Pageviews

04 Disember 2012

Takut kepada penipuan

As salam,


Tak taulah apa kaitan antara gambar di atas dengan ketakutan atau penipuan.  Nak dijadikan cerita bukan kerana ditipu oleh penjual kereta terpakai (walaupun macam pernah kena tipu), tetapi yang dijadikan cerita adalah takut sekiranya sekali lagi ditipu oleh orang yang sama atau orang lain yang menggunakan helah yang seakan sama.  Tetapi cerita ketakutan ini rasanya tak sesuai lah nak diceritakan dalam 'Fear Factor' yang sedang dok heboh kat blog dan ASTRO sekarang ni... memang tak masyuk....

Terfikir juga bukan sekali dua bah kan berkali-kali, apa yang orang itu tipu adalah dirinya sendiri dan bukannya kita.  Kalau dia tipu kita manalah kita tahu melainkan dia sendiri yang bagitahu dia tipu kita... hm.... macam skema pulak citer ni... tapi tak per.

Wahai sesiapa yang ada hati atau niat nak menipu tak kiralah untuk kebaikan atau kepentingan diri sendiri, pastikan bahawa anda yakin dan percaya bahawa penipuan itu tidak mendatangkan mudarat atau menyusahkan orang lain.  Ini adalah kerana doa orang yang dizalimi (termasuk kena tipu) adalah mustajab dan cepat dimakbulkan Allah.

Ada hati nak tipu... atau nak bagi alasan untuk menipu?  Pastikan juga anda yakin dengan alasan anda itu...


6 ulasan:

  1. Adui, belit2...xphm la, hihihi ^__^

    BalasPadam
  2. Orang yang menipu ni rasanya tak pernah fikirkan kesusahan orang lain. yang difikirkan adalah kepentingan diri sendiri. Dah beberapa kali ditipu hingga terjejas kehidupan kami sekeluarga. Namun, Allah tu maha adil..

    BalasPadam
  3. tipulah kalau tak pernah kena tipu dengan penipu untuk menipu mangsa penipu..buat mangsa penipu jgn biarkan menjadi mangsa penipuan lagi...

    BalasPadam
  4. to Nad,
    Sajo buat ayat belit2 (*-*) biar si penipu tu pening sikit...

    BalasPadam
  5. To Ibu Nor,
    Betul... apa yang kita buat pasti dapat balasan yang setimpal... dalam sedar atau tidak.

    BalasPadam
  6. to encil cool,

    hmmm... penipu memang suka menipu...

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.