Pageviews

29 Februari 2012

Jauhi sifat sombong

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Sekali lagi bahkan berkali-kali lagi berkongsi apa yang sempat dikongsikan...

Sombong
1.  Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua:  sombong adalah menghargai diri sendiri dgn berlebih-lebihan; tinggi hati; bong­kak, menyombong berkelakuan atau ber­laku sombong, menyombongkan me­nyombong ttg sesuatu; memegahkan, keangkuhan

2.  Menurut Kamus Dewan Edisi Empat:  sombong adalah tinggi hati, angkuh, bongkak, cong­kak, pongah, hendak megah berlawan lebih prb kerana hendak memperlihatkan ketinggian diri, maka hidup dlm kesukaran; menyombong berlaku sombong, membesar­besarkan diri: drpd gayanya yg ~ itu, nampak benarlah dia bukan orang dr kampung itu; menyombongkan berasa sombong kerana sesuatu, memegahkan, membanggakan: ja­ngan suka ~ ijazahmu; ~ diri memegahkan (meninggi-ninggikan) diri; kesombongan perihal (sifat dsb) sombong, keangkuhan: cukuplah ~ dan keangkuhanmu pd hari ini; penyombong orang yg sombong (suka me­nyombong).

Kata Ahli hikmah pula:
Jauhilah kesombongan, karena sesungguhnya kesombongan adalah dosa yang pertama yang membuat makhluk bermaksiat kepada Allah.  (Aun bin Abdullah)

Sekian, semoga bermanfaat.

.

28 Februari 2012

Gadget Impian Pilihan Blogger Malaysia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

gambar hiasan tiada kaitan dengan 7 gadget impian pilihan blogger Malaysia
Namun gambar itu ada kaitan dengan impian seorang blogger... semoga jadi kenyataan semula...

gambar hiasan... juga merupakan salah satu daripada gadget impian blogger


Yang sebenarnya demam gadget impian belum lagi berakhir kerana ia sedang dikemuncak acara... eh.. demam ke apa nih... Lebih kurang ajer lah... bak kata Denaihati "Contest Gadget Impian Belum Tamat Lagi".  Kemuncak acara adalah menjelangnya 5/3/2012.  Panas tu...

Daripada dok berceloteh panjang berikut disenaraikan 7 gadget impian blogger Malaysia.  Iaitu:
1.  Macbook Pro
2.  Macbook Air
3.  iPhone 4S
4.  Samsung Galaxy Tab 10.1
5.  Samsung Galaxy Note
6.  iPad 2
7.  Nikon D90

Walaupun pada asalnya terdapat 11 blogger yang tercalon untuk memiliki gadget impian, tetapi setelah diteliti terdapat beberapa orang blogger berkongsi gadget seperti tersebut di atas.

Jom kita lihat senarai calon dan gadget impian mereka:












Jika nak tahu mengapa gadget berkenaan jadi pilihan mereka sila lawat link di atas.  Ada banyak sebab dan alasan mengapa gadget berkenaan menjadi impian mereka. 

Mungkin ia juga boleh dijadikan panduan untuk membuat pemilihan gadget tak kiralah untuk kegunaan sebagai pelajar universiti, suri rumah atau usahawan atau juga blogger tegar.

Semoga bermanfaat. 

Sokongan kepada rakan blogger dan peserta contest GADGET IMPIAN anjuran Denaihati.com

(^-^)

Wahai anak-anakku

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sekali lagi berkongsi rasa



Wahai anak-anakku! Tuntutlah ilmu! Sesungguhnya, walaupun kini kalian masih kecil, kelak kalian akan menjadi orang-orang besar. Adakah yang lebih buruk daripada seorang yang sudah tua renta lagi bodoh?('Urwah bin az-Zubair)

.

23 Top Blog Malaysia Paling Popular 2012 | Denaihati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,


Terima kasih  tidak terhingga kepada Denaihati kerana memberi peluang kepada blogger picisan ini menumpang trafik organik dari google.  Mana tidaknya dengan senarai 23 top blog Malaysia yang paling popular mampu menyumbang trafik organik.  

Tahniah juga kepada Denaihati yang telah terpilih sebagai pemenang untuk kategori Best of the Best Blog of the Year.


23 Top Blog Malaysia paling popular, kenapa popular kerana mereka ini menang World Bloggers Award 2012 yang dianjurkan oleh MSMW2012 hasil daripada pilihan rakyat Malaysia. Popular kerana blog berkualiti atau blog ada ramai peminat. Banyak yang kita boleh belajar daripada Blogger-Blogger hebat ini untuk mencapai tahap yang mereka kecapi.

Malu dan segan pun ada juga untuk dibandingkan dengan blog yangbaik yang tidak seberapanya ini jika nak dibandingkan dengan 23 top blogger paling popular.  Walau apapun penting juga untuk mendapat kenalan dan pengalaman serta ilmu pengetahuan baru dalam dunia blog.

