Pageviews

11 November 2012

Pengalaman bersalin yang berbeza

As salam,

Pengalaman setiap orang memang berbeza tak mungkin sama.  Sedangkan pengalaman bersalin atau melahirkan anak juga berbeza bagi setiap anak hatta oleh ibu yang sama.  Nanti akan ada ornag bertanya pula kalau dah berbeza maknanya apa pula?... Hmmm sendiri tanya sendiri jawab, pengalaman yang lepas boleh dijadikan sebagai sempadan dan panduan untuk peristiwa akan datang juga untuk memori peribadi.

Bukan sahaja bersalin yang memberikan pengalaman berbeza tetapi pada peringkat kehamilan lagi sudah memberikan pengalaman yang berbeza.  Kesakitan dan kesusahan juga berbeza,  justeru jangan pula kita ingat hanya kita saja yang mengalami kesukaran dan kesakitan yang amat sangat... masih ada lagi insan lain yang terpaksa menanggung kesakitan yang lebih lagi dari kita... cuma kesanggupan kita yang memberi kekuatan.

Bagi @yangbaik, pengalaman bersalin anak ke-4 pada 14 Oktober 2012 yang lepas memang sungguh berbeza sama sekali dan satu pengalaman baru.  Walaupun masa kesakitan bermula ada sedikit persamaan dengan anak-anak yang lepas tetapi peristiwa selepasnya memang banyak berbeza dan menuntut kesabaran dan kekuatan emosi yang tinggi.

Anak ke-4, diberi nama Muhammad Abid dilahirkan dengan berat yang agak rendah iaitu 2.2 kg.  Oleh kerana beratnya kurang, memerlukan pemantauan berterusan oleh pihak perubatan mengenai sebarang komplikasi berkaitan paru-paru.  Sejurus dilahirkan, ummi hanya sempat melihat dari jauh kerana Abid dimasukkan ke dalam tabung.  Agak sedih tetapi masih lagi boleh bertahan semoga yang terbaik untuknya.

Namun emosi mula merentap jiwa apabila Abid terpaksa dipindahkan ke SCN di Hospital untuk pemantauan lanjut.  Melihat dari kejauhan ... tabungnya dibawa pergi... menitis air mata ini (sedikit).. simpati dengan keadaan dan nasibnya... namun apa yang dilakukan oleh pihak perubatan adalah untuk kebaikannya.  Reda dan pasrah.

Keesokannya ummi menyusul pula untuk bersama Abid di SCN.  Perasaan sedih sukar dibendung tatkala keluar dari Wad Bersalin kerana tiada baby bersama... sukarnya nak digambarkan perasaan ini.. namun terima kasih kepada kakitangan Klinik Bersalin Yasmin di atas layanan yang diberikan, termasuk juga Doktor Yasmin yang banyak memberikan kekuatan biarpun kekuatan itu tak mampu menangkis gelora jiwa ini yang dilanda kesedihan.

Berada di SCN banyak memberi pendedahan dan pengalaman baru berkenaan situasi ibu-ibu yang terpaksa berhadapan dengan situasi anak kecil mereka ketika dirawat.  Sedikit sebanyak memberi kekuatan semangat... namun kegelisahan emosi yang melanda tak tertahankan.

Ini adalah sebahagian daripada pengalaman bersalin... selebihnya nantikan semangat baru berserta gambar baru....



1 ulasan:

  1. tahniah dgn kehadiran cahaya mata baru. semoga semuanya sihat.

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.