Pageviews

31 Mac 2013

Positif disebalik kebetulan

As salam,


Secara kebetulan dan aye akui mungkin agar sukar bagi sesetengah orang untuk mencari positif disebalik apa yang terjadi.  Walaupun aye sendiri positif dan yakin apa yang dilalui ini adalah ujian dariNya untuk menguji kesabaran dan kekuatan akal untuk bertindak serta lain-lain hikmah yang tersembunyi.


Segmen Blogger Muslimah

As salam




Sementara menunggu malam terakhir Mac 2013 melabuhkan tirainya, dengan berbesar hati yangbaik ingin turut sama memeriahkan Segmen Blogger Muslimah anjuran Blogger FizGraphic.

Segmen: 300 bloggers

As salam,



Sempena hari Ahad ni, join segmen:  300 bloggers anjuran blogger Paly.  Untung juga ada segmen ni , boleh bertukar-tukar link blog dan berkenalan dengan Rakan Blogger baru.

30 Mac 2013

Blog dah terasa berat | Jom bagi cadangan!

As salam,



Bila blog terasa berat rasa macam nak buang semuanya kecuali yang wajib.  Rakan blogger pasti perasan kan bila masuk ke blog ni... lambat sangat nak loading... sangkut sana sini.  Aye dah lama perasan tapi tak tahu nak buat macam mana... baru sekarang ada ruang cari peluang.

Sebenarnya saya juga nak keluarkan kawan-kawan yang aye follow.  Maksudnya Bloglist perlu ditapis dan di senarai pendek.

Jadi, kepada Rakan Blogger yang baik hati dan hebat-hebat mohon bagi cadangan apa yang patut di buat.

Terima kasih.

p/s:  nak berkejar ke Seri Manjung pula nih... ada kenduri kahwin.  Nak pilih baju warna apa eh? fikir2

blog kini terasa berat
idea pula semakin sarat
umpama terpijak paku berkarat
semakin lama semakin pekat


Antara kemarahan dan rasa simpati

As salam





Kemarahan pada ahli maksiat hanya terjadi ketika pandangan Anda tertuju ke arah mereka. Namun ketika anda berfikir tentang hukuman akhirat yang akan mereka terima, maka rasa kasihan akan menyergap hati Anda.
(Abu Sufyan ad-Darani)

28 Mac 2013

Blog Popular Malaysia | MSMW2013

As salam,

Agak terlambat sikit mengeluarkan catatan hari ni.  Alasan skema seperti biasa dan semua orang dah tahu dan tak perlu diperkenalkan lagi.

Walaubagaimanapun masih sempat lagi cedok entri dan maklumat berkatian senarai Top 18 Popular Blog Malaysia MSMW2013 (Sumber – Anarm.net).  Entri ni dah agak lama terperap dalam deraf... so agak-agak nak basi ke dah basi? 

Walau apa pun tak rugi kongsi maklumat kan? 

Jom terjah blog popular Malaysia 2013.
  1. Favourite Auto Blog – ArenaKereta.com (PR2)
  2. Favourite Innovative Blog – Ariffshah.com (PR4)
  3. Favourite Business Blog – AbangEnsem.com (PR3)
  4. Favourite Celebrity Blog – ZarulUmbrella.com (PR3)
  5. Favourite Music& Entertainment Blog – SuaraPeople.com (PR2)
  6. Favourite CSR Blog – Kucing.my (PR2)
  7. Favourite Educational Blog – OhCikgu.com (PR2)
  8. Favourite Foodie Blog – PlacesAndFoods.com (PR3)
  9. Favourite Gossip Blog – BeautifulNara.com (PR4)
  10. Favourite Photography Blog – AzmanIshak.com (PR2)
  11. Favourite Gadgets Blog – Amanz.my (PR6)
  12. Favourite Political Blog – Stephendoss.blogspot.com (PR3)
  13. Favourite Shopping Blog – KZNabihah.com (PR2)
  14. Favourite Sports Blog – Legendnetball.com (P1)
  15. Favourite Travel Blog – FaizalFredley.com (P1)
  16. Favourite Lifestyle Blog – AkmaOmar.com (PR1)
  17. Favourite Micro Blog – HafizRahim.com (PR1)
  18. Most Creative Blog – Denaihati.com (PR4)
Kali ini yangbaik tak masuk atau mendaftarkan diri dalam MSMW2013.  Tak sempat, lagi pun tak banyak perubahan dan pembaharuan yang dibawa. Sekadar jadi penyokong dan pengundi kepada Rakan Blogger yang menjadi calon.

