telah meninggal dunia. Kata Sufyan kepadanya: Jika benar mimpi engkau itu berkemungkinan yang meninggal itu al-Awza‘i (m.157H). Kemudian datang seorang lelaki kepada Sufyan dan berkata:

أَعْظَمَ اللهُ أَجْرَكَ فِي أَخِيكَ الْأَوْزَاعِيِّ ؛ فَقَدْ مَات
"Semoga Allah membesarkan ganjaranmu pada saudaramu al-Awza‘i, dia telah meninggal dunia"

2.     Seorang lelaki datang menemui Sufyan al-Thawri memberitahu berita kematian Syu‘bah al-Hajjaj (m.160H) dengan menyebut:

 أعظم الله أجرك في شعبة




Lalu kata al-Thawri: رحم الله أبا بسطام "Semoga Allah merahmati Aba Bistam (gelaran Syu‘bah)"

Kata Ibn al-Qayyim: “Di antara petunjuk Nabi SAW ialah kita memberi ucap takziah kepada ahli keluarga si mati. Dan tidak termasuk dalam petunjuk Nabi untuk kita berhimpun di rumah si mati, membaca al-Quran untuknya tidak di kuburnya dan tidak juga di lainnya kerana semua ini perkara rekaan yang baru dan dibenci. Adalah dari petunjuk baginda kita tenang dan reda dengan ketentuan Allah, mengucapkan Alhamdulillah dan Al-Istirja’ (mengucapkan Innalillah wa Inna ilaihi raji‘un)”.


أَعْظَمَ اللهُ أَجْرَكَ 

Semoga bermanfaat.
Sumber:  http://citu-uitmperak.blogspot.com/



3 ulasan:

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.