Pageviews

28 Februari 2013

Rasa ada mata memerhati

As salam,



gambar hiasan


Barangsiapa mengoreksi batinnya dengan muraqabah (senantiasa merasa diawasi oleh Allah) dan ikhlas, maka ia akan menghiasi lahirnya dengan mujahadah dan mengikuti sunnah Nabi shallallahu 'alahi wasallam, karena Allah berfirman, 'Dan orang-orang yang bermujahadah untuk Kami, niscaya akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.' (al-Ankabut : 69)

(Al-Harits)


Tidak sempurna

As salam,


gambar hiasan: 
bersempena kehadiran Fatimah Syarha tidak lama lagi
Insya Allah


Tidak berkait rapat secara lansung dengan gambar di atas.
Memang tidak sempurna kerja 
bilamana kita sendiri tidak yakin dengan apa yang kita buat.
Hidup akan terasa tidak sempurna dan tidak lengkap
Bilamana terasa seperti kehilangan
Tidak tahu mana hendak cari
Tidak tahu bagaimana hendak dilengkapkan
Justeru segera muhasabah diri
Mencari khilaf
Segera koreksi diri
 
 

Tidak sempurna iman bagi yang tidak dapat dipercaya.
(HR Imam Suyuthi)

27 Februari 2013

Arwendanish GA FM Aussie

As salam,


Arwendanish GA FM Aussie
Tarikh tutup penyertaan 28/2/13 jam 11.59malam.
Nak tulis apa untuk GA ni ...
tak tulis langsung nampak sangat macam malas...
memang bukan malas tetapi tidak tahu apa yang nak ditulis...
nak cerita apa pun kurang pasti.


Ha.... sementara dok merapu tu baru dapat idea...
aye harap FM dari Aussie tu melekat di pintu peti ais rumah aye, boleh tambah koleksi.
kalau tak tampal di pintu peti ais boleh juga tampal di white board kat ofis... cantik juga

yes... saya mesti dapat!

...

Wordless Wednesday: Bila kita tidur

As salam,





Wordless Wednesday: Lapan Corak Lapan

As salam,


(i)

(ii)

(iii)

(iv)

(v)

(vi)
(vii)
(viii)
 
 
*p/s nota kaki:  coraknya tak berapa nak menjadi menyebabkan tidak banyak pengunjung yang sudi komen... huhuhu
 

26 Februari 2013

Ketika senang

As salam,





Apabila kalian senang Allah ta'ala dan Rasul-Nya mencintai kalian, maka tunaikanlah amanah kalian, dan benarlah jika berbicara, dan bertetanggalah dengan baik kepada tetangga kalian.
(HR Imam Suyuthi)

Ibu Anggun dan Mithali dari Ciklaili.com

As salam,



wah... tiba-tiba terasa anggun sekali walaupun nak rasa mithali tu tak berapa nak ada sangat... Anggun itu harus ada kerana impian setiap wanita, tetapi mithali itu walaupun wajib ada masih tak berapa berani nak pegang 'title' tu sebab tanggungjawab ibu mithali sungguh besar dan berat.

rasanya tiada siapa pun yang terkejut mengapa yangbaik buat catatan mengenai Ibu Anggun dan Mithali.. betulkan?  memanglah sebab yangbaik memang suka buat kejutan... ala-ala tak ada perasaan dan tanpa rasa bersalah.


sebenarnya catatan ini dibuat bersempena dengan artikel INI yang dikeluarkan oleh ciklaili.com.  Terima kasih ciklaili.  di dalam artikel berkenaan blog yangbaik digandingkan bersama dengan 4 orang lagi Ibu Anggun dan Mithali iaitu 1. aynoranur2. hudaMJ3. Superdotnunu dan 4. MyKhalish.

Sungguh terasa kerdil diri ini bila digandingkan bersama blogger hebat.  Tetapi bagusnya dapat tumpang aura  mereka dan juga aura ciklaili.com.  Secara tidak langsung dapat tumpang populariti mereka dan juga link dari ciklaili.com.

Terima kasih kepada Rakan Blogger.



Jaminan bagaimana lagi yang lebih baik

As salam,





Aku jamin rumah di dasar surga bagi yang menghindari berdebat sekalipun ia benar, dan aku jamin rumah di tengah surga bagi yang menghindari dusta walaupun dalam bercanda, dan aku jamin rumah di puncak surga bagi yang baik akhlaqnya.
(HR Abu Daud)

masih lagi berterusan tidak banyak bicara
entah sampai bila harus berlangsungnya kesunyian ini
hanya masa dan waktu yang tidak bisa membataskan bicara ini


25 Februari 2013

Bagaimana menutup aib diri di dunia dan akhirat

As salam,


Siapa yang menutupi aib seorang muslim maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat.  (HR Muslim)
 
 

24 Februari 2013

Sesat kerana banyak bertelagah

As salam,


Peribahasa Melayu "Malu Bertanya Sesat Jalan".  Sekiranya kita sampai ke suatu tempat yang baharu dan kita tidak biasa dengan tempat itu, sebaik-baiknya jangan malu untuk bertanya untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai arah yang hendak dituju.