Tahniah kepada mereka dan anda semua!



27 Mac 2013

Salah satu bentuk kelalaian

As salam,





Salah satu bentuk kelalaianmu terhadap dirimu sendiri adalah Anda berpaling dari Allah,
yaitu saat Anda melihat sesuatu yang dimurkai oleh-Nya,
lalu Anda berlalu begitu saja tanpa melakukan amar ma'ruf nahi munkar
karena takut kepada orang yang tidak bisa memberikan manfaat
maupun mudharat bagi Anda.
(Abu Abdurrahman al-'Umari az-Zahid)

Wordless Wednesday | Corak Tribal Inspired by Denaihati

As salam,



(i)

26 Mac 2013

Niat melakukan sesuatu

As salam




Semoga Allah merahmati seorang hamba yang merenung sejenak sebelum melakukan suatu amalan. Jika niatnya adalah karena Allah, maka ia melakukannya. Tapi jika niatnya bukan karena Allah maka ia mengurungkannya.
(al-Hasan)

Alif dan adik-adik demam lagi

As salam


Hari ini, bangun pagi berebut bilik mandi.  Selalunya Alif lambat bangun pagi, nak pergi sekolah pun kena kejutkan berkali kali.  Bila di tanya kenapa bangun awal sangat.  Katanya badan panas nak demam. Pulak!!!  Baru malam tadi ikut ayah jalan-jalan di pasar malam.

Ummi nak cuti lagi tak dapat lah, semalam dah cuti jaga adik dan kesihatan umi juga.  Rasanya tiada apa yang membimbangkan.  Petang nanti, ummi balik beli aiskrim Magnum kita makan sama-sama dengan adik-adik.

Tinggalkan perkara yang melalaikan

As salam,




Mendekatlah kepada Allah dengan meninggalkan hal-hal yang dapat menyibukkanmu dari (mengingat) Allah Subhaanahu Wata'aala! Dan ketahuilah, sesungguhnya tidak ada yang lebih menyibukkanmu dari (mengingat) Allah kecuali hawa nafsumu sendiri.  
(Abu Bakar al-Warraq)

25 Mac 2013

Tersembunyi

As salam,



Sesungguhnya diantara bagian hawa nafsu yang tersembunyi adalah merasa senang apabila amalan yang kita perbuat dilihat oleh orang lain.
(Ibnul Atsir)

23 Mac 2013

Antara malam dan siang

As salam



corak hiasan


Malam itu panjang, maka jangan pendekkan dengan tidurmu dan siang itu begitu terang maka janganlah kau menjadikannya gelap dengan dosa-dosamu.
(Yahya bin Muadz)

MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara

As salam,

Apa khabar semua?  Hari ini Alif mewakili ummi hendak mewar-warkan satu giveaway terbebat anjuran bersama Mak Dara dan rakan penajanya.

MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER 2013 by Mak Dara

Giveaway anjuran Mak Dara yang sangat simple, sempoi dan tak semput untuk disertai oleh semua rakan Bloggers.  

Giveaway ini gah dengan 56 hadiah yang telah ditaja oleh 30 orang penaja, iaitu:


