FOLLOWER

4 Februari 2012

Dapatan hari ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia


(gambar hiasan:  waktu malam pertama tahun 2012)

Sehari lagi menjelang Maulidur Rasul 1433 Hijrah.  Hari ini hari Sabtu bawa anak-anak bersiar-siar di sekitar Seri Iskandar, tidak jauh cuma dari Taman Teknologi ke Taman Universiti sahaja.  Namun dalam kedekatan itu belum pun sampai ke Ipoh atau Kuala Lumpur berbagai gelagat dapat dilihat.  Yang banyaknya tidak sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia (terutamanya Melayu). 


Sungguh gayat rasa di hati.  Banyak sungguh ujian yang bakal dihadapi oleh anak-anak menjelang kedewasaan mereka.  Ketika kecil ini sungguh besar juga tanggungjawab ummi dan ayah untuk memberi didikan dan pengetahuan kepada mereka.  Semoga kedewasaan mereka terselamat dari segala ujian dan cubaan dunia yang melalaikan.

Apabila nak bercerita mengenai gelagat orang lain, teringat pula mereka ada ibu bapa dan sudah tentu ibu bapa mereka juga mahukan anak-anak mereka menjadi manusia yang terbaik dan berbudi luhur serta teguh peribadi.  Namun di mana salah mereka sehingga mereka jadi begitu.  Bukan salah ibu mengandung. 


Setiap dari kita dikurniakan akal yang digunakan untuk berfikir mana baik dan buruk dan bukan bertunjang kepada kehendak hati nurani yang terpesong.  Ujian ini memang kuat untuk mereka dan juga ibu bapa mereka.  Sungguh simpati dan semoga mereka yang telah terpesong dikurniakan keimanan yang tidak berbelah bagi lalu kembali taat kepada yang Satu.

Berbalik kepada gelagat hari ini, antara dapatan utama adalah berkaitan cara berpakaian. 

Bagaimana remaja sekarang dibesarkan dengan cara berpakaian yang agak pelik, antaranya berbaju sendat lengan pendek, seluar ketat tetapi bertudung.  Tolonglah beri makna yang betul kepada pemakaian tudung.  Sungguh murni memakai tudung kerana menutup rambut dan sebahagian daripada aurat wanita, tetapi mengapa dicemari dengan pemakaian baju dan celana yang tidak sesuai langsung.  Ikutlah tatacara berpakaian muslimah yang sebenar dan sejati.  Tanggungjawab pereka fesyen juga ada, apa juga fesyen yang disalahgunakan hasil daripada ciptaan mereka pasti membawa saham ke alam barzakh.  Na'uzubillah!

Dapat kedua; berpacaran.

Bagaimana nak dimulakan lagi, kerana semua sudah sedia maklum mengenai perkara ini. 

Sungguh menakutkan bagaimana nak diperkatakan apa-apa pun semoga mereka semua dikurniakan hidayah Allah dan kembali ke jalan yang benar.

Sekian, semoga mendapat manfaat untuk kebaikan bersama.

*.*

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.