Sebaliknya jika banyak sangat bertanya dan banyak bertelagah kita mungkin juga akan kembali sesat kerana terlalu banyak pilihan hingga tidak tahu mana yang nak pilih dan akhirnya tersalah buat pilihan akibat daripada banyak sangat bertanya.

23 Februari 2013

Bukan sikap yang baik

As salam,



Telah berlalu beberapa peristiwa yang kurang enak termasuk juga yang baik-baik.

Seperti biasanya kita akan sentiasa mengingat apa kebaikan yang telah kita buat atau beri kepada orang, dalam pada itu kita langsung tidak ingat apa pula perkara tidak baik yang telah kita lakukan kepada orang.

Perkara yang tidak baik seperti mengata, mengutuk, menyebar cerita yang tidak pasti atau paling tidak seluruh (bergurau) dengan nada yang kurang enak.  Memang kita tidak sedar.

Kita hanya akan tersedar bila mana kita mengetahui ada orang mengata atau mengutuk kita.  Oh! mengapa orang itu mengata kita.  Kita fikir kita tidak pernah ganggu dia dan tidak pernah mengata kita.

22 Februari 2013

Misteri jalan menuju kejayaan

As salam,




Hendak berjaya tidaklah sukar tetapi tidak juga senang

Untung menjauhkan diri

As salam,


Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu):
1.  orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya,
2.  dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna.

(QS. Al Mu'min: 1-3)





21 Februari 2013

Entah!

As salam


Permulaan hidup kita setiap hari biasanya dimulakan di awal pagi dengan semangat yang baru untuk hari berkenaan.  Bila mana awal pagi itu dimulakan dengan baik dan tersusun serta teratur, makanya kita merasakan bahawa hati itu akan sempurna.


Antara sedar atau tidak adakah kita perhatikan bahawa perjalanan hidup kita ini sama ada suka atau tidak, ianya telah ditentukan.  Terpulang kepada kita bagaimana nak atasi situasi yang kita hadapi dengan penuh keberanian dan semangat.

Hanya sesekali kita mungkin tidak perasaan bahawa apa yang kita suka tidak semestinya kita dapat.  Tetapi jika dah memang kita suka sangat... banyaklah berdoa agar kita perolehi apa yang kita hajati.

Selebihnya berserah diri dan tawakkal agar kita beroleh keamanan dan kebahagian dalam setiap apa yang kita tempuhi.

Mood tak berapa nak stabil... tetapi dalam proses menyejatkan saki baki ketidaksukaan agar segera kering dan menjauh... semoga kebahagian sentiasa di sisi.

Menahan bicara ketika bahaya

As salam,




Sekali lagi...

19 Februari 2013

Big Giveaway by Cikgu Fizi, Fizgraphic, EmasPutih, Duniashida & AimanCool

As salam,


Big GiveAway by CikguFizi, Fizgraphic.com, 
Kisahemasputih.com, Duniashida.com 
& Aimancool.com

Waaaaaaaa!!! Big Giveway kali nie. Memandangkan dah ada giveaway maka dengan pantasnya copy paste ayat dari SINI untuk buat entry ini... boleh kan? boleh kan?

Sponsor yang paling besar untuk giveaway ini adalah Cikgu Fizi. Dan tidak ketinggalan blogger DuniaShida, EmasPutih dan Aiman.

Sebenarnya GA nie dicetuskan oleh Cikgu Fizi bersempena hari kelahirannya.  Wah! bertepatan sekali harijadi kita bagi hadiah kat orang.. Semoga dimurahkan rezeki dipanjang umur dan dikurniakan keberkatan dalam setiap perkejaan. 

Syarat-syarat GA ini :
1. Buat satu entri dan letak title : Big GiveAway by CikguFizi, Fizgraphic.com, Kisahemasputih.com, Duniashida.com & Aimancool.com

2. Dibawah banner sertakan juga ayat ini *korang copy & paste je! Big GiveAway by CikguFizi, Fizgraphic.com, Kisahemasputih.com, Duniashida.com &  Aimancool.com *wajib

3. Sila Follow Blog Sponsor : *wajib
a. Cikgu Fizi
b. Fizgraphic.com
c. Emasputih.com,
d. Duniashida.com
e. Aimancool.com

4. Like FP Sponsor : *wajib
a. CikguFizi
b. Fizgraphic
c. Duniashida
d. EmasPutih

5. Masukkan Sponsors dalam Bloglist korang *wajib
6. Tag sekurang-kurangnya 2 rakan *lebih lagi bagus!
7. Sharekan link GA ke wall facebook masing-masing
pemilihan pemenang lebih kepada peserta yang tidak meninggalkan syarat-syarat *wajib
 yang sebenarnya ada beberapa syarat @yangbaik tidak letak di sini supaya tidak mengelirukan orang yang datang berkunjung.  Justeru itu, silalah klik SINI untuk lebih jelas lagi.