SENARAI SPONSOR & HADIAH

#1 Sheila Salim topup RM3, topup RM5 
#2Mrs Velentine -  Bloglist
#3 PuanGojes - 2 X DiGi TOPUP RM5 
#4Mas Zull  - Sebuah Buku/Novel keagamaan
#5 Seneorita Baharin - topup RM3 X 3 Pemenang, Bloglist X 5 Pemenang
#6 Hazman aka species1980 - WANG TUNAI 
#7 Nadia Farahida - Dua Helai Baju Pelplum
# 8 Keyme - Sebuah Buku Resepi Masakan
# 9 mamahannybunny - 1X Whiterning Soap with 24k gold
#10 Si Matatajam - 
surah yassin & Al Mathurat X 2 pemenang
#11 Dayang Deno - Doodle X 1
#12 Aiman Aziz - Blog Review X 3 Pemenang
#13 SuWaRa Entertainment - pen sarawak  X 1 Pemenang, buku keagamaan X 1 Pemenang, bekas perhiasan kaca X 1 Pemenang, 
#14 Beta Kupu - Pure marine collagen X 1 Pemenang
#15 Syida RasyidaReview Blog X 1 Pemenang, Purse X 2 Pemenang
#16 Hana Maroo - Shawl X 1 Pemenang
# 17 Datin Tyka - Buku Motivasi X 1 Pemenang
#18 Shima Mazlan - Pakaian Wanita X 1 Pemenang
#19 Mime MF - pallazo pant  X 1 Pemenang
#20 Zamani Abe - Buku keagamaan "101 Rekreasi Hati" X 1 Pemenang
#21 Mrs Valentine - Bloglist X 5 Pemenang
#22 Normi Nieza - Shawl X 1
#23 Saya Suka Gelak - topup maxis / digi / celcom rm30 x 1 Pemenang
#24 CT CHEERY - Bag Tangan Wanita X 1 Pemenang
#25 ERAY - Top Up RM5 X 1 Pemenang
#26 AYU JEAN - Shawl X 3 Pemenang
#27 Lynn Si Pipi Merah - Shawl X 1 Pemenang
#28 Kesuma Angsana - 2 Key chain istimewa KA, Bloglist X 2 Pemenang, Topup RM 5 X 2 Pemenang
#29 Kyle Kesha - Bloglist X 1, 
#30 Mohd Ridzwan - beberapa souvenir dari Jenama Intel

Tidaklah menjadi satu kemestian pula untuk senaraikan hadiah dan sponsor. Saja nak sumbang link ke blog sponsor... :D
Untuk turut sama memeriahkan lagi giveaway yang dan memang cukup meriah ini, aye tag 3 orang Rakan Blogger untuk menyertai Giveaway ini. Mereka ialah:


Harap-harapnya mereka yang di tag ini sudi menyahut pelawaan tag ini.  :D
Kepada Rakan Blogger yang tidak ditag jangan ambil hati pula yae... anda juga dijemput untuk menyertai giveaway hebat ini... silakan!!


Satu Giveaway, 30 Penaja, 
58 Hadiah, Siapakah Yang Bertuah?
MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER 
by Mak Dara


Apa lagi?  Jom sertai sekarang mudah saja.
Copy paste ayat di atas pun tak per...
Mudah dan senang saja.
Jom!!!

EARTH HOUR 2013 | Jam Bumi 2013

As salam,

Dengan sengaja menambah maksud yang tidak tersirat disebalik kegelapan selama satu jam.


Padamkan Lampu Selama 1 Jam dari 8:30pm hingga 9:30pm pada hari Sabtu, 23 Mac 2013.


Apa itu Earth Hour?

Seperti yang semua sedia maklum, Earth Hour ini adalah global event yang dibuat oleh World Wildlife Fund (WWF) disebabkan oleh perubahan iklim yang drastik.
Tahun-tahun sebelum ini, boleh dikatakan Earth Hour ini berjaya kerana telah banyak negara turut serta dengan menutup lampu di bangunan – bangunan yang menjadi mercu tanda negara mereka.

Serba sedikit sejarah mengenai Earth Hour ini adalah ianya bermula pada 31 Mac 2007 di Sydney, Australia di mana seramai 2.2 Juta penduduk Sydney menutup lampu pada pukul 7.30 malam waktu tempatan.
Tahun 2008 pula Earth Hour diadakan pada 28 Mac 2008 di mana sebanyak 35 negara dan 400 bandar telah menyertai program ini dan menutup lampu dari pukul 8 hingga 9 malam.

Ada beberapa kebaikan dalam Earth Hour ini dan di antaranya adalah :

1. Menjimatkan elektrik : bayangkan berapa banyak jumlah penggunaan elektrik berjaya dikurangkan terutamanya di pusat-pusat bandar. Sekaligus mengurangkan suhu bumi yang kian meningkat kini.
2. Menginsafkan diri : generasi terdahulu hidup tanpa elektrik membesarkan orang tua kita. Betapa susahnya mereka. Kita patut bersyukur dilahirkan dalam keadaan serba lengkap.