Senarai Top 23 Blog Malaysia Paling Popular mengikut katogeri

1. Paultan.org (Blog Automotif/PR4)

2.  Shahabudeenjalil.com (Blog Bisnis/PR3)

3.  Honeykoyuki.blogspot.com (Blog Selebriti/PR3)

4.Kucing.my (Blog CSR/PR1)

5.  iluvislam.com (Blog Pendidikan/PR4)

6.  ohbulan.com (Blog Hiburan/PR4)

7.  Koleksi1001resepi.com (Blog F&B/PR2)

8.  All-aboutiphone.blogspot.com (Blog Gadget/PR0)

9.  Rotikaya.com (Blog Gossip/PR3)

10.  Ninieahmad.com (Blog Kesihatan/PR3)

11.  Founder.limkokwing.net (Blog Inovasi/PR5)

12.  Eqbalzack.com (Blog Lifestyle/PR3)

13.  Yunainspired.com (Blog Musik/PR3)

14.  Danielzaidi.com (Blog photography/PR2)

15.  Chedet.cc (Blog Politik/PR5)

16.  Kznabihah.com (Blog Shopping/PR2)

17.  World-superbikes.blogspot.com (Blog Sukan/PR1)

18.  Placesandfoods.com (Blog Travel/PR3)

19.  Inianwarhadi.com (Blog Video/PR2)

20.  Fukkenlol.blogspot.com (Blog Jenaka/PR1)

21.  Hazrey.com (Blog Vocal/PR2)

22.  Bicaramakdara.com (Blog Terburuk/PR2)

23.  Ariffshah.com (Upcomimg Blogger/PR4)

Semua hebat-hebat belaka.  Cuma cadangan yangbaik jika ditambah blog motivasi dan blog surirumah  dah cukup 25 kategori. 

Akhir kata, ditinggalkan pesanan dari bro Denaihati "Kalau rajin copy paste dan buatlah posting kat blog Rakan Blogger semua kerana mengikut tips yang dapat dari workshop MSMW2012 sesekali kena buat entri senarai seperti ini untuk mendapat trafik organik dari Google".

Copy paste tak susah kan... memang suka sangat lah.. tetapi lagi bagus juga jika ada penambahan ayat atau olah sedikit ikut kefahaman.

Sekian.

27 Februari 2012

Moleskine giveaway by @cziplee

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Secara tiba-tiba semasa blogwalking lompat sana-sini tersinggah di blog emila yusof.  Rupa-rupanya sedang berlangsung giveaway.  Dalam keadaan mood tak berapa nak stabil ni... memang suka sangat lah dengan giveaway.  Cuma satu saja kurangnya  Yangbaik tidak mahir berbahasa Inggeris.

Walau apa pun tak kisahlah.  Yangbaik nak cuba juga join giveaway ini.  Bukan senang juga nak buat entry ini dalam keadaan tak berapa stabil (demam selsema).

Pertama sekali Yangbaik mahukan Moleskine Sketchbook  atau Water Colour Album adalah untuk buah hati Yangbaik iaitu Alif, Diena dan Inas. 
 Mereka sudah menunjukkan minat melukis sejak kecil lagi.  Cuma sekarang ni, bila habis saja melukis mereka akan koyak lukisan tu dan buat kapal terbang paling tidak tampal di pintu peti ais. 

Tidaklah pula bila dapat sketchbook atau water colour album kelak akan dibiarkan mereka mengoyaknya.  Sayang lah, ia kan kenangan dari Emila Yusof untuk masa depan.  Harapan yang menggunung tinggi setelah terima hadiahnya ni kelak tiada lagi dinding yang diconteng dan selamat juga buka nota kerja ummi dan ayah.

Alif juga sudah menaruh minat terhadap water colour oleh itu memang berguna sangatlah album water colour.  Sekarang ni koleksi warna yang ada adalah warna pensil, crayon dan warna magik.  Yang paling pasti warna magik tak kekal lama kerana jarang sekali ditutup semula setelah digunakan.  Yang paling lama bertahan adalah crayon Buncho.


Akhir kata giveaway  Moleskine Sketfcbook dan Water Colour Album ini sungguh menarik sekali kerana ianya  ditaja oleh CZipLee.

Bertuah sungguh dapat hadiah menarik 
boleh asah bakat anak-anak jadi orang seni yang berkaliber

Sebelum tu layan sekejap langkah seni anak-anak yang dimaksudkan

lukisan di bawah ni dilukis oleh budak kat atas tu...


ini pula lakaran pertama Inas Insyirah


sekian adanya.



Bakal Pemain Badminton Negara

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Gambar seorang bakal pemain badminton negara.
Pemandangan di belakangnya memang menarik sangat.  Itu baru di capture dengan Nokia N9.  Kalau dapat capture dengan DSLR ke lagi cantik kan.


Sudah agak lama juga menyimpan hasrat hendak bermain badminton.  Namun dek kesibukan ayahnya maka dikesempatan yang ada bermainlah dengan kawan-kawan yang tidak sebaya.  Tidak sebaya kerana umur mereka agak jauh dari umurnya.  Bayangkanlah umurnmya baru mencecah 6 tahun sedangkan pemain yang lain sudahpun berusia 9 ke 10 tahun.


eh... tak sangka pula anakku itu kidal rupanya. 
Walau apapun tak pernah disebut pula cita-cita bila besar nanti nak jadi pemain badminton, memang tiada dalam senarai cita-citanya.
Mungkin juga bermain badminton sekadar hobi masa lapang. 

sekian.  coretan ringkas seorang ummi kepada bakal pemain badminton negara.  