Berikut adalah Hadiah-Hadiah yang bakal pemenang terima adalah :
Topup RM5 (celcom/maxis/digi) x 32 pemenang (cikgu fizi)
Bizcard (4box) x 2 pemenang (fizgraphic.com)
sticker x 5 pemenang (aimancool.com)
Button badge x 5 pemenang (duniashida.com)
T-shirt Blogger x 2 pemenang (kisahemasputih.com)

Siapa yang bakal Menerima Hadiah Menarik ini :

Top Referrel x 1 (BizCard 2box)
4 Pemenang Utama Berdasarkan entri dan blog
Topup + BizCard 2box
Topup + Sticker
Topup + Button Badge
Topup + T-Shirt Blogger

Selebihnya menggunakan random yang bertauliah dan adil
Topup RM5 x 28 pemenang
Sticker x 4 pemenang
Button Badge x 4 pemenang
T-Shirt x 1 pemenang

*p/s:  penyertaan belum lengkap lagi...
 sekarang sudah lengkap...


Pencarian Bloglist MAC&APRIL 2013 by DJH

As salam,


Pencarian Bloglist MAC&APRIL 2013 by DJH

Suka hati join blog list angah.  
Syarat penyertaan mudah saja.
Sesi pencarian dijangka tamat pada 26 Februari 2013.

Terima kasih.


Ada apa dengan Suara Hati

As salam,




Ada apa dengan suara hati?

(i)
Suara hati itu tempatnya jauh di lubuk hati
bersemadi di dasar hati yang paling dalam
sukar didengar atau difahami oleh insan
dan juga pemiliknya sendiri

(ii)
Suara hati itu memang sukar dimengertikan
melainkan ia diluahkan dengan jelas dan didengar secara zahir

(iii)
Suara hati itu kadang-kadang sukar diluahkan
kerana menghormati insan yang lebih tinggi darjatnya didunia
kerana juga menghormati diri sendiri
juga kerana menghormati harga diri dan maruah diri sendiri



(iv)
Suara hati akhirnya dibiarkan bertapa di lubuk sana
sehingga akhirnya meledak dan meletus membakar seluruh sukma
parah juga menimpa
melarat jua ke hujung nestapa
bisakah ia dizahirkan?
hanya jiwa itu kiranya punya kekuatan yang jitu
lantas siapa lagi yang mampu bersuara andai suara itu terbendung di lubuk sana? 

(iv)
Suara hati insan ini lebih mulia bila mana diadukan kepada Yang Maha Esa
kerana sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yang tersembunyi di dasar hati hatta sebesar zarah sekalipun

(v)
Suara hati ini seumpama mewakili suara hati awak, dia, kamu, mereka dan dia juga
walaupun sebenarnya dan pada hakikat yang hakiki di dunia fana ini hati itu tidak bisa bersuara
melainkan dikeluarkan bunyinya yang mendayu pilu oleh salah satu daripada anggota yang lima


Doa mula tugas

As salam,





Sebelum melaksanakan sesuatu ada baiknya dimulakan dengan Bismillah dan doa.

18 Februari 2013

Corak | Ada apa dengan Bayu Cinta Luna

As salam,

Hari ini, tidak mungkin bersempena dengan hari mengingati kekasih atau 'Valentine Day' tetapi dengan sengaja aye siarkan gambar corak atau design dari koleksi peribadi bertemakan cinta.  Susahlah macam ni, kalau tidak boleh nak buat corak cinta jika corak ini dikaitkan bersempena dengan hari 'itu'.  

Corak-corak ini adalah hasil kerja tangan aye sendiri dan sekiranya ada Rakan Blogger yang hendak jadikannya sebagai latar belakang untuk blog atau sebagai wallpaper di screen pc boleh saja... ambillah.  Cuma sebaiknya dimaklumkan di ruangan komen/ulasan.  Paling tidak aye tahu ada orang yang sudi menerima hasil kerja tangan aye yang tidak seberapanya ini.  




abstrak cinta

17 Februari 2013

Ketika kita bercakap

As salam,


corak hiasan:  Berlian merah jambu


SEGMEN : Song In My Heart

As salam,

Hujung minggu, bukan tak der apa nak buat tetapi sebagai penutup blogwalking dan facebooking tiba-tiba terpanggil pula nak join segmen. Segmen Song In My Heart anjuran Sally Noah Levine. Mengapa namanya begitu jangan tanya aye kerana aye belum lagi berkenalan dengan orangnya baru nak kenal jer ... so kalau nak tau juga tanya pemiliknya ya...... hehehe


Untuk dapatkan syarat penyertaan jangan segan jangan ragu klik pada kapsyen bawah banner di atas tu... semua lengkap di sana.