3. Mengingatkan kita : bahawasanya bumi ini memerlukan jagaan kita. Jadi janganlah kita membazirkan sumber yang ada, merosakkan apa yang ada di muka bumi ini, dan lupa akan tugas sebagai khalifah di muka bumi ini


keterangan di atas di salin semula dari 
: http://www.facebook.com/#!/earthhour/info

22 Mac 2013

Rezeki yang telah ditetapkan

As salam,

corak 46 - kotak hati

Jika ada rezeki kita di mana pun kita boleh dapat.
Bukan dengan awak dengan orang lain
Bukan hari ini hari esok pun boleh juga
Tidak semestinya benda yang sama
Boleh jadi benda yang lain
Dalam bentuk yang lain
Jadi... terima lah seadanya apa yang ada depan mata


 
"Bertakwalah kepada Allah dan carilah rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah untukmu dengan cara yang halal, karena sesungguhnya jika Anda mencarinya dengan cara yang tidak halal maka Anda tidak akan mendapatkan melebihi apa yang telah ditakdirkan untukmu". 
(Muhammad bin Sirin)

21 Mac 2013

Berita baik buat lulusan SPM | Jom Ke Ekspo Selangkah ke UiTM 2013

As salam


Berita yang baik dan dinanti-nantikan oleh lulusan SPM dan juga lulusan STPM adalah peluang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sepeti IPTA.

Jom ke Ekspo Selangkah ke UiTM 2013.  Bagi UiTM (Perak) ekspo ini akan diadakan di Pasaraya Mydin, Meru, Jelapang, Ipoh.

Poster Ekspo Selangkah ke UiTM 2013


Aturcara Program Ekspo Selangkah ke UiTM 2013, UiTM (Perak)

Sebelum terus ke Ekspo apa kata layari dulu laman web www.selangkah.uitm.edu.my  .  Melalui laman berkenaan bakal mahasiswa dapat gambaran awal mengenai peluang pembelajaran dan bidang pengajian yang dekat dihati.

Semoga dapat dijadikan panduan dalam pemilihan pengajian di peringkat yang lebih tinggi.

Selamat maju jaya.

Segmen: Bloglist 2013 Belog Cik Kumbang

As salam,






Ini adalah segmen pertama dari Belog Cik Kumbang.Tujuan Cik Kumbang buat segmen ini adalah untuk memudahkan Cik Kumbang blogwalking & terjah update terkini blog korang yang join segmen nie.Segmen nie inspired by Mia Liana & Cik Farah,sebab Cik Kumbang menggunakan konsep copy&paste coding HTML sahaja untuk join.Mudah kan?

KENAPA KORANG PERLU JOIN?

SEMUA blogger yang join segmen nie akan dimasukkan ke dalam Blog Khas,Bloglist Cik Kumbang di [SINI] untuk sepanjang tahun 2013 ini.Best kan :) Dan yang paling best, Cik Kumbang akan pilih sekurang-kurangnya 10 blog untuk direview di facebook page Belog Cik Kumbang dan 5 blog untuk direview di Belog Cik Kumbang dengan menggunakan random.org !!! Menarik tak? JOM JOIN !!!

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1.Follow Belog Cik Kumbang untuk mengetahui update terkini segmen ini.Klik
2.LIKE Fanpage Belog Cik Kumbang.Klik
3.Buat satu entry dengan tajuk Segmen: Bloglist 2013 Belog Cik Kumbang.
4.Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish. Untuk copy sila klik di bahagian coding, kemudian tekan Ctrl+C serentak untuk copy dan akhir sekali paste kan ke ruangan HTML korang.
5. Make sure korang tinggalkan link entri korang tu kat ruangan komen NIE & nyatakan kategori blog korang untuk memudahkan Cik Kumbang letak di Bloglist Cik Kumbang nanti.


TARIKH TAMAT: 20 April 2013.




Beralih dari semalam yang lemau

As salam,

corak 45 - kebetulan pula

Cerita mengenai semalam memang sukar dilupakan dari ingatan.  Mungkin juga atau barangkali akan terlupa tetapi selagi parutnya masih ada... tetap kekal diingatan.

Kisah semalam bukanlah kisah sedih atau kisah duka, tetapi sebuah kisah mengenai pengajaran bagi mendapatkan kekuatan baru dan semangat baru untuk terus dalam perjuangan hidup ini.

Cuma mungkin juga apa jua yang tersirat atau terjadi selepas semalam akan turut memberikan pengajaran buat ikhtiar hidup.

Dalam melaksanakan atau menjalankan sesuatu urusan sudah pasti kita mahukan yang terbaik buat semua orang dan juga untuk kepuasan diri sendiri.  Namun apabila keputusan yang kita buat itu dipertikai dan dipermainkan ... seolahnya hilang kekuatan diri terasa seperti berpijak di bumi yang tidak bertanah.