.

Jalan muraqabah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Tiba-tiba dapat kekuatan baru untuk buat entry.  
Namun bimbang juga sekiranya entry ini bakal menyinggung lagi. 

Biar apa pun kekuatan itu tiba untuk berkongsi rasa...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Barangsiapa mengoreksi batinnya dengan muraqabah (senantiasa merasa diawasi oleh Allah) dan ikhlas, maka ia akan menghiasi lahirnya dengan mujahadah dan mengikuti sunnah Nabi shallallahu 'alahi wasallam, karena Allah berfirman, 'Dan orang-orang yang bermujahadah untuk Kami, niscaya akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.' (al-Ankabut : 69)

(Al-Harits)
 
~~~~~~~~~~~~
sekian

26 Februari 2012

Cerita seorang blogger yang tersinggung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Seringkali bila menulis blogger bakal berhadapan dengan berbagai kerenah pembaca dan pengunjung.  Tidak kurang juga blogger yang menulis sesuka hati mengenai kisah hidupnya bila di'komen' mula melenting.

Bukanlah cara yangbaik untuk cepat melenting atau tersinggung.  Kerana apa yang ditulis dalam blog ini terlebih dahulu ditapis oleh pemikiran yang waras.  Tidak semua cerita yang dipaparkan menggambarkan pemikiran penulis secara langsung sebaliknya adalah seputar alam yang menjadikan cerita itu wujud.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah atas kelemahan manusia sendiri dalam menilai sesuatu yang berada di hadapannya.

Sekian.

25 Februari 2012

Awas! Dalam siasatan?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Awas!  Dalam kehidupan seharian sebaik mungkin kita berhasrat untuk menjadi yang terbaik atau menghasilkan tugasan yang terbaik. 

Biarpun sesekali setiap hasil yang diharapkan tidak menjadi.  Namun itu semua bukanlah penghalang kepada sebuah kejayaan.

Dalam sedar atau tidak, setelah sekian lama berbloging ikut suka hati dan kehendak akal serta minda di bawah sedar tiba-tiba jadi perhatian.

Ini menunjukkan apa sahaja bahan tulisan dan catatan yang dilakarkan di kanvas maya ini sentiasa dalam perhatian.  Jadi janganlah sesekali menulis cerita-cerita sensasi atau gossip-gossip liar, tak kiralah artis antarabangsa atau artis tempatan, malahan ahli politik atau juga majikan.

Bila disebut mengenai majikan terasa pula diri diperhatikan.  Agak banyak kali juga malahan boleh dikatakan setiap hari entry dipublish pada waktu pejabat sedangkan hakikat sebenarnya entry itu telah diset masa dan tarikh keluarnya secara automatik mengikut masa pilihan. 

Adalah tidak mustahil ketika entry itu dikeluarkan bos atau ofismate membacanya.  Ah! tak mungkinlah kerana blog yangbaik bukanlah blog terkenal hanya blog picisan saja.  Dalam pada itu yangbaik sendiri tidak berapa mengenali pengunjung ke blog ini kerana tidak semua mengenalkan diri atau meninggalkan komen di ruangan komen sebaliknya sekadar 'silent reader' sahaja.  Terima kasih.

Takut? Tipulah kalau kata tak takut.

Sekian dulu ... nak rehat panjang rasanya nak cari kedamaian dan ketenangan yang hilang.  Mana tau boleh dapat idea baru yang lebih hangat lagi.

*

  


Tulis macam ni faham macam tu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Sejak kebelakangan ini suka sangat tengok dan jalan2 di blog kawan blogger yang berkogsi cerita mengenai kisah perkahwinan walaupun bukan kisah perkahwinan mereka.

Antaranya kisah perkahwinan artis muda , Lisa Surihani dengan Yusri KRU dan tidak ketinggalan juga yang terkini perkahwinan Ana Raffali.  Selamat pengantin baru, semoga perkahwinan mereka berkekalan bahagia hingga akhir hayat.  Cabaran dan dugaan dalam alam perkahwinan tetap ada walau kepada siapa pun, hanya mereka yang alaminya saja mampu mengatasi dan memahaminya.

Kadang-kadang mereka tulis begitu tetapi kita yang bacanya faham begini.  Memang tak sama, mungkin kerana cara pemikiran dan penerimaan kita mengenai penulisan itu berbeza.  Tetapi bukanlah satu masalah besar sekiranya pemahaman itu tidak lari dari niat asal penulisnya.

Dalam masa sama, entah mengapa beberapa entri yang tertera di blog yangbaik mungkin telah disalah tafsir.  Tidak dinafikan mungkin juga kesilapan yangbaik kerana menulis begini lalu menimbul kefahaman begitu kepada mereka yang membacanya. 

