Pageviews

13 Disember 2012

Blogger Jutawan Satu Impian atau Realiti

As salam,

"Impian Seorang Blogger"

Bermula dari tidak tahu apa-apa mengenai blog.  Seketika buat-buat tidak tahu hanya setelah tersebar kononnya boleh buat duit dengan blog barulah terkial-kial nak buat blog.  Dari situ mula Simpan Impian untuk menjadi Blogger Jutawan walaupun sehingga kini masih lagi terkial-kial kemaskini blog.

Susunan blog pun tidak berapa mesra SEO.  SEO pulak?  Entah belum khatam lagi bab-bab mencari atau mendapatkan SEO yang mesra.  Sebaliknya masih lagi merangkak atau boleh juga dikatakan merayap.

Kekuatan semangat dan kesungguhan pastinya menjadi kunci kepada sesuatu kejayaan diiringi juga sudah pastinya dengan sokongan keluarga.  Bagi aye sendiri dalam masa terdekat ini memanglah tiada saudara mara atau rakan terdekat yang menjadi blogger tegar atau bakal menjadi Blogger Jutawan.  Mungkin juga ada tetapi tidak diwar-warkan... :)

Hanya yang pasti dalam dunia blog dan persahabatan di alam maya, tanpa kita sedari sebenarnya kita dikelilingi oleh Rakan Blogger  yang bakal menjadi Blogger Jutawan.  Memang benar ada di antara mereka yang langsung tidak pernah aye jumpa hanya kenal di alam blog sahaja.

Dalam tak disangka-sangka rupa-rupanya ada pakatan antara blogger INI dengan blogger INI  dalam mengeluarkan tajuk Blogger Jutawan.  Dan tanpa disangka-sangka tajuk ini juga secara kebetulan berkaitan pula dengan tajuk INI.  Memang secara kebetulan blog picisan ini pula tersangkut....ala-ala blogger jutawan pula (perasan sekejap).

... entah apa-apa ajelah...

6 ulasan:

  1. terima kasih backlinknya. yg penting utk permulaan ni dah ada azam dan matlamat

    BalasPadam
  2. tidak mustahil malaysia juga bakal melahirkan ramai blogger jutawan satu hari nanti, hanya masa yang menentukannya.

    BalasPadam
  3. walaupun terkial-kial blog ini nampak cantik dan mesra pembaca...ini pandangan saya yang xseberapa dalam dunia blogger ni..teruskan usaha anda

    BalasPadam
  4. Denaihati,

    Yup... sedang membulat tekad dan azam untuk capai matlamat. TQ

    BalasPadam
  5. donnyien,

    sungguh tidak mustahil... tunggulah hasilnya

    BalasPadam
  6. HM Nooh

    Masih banyak perlu dipelajari dalam dunia blog... terima kasih

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.