Namun sebenarnya apa yang terjadi sudah tentu ada hikmah dan takdirnya yang tersendiri.  Ambil positif bukan negatif walaupun mungkin tercalit sedikit pedih di dasar hati.  Semua itu ada pengisian tersendiri.

Sila pilih ketenangan dan kebahagiaan....

Boleh beri kebaikan jangan beri keburukan

As salam,





Hendaknya setiap mukmin memperoleh tiga macam perlakuan darimu;
1.  Jika kamu tidak dapat memberinya sesuatu manfaat maka janganlah membahayakannya,
2.  jika kamu tidak bisa membahagiakannya maka janganlah membuatnya sedih, dan
3.  jika kamu tidak memujinya maka janganlah mencelanya.
(Yahya bin Mu'adz)

20 Mac 2013

Giveaway By Santai Leeza Sarawak

As salam


Giveaway By Santai Leeza Sarawak

Masih lagi bersantai-santai sebelum tidur walaupun kerja masih lagi belum siap.  Sementara menantikan mood bekerja kembali kita join dulu Giveaway By Santai Leeza.

Giveaway ini hanya terbuka kepada Blogger Malaysia mulai:
20 Mac dan tamat pada 11.59 malam 28 Mac 2013.

Harus ingat yer bukan santau tetapi santai..

Pemenang yang aktif meninggalkan jejak di blog santai leeza mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi segmen ini selain dari entri yang kreatif dan menarik minat pembaca menyertai giveaway ini.

Giveaway yang akan diberikan kepada blogger bertuah merupakan Keychain dan Fridge Magnet daripada tempat yang leeza lawati dan pemberian juga boleh berubah mengikut situasi .... :-)

Jom santai bersama Leeza.

)^-^(

Segmen: Featured Me on Bubbly?

Assalamualaikum




Bloggies... may I catch your attention? ^_^... Segmen ni inspired by Kak Mia Liana sebab... saya gunakan coding HTML sahaja untuk uols join...macam Kak Mia buat... supaya mudah dan senang dan cepat... 


Segmen: Featured Me on Bubbly? adalah 1 segmen di mana ianya merupakan 1 lagi segmen untuk semua blogger blogwalking, follow dan berkenalan sesama kita... Bukan untuk saya sahaja...tapi untuk semua juga... Get to know each other giteww... Jujur ek? Dah join kena blogwalking ke blog peserta2 lain... Hopefully, dapatlah support dan sambutan dari uols... 


Segmen ini bermula dari 5.00 petang 16 Mac 2013 sehingga 5.00 petang 23 Mac 2013. 


Syarat2?
1.  Follow blog Farah's Bubblynotes, Add to Circle Google +Farah Waheda Wahid
2.  Buat entri bertajuk Segmen: Featured Me on Bubbly? 
3.  Copy coding yang telah disediakan dan paste-kan ke dalam ruangan HTML dan publish. Untuk copy sila highlight semua coding, tekan Ctrl + C serentak dan paste ke ruangan HTML anda yer? 
4.  Tinggalkan URL uols dalam kotak komen di bawah.



Pemilihan Pemenang Segmen:
1.  10 blog akan dipilih melalui random.org 
2.  Pemenang akan menjadi Featured Blogger di Bubblynotes di dalam entri yang akan di-up-kan pada hari Isnin dan Jumaat setiap minggu. 


Jom join? ^_^... I wanna get to know uols better...

Selamat!!!

Segmen Nabeel Fikree Mencari Bloglist

Assalamualaikum...


Nabeel Fikree sedang mencari bloglist untuk bulan Mac dan April iaitu pencarian bermula dari 19 Mac 2013 hingga 11:59 malam 21 Mac 2013 nanti.

Syarat-syaratnya :
*  Follow blog NabeelStories.com
*  Buat satu entri bertajuk Segmen Nabeel Fikree Mencari Bloglist 
*  Sila copy code yang telah disediakan dan paste pada ruangan HTML entry 
*  Tinggalkan link entry pada ENTRY INI sahaja 

Harap segmen ni mendapat sambutan.

Jumlah peserta yang akan di pilih untuk masuk ke dalam bloglist bergantung kepada penyertaan anda.