Sekadar berkongsi rasa suka duka kehidupan di pentas dunia yang kadang-kadang penuh dengan pilih kasih.  Biarpun tidak semua tetapi sebagai manusia normal kita tidak lari dari bermacam-macam perasaan.  Cuma mungkin juga luahan perasaan itu menimbulkan rasa tidak puas hati. 

Yangbaik tidak mengenali anda, begitu juga anda yang membaca tidak mengenali yangbaik sepenuhnya. Jika anda mengenali yangbaik... itulah adalah tidak adil sekiranya komen anda tidak pula menggambarkan siapa diri anda sebenarnya....

Sungguh diakui ini blog aye (yangbaik), jadi terpulang kepada yangbaik untuk menulis apa tetapi masih lagi ada batasnya.  Justeru yangbaik mohon maaf andai apa yang tertulis menimbulkan kemarahan atau kebencian banyak pihak yang membacanya.

Sekian adanya.

komenlah apa saja apa celop

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


anda marah
atau geram
atau bosan
atau sedih
atau dengki
atau hairan
atau mereng
atau apa saja

komenlah ... yangbaik tak kisah
apa celop
nak marah ... tidaklah
asalkan komen yang tidak berbau lucah atau memberi impak negatif kepada blog ini atau kepada pembacanya...

buat sementara waktu ni... yangbaik memang kekurangan bahan dan idea.... so apa saja yang terlintas di minda separa sedar ni... akan tertulis di sini...

(^_^)
.

Boleh ke tidak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Boleh ke tidak
macam ni lah... bila anak-anak dah besar lebih satu tahun
boleh ke tidak pakai diapers lagi?
boleh ke tidak minum susu dalam botol?
boleh ke tidak ?

okey ke dua
bila bos dah tau ada blog
boleh ke tidak buat tulis tentang tabiat bos?
boleh ke tidak tulis tentang gelagat kawan2 di pejabat?
boleh ke tidak tulis benda yang merapu?
boleh ke tidak?




Apa saja apa celop

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



apa saja yang berlaku atau apa saja yang tertulis tidaklah semestinya menggambarkan apa yang ada dalam perasaan penulisnya.

ada juga penulisan itu adalah hasil daripada perbincangan dan perbualan dengan rakan-rakan berkenaan kisah yang dilalui mereka lalu membuahkan idea untuk menulis.

namun seringkali dianggap bahawa penulisan itu ada kaitan dengan penulisnya walau secara dasarnya tiada kaitan.

mungkin juga kerana penulis tidak berterus terang.

untuk apa berterus terang jika ia bukanlah satu keuntungan yang berlipat ganda... mata duitan la pulak...

($-$)


24 Februari 2012

10 persoalan berkaitan tudung dan legging

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,





1.  Baru belajar nak pakai tudung, senget sikit nampak jambul boleh tak?

2.  Pakai tudung kepala kena pakai jubah juga ker?

3.  Pakai tudung hanya di kepala jer, kalau pakai kain singkat atau seluar ketat tak boleh ker?

4.  Mengapa mesti pakai tudung kalau hati dah baik?  Kan orang baik masuk syurga.

5.  Awak pakai tudung tu kira baik sangat ker,  kalau dok ngumpat sana sini.

6.  Eh!  Saya tak kacau awak kenapa nak tegur saya pulak... ikut suka hati saya lah.

7.  Ada ker saya pernah suruh awak pakai tudung kepala? tak pernah kan, so jangan nak suruh saya pula... buat macam-macam.

8.  Saya dah pakai tudung kepala, pakai seluar panjang (ketat) baju pun dah besar (jarang), salah lagi ker?

9.  Sudah-sudah lah kutuk orang tak pakai tudung ni.

10.  Say tak heran pun awak pakai tudung macam tu, kenapa awak nak heran dengan saya yang pakai tudung macam ni.

(^-^)

Fikir positif yakin diri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

(sumber:  google.com)

Bila dilema datang menjelma
Terasa berat segala rasa
Hati mula cuak
Akal juga
mati

Entah
Mengapa terasa
Seolah tidak diperlukan
Kerana kesilapan yang tidak sengaja
Tiada daya tiada rasa
mengorak langkah
meneruskan
hidup

Bukan Sendiri
Terasa sebegini amat menyakitkan
Hampir membunuh seluruh harapan juga perasaan
Andai masa bisa diulang semula
Mustahil buat keputusan
Kerana takdir
menentukan
Reda
Pasrah

Terima kenyataan
Fikir positif yakin diri
keupayaan sebenar
dalam diri
sendiri
(^-^)
||



23 Februari 2012

Harapan sekadar impian

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


gambar hiasan

1.   Harapan untuk melaksanakan sesuatu arahan adalah supaya tugasan itu dapat dilaksanakan dengan baik.

