Pageviews

06 Disember 2012

Merajuk lagi

As salam,


Eh tak sempat nak cerita lagi dah publish...suka sangat potong trip...satu hal pulak dah tersilap tekan kan keyboard ni, nasib baik sempat diselamatkan... kalau terdelete tadi kan ke naya... sekali dengan cerita terdelete... tak lalu dah nak mengarang semula. 


Semenjak dua menjak nih (entah ayat ni dapat dari mana tak tau), Kakcik kat atas nun suka sangat merajuk.  Tak boleh tegur sikit muncung mengadap dinding...konon-konon mengadu kat dinding lah tu... Lagi satu kalau permintaan tak dipenuhi pun merajuk jugak... panjang jer muncung nye kalau tak muncung menjerit sekuat hati bingit satu rumah entah2 satu blok taman ni pun dah kenal suara dia (termasuk suara mak dia,,, eeeeiiii haish).


Memangnya macam tu kot adat orang beradik kecil... maklumlah perhatian dah berpindah, tak sempat nak bermanja dah ada orang baru tempat berkongsi kasih dan manja... mengada-mengada betul lah.

Walau apa pun kasih dan sayang tak pernah pudar... merajuk lah seminit dua lepas tu datang semula memujuk... relaku pujuk... dia dah faham kot rajuknya tak kemana... 'sapa merajuk dia yang rugi'...


***suka duka pentas dunia... keluargaku syurgaku***


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.