Wordless Wednesday: Corak di waktu malam

As salam

(i)


(ii)


(iii)


^-^

19 Mac 2013

Musim Sakit Mata | Kawalan atau remedi lebih penting

As salam,

gambar hiasan.  sumber google

Kemungkinan juga sekarang menular semula virus sakit mata.  Ini adalah pandangan peribadi aye bukan pandangan seorang pakar.  Jadi, pandangan ini amatlah tidak sesuai untuk dijadikan sebagai contoh atau kajian pengesanan mengenai penyakit.  Harap maklum.

Kenyataan mengenai penyakit atau virus sakit mata ini dibuat berdasarkan pengamatan seorang ibu yang juga seorang blogger ke atas beberapa situasi yang sedang melanda dalam keluarga sendiri semenjak kebelakangan ini.

18 Mac 2013

Bukan tersilap tarikh tetapi teruja

As salam,


Tajuk di atas boleh diabaikan sekiranya tiada kaitan dengan jalan cerita pada hari ini.  Tidak juga kerana sindrom 'Monday Blues' tetapi lebih kepada sindrom 4 'permata di hati bonda'.  Walaupun umi ada kerjaya kesihatan dan kebajikan anak-anak perlu diutamakan.

Bermula dari awal pagi, bahkan dari malam tadi juga Inas Insyirah dah mula mengamuk.  Tidak tahu apa puncanya, sehingga tertidur sendiri dan umi pula dah naik lemau jer hari ini.  Susunan jalan cerita pun dah tak berapa nak teratur.  Maaf lah yer.

Kesukaran kenalpasti perbuatan baik

As salam,


gambar hiasan

Sesaja nak bercerita menunda kenderaan tidak sama dengan menunda perbuatan baik.

Memang tidak mudah untuk kita kenalpasti mana satu perbuatan yang baik atau tidak.  Tetapi kita dikurniakan akal untuk berfikir.

Jadi bila dah tahu mana baik, kurang baik atau tidak baik.  Buatlah keputusan dengan bijak

17 Mac 2013

[Nuffnang] Kad Kredit Generasi Baru

As salam,
Catatan ini dibuat khusus sebagai menyahut cabaran dan panggilan melalui email oleh nuffnang. Hasilnya adalah kerjasama dari semua pihak termasuk ahli keluarga lain yang turut memahami hasrat hati.

Walaupun tidak sukar untuk mereka corak, tetapi melakar corak yang mampu memberi impak kepada corak penggunaan kad kredit bukanlah sesuatu yang mudah. Ini adalah kerana kad kredit bukan sahaja satu gaya hidup baru tetapi kad kredit turut memainkan peranan penting dalam pengurusan sistem kewangan generasi muda.

Pilih untuk menjadi dermawan

As salam,




Sementara menantikan idea baru dan menyiapkan tugasan yang bakal tamat malam nanti.  Kita tinjau dulu apa kelebihan orang yang dermawan dan orang yang kikir (kedekut).

16 Mac 2013

Tip mendapatkan idea dan penyumbang semangat

As salam,


Banyak perkara yang memudahkan kita dan memberi jalan kepada kita serta memberi semangat kepada kita untuk meneruskan perjuangan.

Sama ada sedar atau tidak ketika kita susah dalam diam ada sesuatu yang memberi semangat dan kekuatan kepada kita.  Seterusnya memberi jalan dan idea kepada kita untuk melakukan sesuatu tugas dan amanah dengan sempurna.

15 Mac 2013

Ranking terkini dan kaitannya dengan tujuan blog

As salam,


Setelah sekian lama bergeluman dalam dunia bloging sudah tentu kita mengharapkan sesuatu yang terbaik untuk blog kita.  Walaupun mungkin juga pada awalnya tujuan berbloging adalah sekadar suka-suka kerana masuk kursus buat blog atau kerana ikut kawan-kawan.

Sesungguhnya peningkatan PR dalam blog menjadi satu titik tolak dan semangat untuk terus berbloging dan seterusnya menghasilkan karya yang terbaik serta boleh dijadikan rujukan dan panduan di masa hadapan.

Tidak semestinya catatan itu menjadi rujukan pembaca blog atau pencari maklumat tetapi harus juga menjadi rujukan dan panduan buat diri sendiri.

Hari ini, 15 Mac 2013 (15/05/2013) rank blog yangbaik telah meningkat ke 798,022 di dunia (kan?)... sungguh teruja sangat-sangat.  Sebelum ini Rank sudah meningkat ke angka 900,000 lebih tetapi menurun semula ke angka 1 juta hanya kerana sering lewat dan tertinggal dalam update blog.