2.  Penerima harapan seharusnya berusaha sehabis baik untuk melaksanakan harapan itu.

3.  Tidak semestinya bila harapan yang diberikan itu bila tidak terjadi seperti yang diharapkan bermaksud orang itu gagal.

4.  Harus bersedia dengan segala kemungkinan yang akan terjadi andainya harapan itu tidak terlaksana seperti kehendaknya.

5.  Kita mampu memberi harapan namun harus dilihat kepada keupayaan orang yang hendak melaksanakan harapan itu.

6.  Gagal tidak bererti tewas tetapi sebagai permulaan untuk harapan yang akan datang.


.

22 Februari 2012

Panggilan hangit menyakitkan hati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


gambar hiasan






Panggilan telefon bukan sahaja hangit malahan menyakitkan hati
bilamana deringannya mengusir kedamaian
pemanggilnya tidak sabar bercerita
Seolah sudah tiada esok
Segalanya harus diceritakan segera

Walau bukan kerana benci
Bisa juga membangkitkan kemarahan
hanya sekadar mengadu kisah kasih
seolah tiada lain tempat mengadu
mengadulah saja kepada teman wanita mu
itupun jika ada

atau

biarkan saja
simpan saja perasaan juga rasa hati
tak usah serah segala
ada hati harus dijaga
seperti hati mu juga mahu dipelihara

.....

21 Februari 2012

Orang rajin selalu rugi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


orang rajin selalu rugi
tiada masa rehat yang cukup
tiada masa nak borak-borak
tiada masa juga nak lepak-lepak

orang rajin selalu rugi
selalu saja buat kerja
tak boleh nampak peluang
semua nak buat

orang rajin selalu rugi
bagai ubi diam berisi
bukan cangkul angin
tiada kerja sia-sia

orang rajin selalu rugi
selalu saja jadi perhatian
selalu saja diberi tugasan
selalu juga tak duduk diam

orang rajin selalu rugi
selalu saja bertanya
diberi tugas terus laksana
tanpa banyak alasan atau kerenah

orang rajin selalu rugi
sukar dapat sahabat sejati
sama rajin sama rugi
sehidup semati cekal dihati

mengapa orang rajin saja yang rugi
ada alasan lain
silakan

Berani biar bertempat walau pantang dicabar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Biasanya ayat pantang dicabar dikaitkan dengan lelaki.  Memang betul ke lelaki ni pantang dicabar atau sekadar bualan saja.  Maaf yer bukan nak mencabar mana-mana pihak tetapi sekadar berkongsi rasa dan pandangan berkaitan cabaran dan pantang larangnya.

Biasa juga orang akan berkata 'aku memang pantang dicabar'.  Tetapi sebenarnya mengapa bila dicabar harus berpantang pula.  Pantangkan untuk perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan.  Eh... melalut la pulak.

Okeylah, begini jika ada orang mencabar... cabaran tu bukannya kuat mana pun sekadar kata-kata sahaja.  Habis kata-kata habislah cabaran tu kan. Adakah perlu cabaran itu disahut, jika tidak disahut biarkan saja tak boleh ker?

Beranikah menyahut cabaran jika ianya kelak bakal merosakkan prestasi kerja dan juga maruah diri mungkin tercalar.  Ada juga yang akan mengatakan kalau tak sahut mana nak tahu apa natijahnya.  Tetapi bukankah kita diberikan otak untuk berfikir mana baik dan buruk. 

Sebenarnya Yangbaik sendiri dalam dilema untuk sahut cabaran ini, tetapi khuatir pula akan menjejaskan reputasi.

Apa cabarannya? Biarlah rahsia.

20 Februari 2012

Apa makna CELOP?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan CELOP?  Adakah ianya istilah baru yang belum didaftarkan dengan DBP atau kerana istilah berkenaan belum dikemaskini .

Melalui beberapa pencarian di alam maya terutama melalui laman web Dewan Bahasa dan Pustaka, memang tidak ditemui makna dan istilah celop yang ada makna hanyalah celup sahaja.

Antara sebahagian daripada makna dan penggunaan perkataan celup adalah:
1.  tiruan, palsu, tidak asli;
2.  orang putih celup ialah orang yg hendak berlagak dll spt orang putih;
3.  tayar celup adalah tayar tua yg telah dibaharui bunganya;
4.  tukang celup ialah orang yg kerjanya mewarnai kain dll; bercelup

Peribahasa:
Kesat-kesat daun pimping,kalau kesat daun labu boleh dicelur.
Bermaksud:-
Orang miskin serta tidak berilmu tiada berguna di antara orang banyak, tetapi kalau ada perangai yang baik, ada juga faedahnya. celur = celup ke dalam air mendidih.


update:
Alif kata 'apa celop' tu sama 'apa pasal'
