Pageviews

25 Mac 2012

Hari ini dalam sejarah

Assalamulaikum dan selamat sejahtera,

Gambar yang menggambarkan hari ini penuh dengan sejarah.

Walaupun hari ini penuh dengan sejarah, memang sedih untuk dilalui tetapi terpaksa dilalui juga kerana jika tidak dilalui pastinya hari ini tidak akan berakhir dan sudah pasti hari esok tidak akan muncul.  Bolehke?  Biar apapun yang dilalui sudah pasti kita mesti tempuhi dengan semangat yang kuat dan ketabahan.



dan... sejarah hari ini turut dilalui oleh dua orang kanak-kanak riang ini yang mungkin tidak kenal erti kesedihan.  Walaupun begitu mungkin juga jauh di sudut hari mereka tersimpan secalit kesedihan tetapi tidak terucap dan tidak terzahir seperti kita orang dewasa.


eh eh... Fatin Liyana dan Irine Nadia Marcello dah keluar dalam segmen blogger di Safiyya TV9.  Agak-agaknya lah bila pula tiba giliran blogger yang bernama yangbaik.  He... perasan jer... namun begittu harapan tu tetap menggunung walaupun blog yangbaik tidaklah sepopular mereka... memang jauh panggang dari api... ibarat langit dan bumi... jauhnya populariti mereka berbanding blog yang baik.


Lari sekejap dari kesedihan tadi... sekejap lagi nak sambung makan kek keju...mungkin juga boleh membantu meredakan kesedihan ini agar ia tidak bertapak lama, namun minggu hadapan bagaimana pula nak dihadapi... entahlah...


Biarlah rahsia... sesiapa yang terdekat jika ada yang membaca blog ini mungkin dapat merasai kesedihan tu...

Cukuplah dulu...

3 ulasan:

  1. salam singgah..

    kakyong kurang memahami maksud n3 ini... & tak berani juga mahu meneka2.. takut tersasar pulak..

    cuma nak kabo ni.. ade berita baik utk yangbaik di sini

    http://ibualiya.blogspot.com/2012/03/pemenang-giveaway-ibu-suhat-anak-riang.html

    BalasPadam
  2. Kadangkala bila kita asyik dengan kesenangan, dikelilingi kegembiraan, keghairahan bekerja dan diuliti tawa hilai akan membuat kita lupa apa rasanya berduka, lupa untuk titiskan airmata kekesalan dan hilang rasa bagaimana sedih.. Kesedihan itu salah satu rutin diri, aturan sistem kehidupan kita...tanpa kesedihan, siapalah manusia bukan? Semoga sendu sedan anda telah terubat, malah ada tangan yang sudi membelai dan mengesat airmata anda...

    BalasPadam
  3. Moga kesedihan itu cepat berlalu yea...:)

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.