FOLLOWER

8 Disember 2012

Durian Crepe atau Tempoyak

As salam,


Sekarang ni, sana sini tak kira di blog atau facebook atau twitter atau apa saja sering diperkatakan mengenai Durian Crepe.  Sungguh banyak nilai tambah yang diberikan kepada durian bermula dengan dodol durian, pengat durian, durian pulut, lempok durian, ais krim durian dan diikuti dengan durian crepe.  Ini kira nama yang ada nilai tambah tidak ketinggalan lempeng durian dan tempoyak.  Cuma belum dengar lagi jus durian atau jem durian.


Berbalik kepada durian crepe, sementelahan sekarang ramai sangat orang (blogger) suka sangat buat entry mengenai durian crepe, makanya aye juga tak mahu ketinggalan.  Apa yang berbeza adalah dalam entry aye tak ada gambar durian crepe... tak sempat nak tangkap gambar dah habis dirembat anak beranak.

Boleh cerita saja lah.  Saiznya cuma selebar dua jari dan sepanjanag 3 jari, harganya 3 ketul RM10.00.  Nak kata berbaloi tu tak berani nak jaminlah sebab kata orang bahan-bahannya mahal termasuk juga lah isi durian cream.  Tak tahulah pulak isi durian apa yang diletakkan.  Sebab rasa durian bila dah bercampur macam sama jer... huhuhu  memang leh lidah ni tak bertulang.

Nak buat cerita juga, durian crepe ini adalah hadiah dari encik suami.  Dibeli dari seorang rakan yang mendapatkannya dari Ipoh... jauhnya... entah-entah kat Seri Iskandar ni berlambak-lambak pakar durian crepe.  Tak apalah rezeki orang Ipoh kan.

Dok bercerita sakan, tak sampai lah ke rasanya.  nie.... akak nak cerita rasanya memang mendebarkan ... untuk suapan pertama sedapnya rasa durian... berkongsi pula dengan Inas... ingatkan dia tak suka... rupa-rupanya satu rumah suka dengan rasanya... termasuklah si pembantu peribadi tu...  Itu untuk rasa bagi kotak yang pertama, masuk kotak kedua.... dah suspen... rasanya......mak oih... dah jadi tempoyak... masam!!! lagi sedap kalau ada cili padi dan nasi... apa nak buat harganya bukan murah, selagi boleh makan makan jer.... tak kiralah masam pun asalkan habis licin.

Itulah serba sedikit pengalaman kami makan durian crepe...

2 ulasan:

  1. Tak letak tarikh expired?
    Nk untung punya pasal......

    BalasPadam
  2. Nad,

    tak der pula... buat sendiri jer kan senang ....

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.