betul ke?

.

Puncak syurga

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Aku jamin rumah di dasar surga bagi yang menghindari berdebat sekalipun ia benar, dan aku jamin rumah di tengah surga bagi yang menghindari dusta walaupun dalam bercanda, dan aku jamin rumah di puncak surga bagi yang baik akhlaqnya.  (HR Abu Daud)


Moral:
1.  Tak usah berdebat, bertikam lidah atau bertegang urat leher
2.  Jangan cakap perkara yang bukan-bukan atau menipu walaupun ketika buat lawak...boleh?
3.  Jaga perangai

(^-^)
.

Ucapan selamat tinggal kepada bos

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Ucapan selamat tinggal kepada bos


Bos yang akan berpindah ke sebuah syarikat multinasional

kenapa yer perlu ada perbezaan ucapan selamat tinggal
ucap ajer lah ucapan yang baik-baik
tambahan kepada bos
tak kiralah bos kan... apa pun yang pernah dia lakukan dulu
itu semua untuk kebaikan kita juga
setiap orang terutama bila dah jadi bos memang mempunyai perwatakan yang berbeza
namun perwatakan yang berbeza itu bukan kerana lupa diri tetapi kerana tanggungjawab
bila dah jadi bos sudah tentu perlu ada sikit perubahan kerana beban dan tanggungjawab sudah berubah
adalah mustahil bila dah jadi bos pemikiran masih di tahap lama.
bos yang paling baik adalah bila kenaikan pangkatnya itu bermula dari bawah dan tidak kerana melalui mana-mana 'cable'

entah lah mengapa tiba-tiba pula terfikir nak buat entry ni.


okeh tak bos?

19 Februari 2012

Ringkasan cerita dari RTC Gopeng

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,




Seperti entri yang baru lepas, yangbaik ada laa buat cerita sikit berkenaan RTC Gopeng.



Meriah sungguh, cuma satu kurangnya yangbaik memang bukan kaki 'gambar' tak pandai nak 'capture' gambar hatta gambar sendiri pun takder harapkan kamera dari 'cameraman' yang entah dari mana datangnya tiba-tiba 'klip klap' cahaya lampu kamera, tak tau pula gambar mana yang diambilnya.


saat ketibaan PM ... sepintas lalu... nampak?

Diringkaskan cerita, setelah majlis perasmian di khemah sebelah sana selesai, PM telah melalui hadapan booth KPT... sayangnya PM tak singgah, mungkin kerana keletihan agaknya memandangkan PM baru saja tiba dari program lain di Selangor dan malamnya akan ke FELCRA Changkat Lada pula... sibuk sungguh yer...


pada hari pertama karnival sempat singgah sebentar di booth Kedai Rakyat 1Malaysia.
dari pengamatan yangbaik yang tak seberapa ni serta didokong oleh beberapa orang ahli pemasaran, 'packaging' produk 1Malaysia perlu ditambahbaik lagi bukan sekadar warna putih sahaja yang kelihatan seperti lesu... boleh? sekadar pandangan

Tak banyak booth yang dapat dilawati maklumlah bertugas kan, masa makan pun berebut bersilih ganti dengan petugas lain...  
sekian... rintihan suara dari RTC.  Beberapa rintihan suara hati terbuku di hati ... jauh di sudut hati

(^-^)
suka dengan logo di atas?...
layan..


Iklan Permohonan Pra/Diploma UiTM Sesi Mei 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,




Tawaran Meneruskan Pengajian Secara Pendidikan Jarak Jauh (e-PJJ) Program Pra Diploma/Diploma Sesi Mei 2012 - dibuka mulai 12 Februari 2012

Update:
Sila klik SINI untuk maklumat terkini

 

Tiba-tiba la pulak buat entry mengenai PJJ walhal kisah mengenai RTC Gopeng belum lagi selesai. 
Sebenarnya entry ini dikeluarkan adalah juga berkaitan dengan pameran Karnival PengajianTinggi RTC di Gopeng.

Setelah berakhirkan karnival di RTC Gopeng, baru sekarang berkesempatan buka blog... dan teringat pula semasa di pameran berkenaan ramai pengunjung yang bertanya mengenai pengajian Jarak Jauh di UiTM dan dalam pada itu entry tahun lepas masih ramai pengunjung jadi dan bertanya mengenai program baru serta alamat baru.
Jadi inilah hasilnya yang tidak seberapa ini...
Semoga bermanfaat.


(^-^)
.
.

17 Februari 2012

Lisan, Akal dan Hati

Lisan, Akal dan Hati


Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sementara menantikan kemunculan berita terbaru dari RTC Gopeng, inilah dahulu yang sempat dikongsikan.


gambar hiasan

1.  Lisan adalah percakapan dan perbualan.
2.  Akal adalah otak dan juga pemikiran termasuk cara berfikir
3.  Hati adalah kalbu tempat letaknya segala yang baik dan buruk

