Pageviews

09 Januari 2013

Segmen : Saya Blogger Negeri .......

As salam,



Segmen Saya Blogger dari Negeri??

 Bersegmen pula di hari Rabu Tanpa Kata.  Kan dan berkata-kata.  Ini gara-gara kena tag oleh Asmar Arafad.  Terima kasihlah kepada Asmar kerana sudi dan telah tag saya... hahaha dah terkena.

Kembali kepada segmen semula.  Segmen ini dianjurkan oleh FizGraphic.com yang sedang kebosanan dan tidak tahu nak buat apa (Buat segmen tahu pula yer... hehehe). Yang bagusnya meriahkan Segmen Up Follower nie. Bukan susah pon nak ikut syarat-syarat dia. Kita join, pastu nanti ramai-ramai blogwalking dan meramaikan follower sesama sendiri. Komen entry, follow, tinggal jejak, beramah mesra. Kan kan kan? Yang penting leh kenal blogger tue dari negeri mana. Tengok-tengok satu negeri ja. Leh jumpa lepak-lepak. Hihihi. Jom JOIN!

Saya Blogger Negeri Perak.  Walaupun saya bukanlah berasal dari negeri yang banyak dengan lombong bijih timah (perak) pada suatu masa dahulu.  Oleh kerana saya menetap di negeri Perak makanya secara tidak langsung saya adalah blogger dari negeri Perak... boleh tak?

Sekarang ni aye (ganti nama diri untuk saya di negeri Perak) menetap di Daerah Perak Tengah yang sedang diperkenalkan dengan Bandar Pendidikan kerana banyak tempat pengajian di sini seperti UTP, UiTM, KPM dan beberapa sekolah yang agak terkenal juga seperti Sekolah Menengah Agama Sultan Azlan Shah dan Kolej Vokasional.

Pada pandangan aye buat masa ni nak ceritakan tempat yang menarik di sini tak berapa nak pasti lah sebab belum lagi berjumpa dengan sesuatu yang sangat menarik untuk diterangkan (ini pandangan peribadi).  Mungkin satu yang boleh dikongsikan; terdapatnya motor racing circuit.  Tak pernah pergi tetapi nampak macam ramai pengunjung pada setiap kali dianjurkan.

Bercerita bab makan, di sini ada Secret Recipe, KFC, McDonal, Ayamas, Restoran Fuziah Nasi Ayam (Bazar Boolat), Restoran Vanggey (mamak style memang banyak di sini, tak boleh blah/ lari).  Dan tak lama lagi banyak restoran besar akan dibuka (khabarnya lah).

Cukup dulu kot celoteh yang tak berapa nak berisi...

Untuk itu, aye tag:
1.  Kakcik Seroja
2.  Ibu Salmi
3.  Mak Dara

Untuk sertai klik SINI.  Tiada tarikh tamat sehingga dimaklumkan oleh penganjur.

(^-^)
 

13 ulasan:

  1. Assalamualaikum. blog dah lawa. suka tengok! good luck kak :)

    BalasPadam
  2. Wah ibu ditag ye..
    Insyaallah nanti ibu turut serta.

    BalasPadam
  3. salam kunjugan dari segmen yang sama.. saya blogger dari perak.. :)

    kalau sudi singgah sini jap ye.. :)
    http://hanyadihatiku.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-dari-negeri.html

    *follow sini.. :)

    BalasPadam
  4. Jambatan sesak naik feri,
    Sampai jeti tunggu giliran;
    Jenguk sini di malam hari,
    Sambil hulur salam kenalan.

    Berterbangan dari segmen yang sama, singgah di teratak ini & sudah FOLLOW sini`;-)

    http://engkumuzahadin.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri.html

    BalasPadam
  5. salam kenal.. budak SLE dari terengganu datang folow sini! weeeee.... dari segmen yg sama :)

    http://dayangdeno.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri.html

    BalasPadam
  6. nak join jugak segmen ni..tapi masih dalam proses mengarang cerita huhuhu..salam kenal..

    BalasPadam
  7. salam kenal, cyda dtg follow dr segmen yg sama :D

    BalasPadam
  8. salam kenal..
    i follow dari segmen yang sama.

    jemput singgah blog ciksu

    http://lobaksusue.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-dari-negeri.html

    dari kedah :D

    BalasPadam
  9. hi.. yeen dari segmen yg sama
    jom terjah ke nogori plk hik2
    http://treasurelicious.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri.html

    BalasPadam
  10. dtg dari segmen sama...slmt berkenalan...^_^

    http://cikque90.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-dari-negeri.html

    BalasPadam
  11. salam kenal..done follow!

    ecah blogger klate

    jemput kunjung balas ke blog ecah pulokk. =D

    http://violetungupurple89.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri.html

    BalasPadam
  12. salam kenal..done follow!

    ecah blogger klate

    jemput kunjung balas ke blog ecah pulokk. =D

    http://violetungupurple89.blogspot.com/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri.html

    BalasPadam
  13. Dah lama follow sini hehe.

    Salam tuan blog :D Blogger Kelantan dtg singgah sini. Saya dari segmen yang sama. Jika ada masa, meh singgah blog saya hihi. Happy blogging! ^^


    http://www.amalinalee.my/2013/01/segmen-saya-blogger-negeri.html

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.