Pageviews

08 Mac 2013

Kejutan di Hari Wanita Antarabangsa 2013

As salam,

sumber

Selamat menyambut hari wanita antarabangsa tahun 2013.  Sungguh agak terlewat sikit menulis untuk entry kali ni. Mana tidaknya, baru siang tadi perasan bahawa hari ini setiap tahun 8 Mac adalah hari wanita antarabangsa.

Oleh kerana siang tadi kerja memang tak sempat nak taip entry ni, walaupun pada hari-hari biasa yang lainnya kebanyakan entry dikeluarkan pada masa bekerja... jangan tak tahu dunia sekarang ni dah jauh maju dan jangan tak tahu ketika sedang ambil minit mesyuarat pun boleh publish entry... jeng jeng jeng...

Sambung semula, lepas kerja balik rumah kenalah jengok anak-anak pula nak belek-belek mana yang tak kena... kot-kot kena lambung plak ker... :P bukan tidak percaya tetapi seharian dah tinggal anak jadi kena ambil tahu apa yang terjadi pada anak-anak dan ambil masa untuk melayan kerenah mereka pula...okey lah dah tidur sebahagiannya... terutamanya baby baru ada masa nak belek blog pulak... siapkan dua tiga entry untuk publish dua tiga hari lagi... dok pikir juga apa tajuk entry yang sesuai untuk tarik perhatian pada cuti hujung minggu ni ...


kejutan!!??
 Tujuan sebenar entry ini adalah nak bercerita mengenai gambar di atas.  Kira macam berita menarik untuk minggu ini.  Walaupun sebenarnya banyak lagi yang menarik tetapi disebabkan hari ini adalah hari wanita antarabangsa maka hadiah di atas menjadi satu kejutan yang paling menarik untuk minggu ini.

Mengapa menarik?  Kerana coklat di atas adalah pemberian encik suami ketika pulang dari kerja petang tadi.  Coklat itu adalah bersempena hari wanita kebangsaan... terkejut sungguh dan tidak sangka sama sekali... masih lagi romantik encik suami aye ... terima kasih !!!  Encik suami memang suka bagi kejutan yang tidak disangka-sangka...


Inilah rupa sebenar bekas coklat itu.  Bentuk hati dan sungguh menarik.  Balik rumah lepas kemas barang kerja dan siap diri sendiri baru buka dan makan dengan anak-anak.  Mengapa?  Sebabnya encik suami kerja.

 Demikian serba sedikit kejutan bersempena dengan hari wanita antarabangsa 2013.


rumahku syurgaku

-.-

3 ulasan:

  1. selamat hari wanita sedunia. moga wanita terus succes.

    BalasPadam
  2. Wah! dapat coklat... bertuahnya badan.. Saya nak jugak..

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.