~~~~~~~~~~~~~

Lisan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, ia berbicara dan apabila dapat berbahaya, maka ia menahan diri.  (HR Bukhari dan Muslim) 

16 Februari 2012

Jom ke RTC Gopeng

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,

Jom ke RTC Gopeng.  Sekarang, mulai 16 Februari 2012 hingga 19 Februari 2012 berlangsungnya Karnival Pengajian Tinggi, selain dari itu terdapat banyak ruang pameran dan gerai jualan secara umumnya adalah berkaitan Kementerian Luar Bandar dan Wilayah. 

Bersempena itu juga Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Gopeng yang beroperasi sejak pertengahan tahun lepas dan akan dilancarkan dengan rasmi pada 18 Feb ini oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Buat masa ini tidak banyak gambar yang dapat dipamerkan di sini kerana masih banyak 'acara' yang belum disertai.  Ini ada kerana Yangbaik berada di sana (RTC Gopeng) mulai 16 hingga 19 Feb 2012.  Tugas!!!

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai RTC Gopeng sila ke SINI.

Sekian.




.

15 Februari 2012

Kurang sopan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,



1.  Kurang sopan adalah satu sikap yang amat disukai kerana sikap kurang sopan atau kurang ajar atau biadab bukanlah satu cara komunikasi yang baik.

2.  Kurang sopan biasanya terjadi disebabkan kerana kurangnya didikan tetapi terdapat juga sebahagian sikap kurang sopan bukan kerana tidak cukup di ajar tetapi disebabkan kurangnya pengetahuan tengan penerimaan orang lain dan hasil daripada tindakan yang dilakukannnya.

3. Antara contoh sikap kurang sopan (yang sering dibahaskan oleh orang ramai) adalah:
-  bercakap ketika makan iaitu ketika makanan penuh di dalam mulut
-  ketawa terbahak-bahak atas suatu perkara yang tidak lucu pun kerana ketawa yang dibuat-buat
-  angkat kaki dan 'tempek' di cermin kereta... jika kanak-kanak bawah 7 tahun mungkin boleh diterima tetapi bila orang dewasa yang buat demikian... sungguh kurang sopan.
-  Menjerit tak tentu pasal... orang akan kata "Hoi!... tak ajar ker?"
-  Makan/Minum sambil berjalan.  Dah jadi macam satu budaya pula sekarang nih... di mana-mana akan kelihatan keadaan ini (minum sambil berjalan).

4.  Ada lagi contoh sikap kurang sopan... boleh saja kongsikannya di ruang komen...

Sekian.

.

14 Februari 2012

Mencari alasan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

gambar hiasan

  1. Mencari alasan untuk bertindak atau tidak bertindak.  Ada yang mencari alasan berpusing-pusing kepala kerana mencipta seribu alasan.
  2. Mencari alasan untuk cuti.  Mengapa mesti dicari alasan lain jika sepatutnya kita mesti cuti. 
  3. Senaraikan lah berapa banyak juga alasan yang terbaik atau yang paling buruk sekali untuk mendapat cuti.
  4. Cadangan senarai cuti ?  Sesekali tidak akan dipamerkan di sini kerana apa juga alasan yang diberikan untuk kelulusan cuti pastikan ia adalah benar dan kita percaya dengan alasan itu, bukan sekadar alasan semata.
  5. Alasan itu tergantung kepada keperluan mustahak untuk cuti.  Seandainya tiada saudara mara yang sakit mengapa harus diberikan alasan nenek sakit.  Dalam nenek dok sihat wal afiat, tiba-tiba jatuh sakit pula dan andainya nenek sudah tiada apakah sanggup kita menipu diri sendiri dengan alasan yang tidak masuk akal.
  6. Apapun alasan yang dicari... berpeganglah kepada kebenaran dan hakikat.
.

Hadiah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



1.  Hadiah datangnya dari hati yang ikhlas.  Namun ada ketika hadiah diberikan ketika tidak ikhlas kerana dipaksa.  Contohnya ketika acara tertentu.  Sensitif untuk tulis di sini nanti ada yang terasa... Takut ehhh

2.  Semua orang suka hadiah tetapi tidak semua orang suka bagi hadiah.

3.  Jom kita baca apa ada dengan hadiah:
Berilah hadiah satu dengan lainnya, niscaya kalian akan saling mencintai.  (HR Bukhari)

Sekian...  hehehe tersasar jap...

Update:
Entri ini tiada sama ada secara langsung atau tidak dengan entri Hadiah Untuk Pembaca oleh ariffshah, bakal pilot Malaysia yang baru dari Moscow.



.

13 Februari 2012

Sepanjang Jalan Kenangan | Seri Iskandar ke Seri Manjung

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia,


Sepanjang jalan kenangan bagi setiap langkah dalam perjalanan ke suatu destinasi tersendiri
berhadapan dengan pelbagai situasi bermula dengan kehijauan alam dan akhirnya kehijauan batuan yang menggunung

suatu perjalanan itu dimulakan dengan Bismillah dan juga doa menaiki kenderaan.  Kenderaan itu juga haruslah dipastikan berada dalam keadaan siap siaga dan sedia digunakan serta selamat untuk penumpangnya

setiap perjalanan itu ada pembahagiannya bagi mengenalpasti arah tujuan ke Barat atau Timur, ke Utara atau Selatan
Jangan sesekali terbabas ke jalan yang lain laluan kenderaan lain kerana mereka juga ada arah tujuan mereka sendiri
jangan dikejar lampu yang hijau juga usah dilanggar lampu yang merah malahan kuning juga harus berhati-hati

Perhatikan di kiri dan kanan jalan laluan itu, kerana di situ juga ada kehidupan berilah mereka laluan dan lapangkan juga hidup mereka...lihatlkah durian nan sebatang itu adakah mampu ia bertahan untuk satu tahun lagi atau sepuluh tahun lagi...