Rank pada 15/05/2013


Seterusnya dari Rank di dunia pergi pula ke Rank di Malaysia, hari ini Rank di Malaysia telah menjangkau ke angka 6,222.  Satu pencapaian peribadi yang agak membanggakan.  Jangan pula nanti ada pula hamba Allah yang sangka aye perasan atau syok sendiri.  Sungguh banyak lagi blog di Malaysia yang bagus-bagus sebab itulah blog yangbaik berada di tangga ke 6,222.

Sesuatu yang menarik juga, hari ini blog ini agak popular di Kota Kinabalu, Sabah.  Apakah ianya ada kaitan dengan kancah yang sedang berlaku di Lahad Datu?  Jauh juga memandangkan yangbaik belum pernah lagi bercerita atau mengeluarkan pendapat mengenai kejadian di Lahad Datu.

Apa pun ini baru permulaan untuk memperkenalkan blog ke persada maya.



Akhir kata terima kasih kepada Alexa di atas maklumat dan statistik yang disediakan dan terima kasih tidak terhingga juga kepada anda semua pembaca blog dan pengomen yang tegar atau tidak.  Kunjungan anda sekalian amat bermakna buat yangbaik.  Cuma belum berkesempatan untuk berkenalan dengan lebih dekat.

Sekian, dulu untuk kali ini. 

yangbaik.blogspot.com

 


Manfaat solat malam

As salam,


Semoga bermanfaat.





Barangsiapa terbiasa memanjangkan shalat malam (dengan memanjangkan bacaan al-Qur'an ketika berdiri dalam shalat), maka ia akan merasa ringan ketika harus lama berdiri pada Hari Kiamat kelak.
(Hassan bin Athiyyah)

Nasihat buat anak

As salam,


Nasihat menasihati satu amalan yang baik dan mulia.

Justeru nasihat ini bukan sahaja untuk anak-anak tetapi juga sebagai ingatan buat diri sendiri yang juga seorang anak kepada seorang ibu.





Wahai Anakku, apabila Engkau akan mengerjakan shalat, maka shalatlah seperti shalatnya orang yang akan meninggalkan dunia ini, janganlah Engkau mengira bahwa Engkau akan kembali lagi ke dunia ini.
Dan ketahuilah Wahai Anakku, sesungguhnya seorang mukmin itu meninggal dunia diantara dua kebaikan ; kebaikan yang telah ia kerjakan dan kebaikan yang akan ia kerjakan.
(Muadz bin Jabal)
 

Semoga nasihat dan panduan ini memberi erti yang sungguh bermakna buat anak-anak seluruhnya.
 
rumahku syurgaku

14 Mac 2013

Biasa dengan 5

As salam,


Ulang semula perkara yang pernah disiarkan.  Peringatan ini sering kelihatan di mana-mana.

Sepintas lalu

13 Mac 2013

Catatan bertuah pada 130313

As salam,


Hari ini sekali lagi bercerita tentang nombor.  Nombor ini bukanlah sesuatu yang pelik atau aneh tetapi semua orang memang tertarik dan ramai juga yang taksub dengan nombor terutama nombor yang pelik-pelik.

Banyak kejadian yang berlaku pada hari ini 130313, Rabu bersamaan 1 Jamadil Awal 1434.  Antaranya:

1.  Anak-anak demam tak berapa nak kebah lagi.  Sesekali nampak macam demam tetapi bila dapat keluar rumah berlari ke rumah tetangga macam tak demam.  Anak-anak memang macam tu kot.  Walaupun demikian, tetap juga ke klinik dapatkan ubat demam, batuk dan selsema.  Mudah-mudahan mereka segera pulih.

2.  Terpaksa bercuti dari kerja hari ini kerana menguruskan beberapa urusan keluarga dan salah satunya urusan nombor satu di atas.  Sementelahan itu tertinggal beberapa acara menarik di pejabat.

3.  Tanpa disedari sebenarnya banyak perkara yang dipermudahkan urusannya.  Walaupun pada awalnya nampak macam sukar.  Semua itu adalah kurniaan dari Nya.  Alhamdulillah.  Urusan insuran kereta, pesuruhjaya sumpah, roadtax kereta dan keluarga.  Semuanya mudah.

Sekian, catatan yang tidak seberapanya ini dicatat pada tarikh keramat 13 03 2013 (4).

(^-^)
-