Okey, tanpa membuang lebih banyak masa kita selusuri keterangan berikut:

Interesting People | Terima kasih

As salam,


Menarik sangat ke?  Sungguh-sungguh terharu dan teruja sekali.

bloglist

Mungkin juga sesuatu yang baru ataupun sudah lama diletakkan di situ tetapi aye tak perasan... aye tak sangka pula hingga begitu sekali penghormatan yang diberi.  Terima kasih kepada Aiza , pemilik blog kaitbenangkait.

kaitbenangkait.blogspot.com

Doa Pelindung Dari Sifat Negatif

As salam,




15 Februari 2013

Memori minggu ini

As salam,


Bukan memori daun pisang tetapi memori baju ungu. :D

Mana tidaknya pada penutup minggu ini bersempena pula dengan penghulu hari iaitu hari Jumaat, telah berlansung satu majlis yang sungguh istimewa.  Biarpun sedikit sok sek di sebalik tabir atau di belakang tabir, itu perkara biasa.  Bagi sesetengah orang dah jadi ibarat 'alah bisa tegal biasa'.

Pengalaman seorang penyambut tetamu

As salam,



aqua diamond - corak hiasan

Pengalaman bukan pertama kali sebenarnya menjadi penyambut tetamu.  Bahkan dah banyak kali.  Hanya yang berbeza adalah kali ini majlis agar besar dan berprestij dan berskala besar.  Gah sangat bunyi nye kan.


Mengapa hadiah itu sungguh bermakna

As salam,





Berilah hadiah satu dengan lainnya, niscaya kalian akan saling mencintai.
(HR Bukhari)

14 Februari 2013

Jangan pernah menyakiti sesiapa pun

As salam,


Jangan sesekali menyakiti hati orang lain
Paling utama jagalah hati ayah dan ibu
Siapalah kita tanpa ayah dan ibu



gambar hiasan


Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah dia menyakiti tetangganya.
(HR Bukhari)









13 Februari 2013

Sekali lagi berkata benar pula

As salam,





Seharusnyalah kalian berkata benar, karena perkataan yang benar akan mengantarkan pelakunya kepada amal kebaikan. Dan sesungguhnya amal kebaikan akan mengantarkan pelakunya kepada surga.
(HR Muslim)


suka duka pentas dunia


11 Februari 2013

Corak | Merah tanda berani

As salam,


Hari ini bersempena dengan tahun baru Cina yang masih lagi hangat dan meriahnya, aye siarkan gambar corak atau design dari koleksi peribadi bertemakan merah.  

Corak-corak yang simple dan ringkas ini adalah hasil kerja tangan aye sepenuhnya direka ketika sedang sibuk dan kalut dengan anak-anak maklumlah cuti sekolah.  


kipas kebahagiaan

kemboja lapan

intan merah delima

merah kemboja

bintang merah lapan

bulatan keemasan

Nama bagi setiap corak tu saja la nak letak macam-macam ikut tema merah.


suka duka pentas dunia

.

Jangan makan tangan kiri

As salam,


Hairan? atau pernah jumpa orang makan tangan kiri?

Jangan salah faham dengan tajuk di atas.  Mana ada orang makan tangan sendiri.  Eh eh macam nak buat lawak basi takpun macam lawak bodoh pulak.

Macam ni lah... bila makan disunatkan bahkan diwajibkan menggunakan tangan kanan dan seboleh-bolehnya elakkan makan dan minum dengan tangan kiri.

Contohnya beginilah, bila kita makan dengan tangan kanan tiba-tiba nak minum sebab dahaga atau pedas atau apa saja alasan yang boleh diterima.  Macam mana nak pegang gelas dengan tangan kanan kalau tangan kanan kita dah ada kesan makanan nanti comot pula gelas kita melainkan kita makan dengan sudu atau garfu menggunakan tangan kanan.

Sudah tentu kita perlu gunakan tangan kiri untuk memegang gelas kan? Dengan itu, gunalah tangan kiri untuk pegang gelas dan diampu dengan belakang tangan kanan.  Sebagai isyarat kita gunakan tangan kanan juga.


gambar hiasan

Janganlah kalian makan dengan tangan kiri sebab setan itu makan dengan tangan kiri.
(HR Muslim)

So... sendiri mau ingatlah ...

suka duka pentas dunia