FOLLOWER

3 Disember 2012

Ketakutan yang paling ditakuti

As salam,


 
Ketakutan yang paling ditakuti.  Bunyi macam menakutkan saja.  Banyak sangat perkara yang menakutkan boleh mendatangkan stress.  Nak senyum takut, nak gelak takut, nak cakap takut, nak diam pun takut.  Bukan sahaja takut pada lipas, tikus, ulat bulu atau lipan.  Itulah banyaknya ketakutan yang menyelubungi hidup.  Semuanya kerana takut dengan prasangka orang sekeliling dan juga takut dengan perasaan sendiri yang kadang-kadang tidak berasas.
 
Ketakutan juga mampu mempengaruhi perasaan dan kehidupan sama ada dalam sedar atau tidak.  Kerana ketakutan juga lah hidup seseorang menjadi sengsara.  Kerana takutkan teman wanita atau teman lelaki mak bapak dipinggirkan... itu bukan kerana sayang :lol: ... Dan,... kerana takut kepada anak-anak jugalah ada sebilangan ibu bapa yang sanggup mengabaikan tugas dan tanggungjawab kepada Allah. Na'uzubillah...
 
Ya Allah, ampuni dosaku dan dosa mereka peliharalah kami daripada ketakutan yang merugikan kami seluruhnya. Kurniakan kami kekuatan bagi menghadapi ketakutan yang merugikan kami, dunia dan akhirat kami.

eehhh... nak tulis ketakutan yang lain tapi lain pula yang keluar... inilah akibatnya terlalu takut sangat nak tulis.  Nak tulis tapi nak sorok... tak nak bagi orang tahu lah konon... Memanglah ini ketakutan yang sebenar kan... tak juga.... banyak lagi ketakutan yang paling ditakuti... apa dia?... itu Biarlah Rahsia... hehehe
 
...

4 ulasan:

  1. eh, apa rahsia-rahsia ni...?

    anti klimaks betol!

    BalasPadam
  2. apakah yg ditakuti itu. nampak gambar siling je...

    BalasPadam
  3. to pak gedek,

    aloo... rahsiakan

    BalasPadam
  4. to bro denaihati,
    memang leh sebab takutkan siling tu jatuh... hehehe

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.