Nun di sana kelihatan hijau rimba, pepohonan menjulang tinggi seolah menongkat awan, melambai lembut sang bayu senja.  Kelihatan lantainya telah dirobek rakus sang jentolak. 
Untuk pembangunan?  Ya! dalam kehidupan ini perlu kepada pembangunan dan perubahan.
Sayangnya kehijauan itu terpaksa dikorbankan.... demi sebuah pembangunan...


Kelihatan indahnya alam bersama kehijauan pepohonan muda... hasil usaha anak muda
Adakah ia mampu bertahan lama... selagi ada usaha gunakan masa serta tenaga yang ada pelihara alam hijau bumi kita.

Sekian dulu ranjau kehidupan sepanjang jalan penuh kenangan.  Hijau alam indah di mata.

Kisah hijau batu bakal menjelma...

*

12 Februari 2012

Apalah sangat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Apalah sangat...


kalau sehari tak update blog...
dah jatuh merudum page rank...

Apalah sangat...

kalau sehari tak menulis
tu tandanya idea tak datang

tetapi satu yang tak boleh hengat....
2 gelas susu satu hari...
tidak akan pernah menjauh...
kerna wanita bila dah berusia 30 tahun ke atas...
kuantiti kalsium dah mula menurun
terutama yang ada cahaya mata bersinar-sinar...
:-D

Apalah sangat..
tak dapat nak karang cerita panjang-panjang untuk hari ni, walaupun banyak aktiviti yang telah dibuat.  Oleh kerana banyak sangat aktiviti maka dengan sendirinya masa untuk berfikir panjang nak buat cerita pun sempat juga... Maklumlah... mana nak fikir kerja lagi... mana pula nak fikir mengenai blog pula...

So... inilah saja cerita yang sempat dilontarkan.

Sekian adanya.
.

11 Februari 2012

Sarapan pagi di hari Sabtu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Cucur Kucai Secukup Rasa Kuning Berseri

Pagi Sabtu yang damai, pagi-pagi lagi anak2 dah bangun lepaskan mereka menonton TV9, tanyalah Ustaz sambil menghirup susu di botol... Eh... lari pulak cerita tak sama dengan gambar kat atas tajuk pun lari.

Sebenarnya nak bercerita mengenai menu pagi Sabtu, Cucur Kucai jer. Nak resepi?... Segan pula nak tulis sebabnya semua orang dah tahu nak buat cucur... sekadar potong kucai, bawang dan campak jer dalam mangkuk besar masukkan pula tepung gandum, telur sebiji dan secubit secukup rasa.  Kalau nak sedap lagi tambahkan sedikit marjerin dan gaulkan dengan ais, goreng hingga masak, agak2lah kalau dah biasa masuk dapur tak susah, cuma masa dan kerajinan saja yang menguatkan semangat.

Makan bersama sos cili dan masukkan sesudu gula... sedap... cubalah... jemput makan...

.

10 Februari 2012

Sudah tertunaikah amanah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Sedetik lalu teringat peristiwa yang telah menimpa seorang sahabat.  Kejadian itu sungguh menyayat hati walaupun bukan kisah kemalangan yang meragut nyawa sesiapa tetapi kejadian itu telah meragut sebuah kepercayaan. 

Teringat pula tidak berapa lama dulu sebuah ingatan yang telah ditanam walaupun pemberi ingat itu mungkin tidak berapa disukai oleh beberapa ramai orang namun ingatan itu cukup memberi kesan kerana ia amat bernilai dan berkesan.  Tidak semua orang mampu menilai ingatan itu kerana datangnya ingatan itu bukan ketika mereka merasa peritnya kepercayaan yang dikhianati.

Ingatan bagaimana sebuah amanah atau kepercayaan seharusnya dipelihara dan dihargai.  Sekali kepercayaan itu dinodai ia mampu merobek seluruh kepercayaan dan tidak akan ada lagi kepercayaan walaupun dibayar dengan segunung emas.

Amanah tugas seharusnya dan sewajibkan dilaksanakan dengan penuh ikhlas dan jujur serta istiqamah.  Andainya amanah tugas itu tidak dilaksanakan dengan sempurna bukan sahaja memberi kesan kepada orang lain tetapi kepada diri sendiri terutamanya kesan kepada perhubungan dan pertalian dengan rakan setugas juga dengan ketua jabatan atau ketua unit atau ketua bahagian. 

Bagaimana hendak melaksanakan sesuatu tugas sekiranya amanah yang diberikan tidak dapat dilaksanakan dengan baik serta tidak difahami asal-usul amanah itu.  Bagaimana hendak berbelanja dengan hasil gaji yang diperolehi sekiranya tugas yang diarahkan jarang sekali mencapai KPI atau sasaran. 

Tanggungjawab untuk melaksanakan tugas itu walaupun datang dari atas (bos) hendaklah dilaksanakan dengan sebaiknya.  Bukanlah dengan sengaja bos memberi tugas itu jika tidak kerana bos juga diberikan amanah tugas oleh bos di atasnya.

Kecil hati bukanlah satu jalan penyelesaian kepada sebuah masalah atau isu.  Setiap permasalahan ada penyelesaian dan mulakan dari sekarang jangan tunggu lagi untuk melaksanakan dan menunaikan amanah dengan baik.

Semoga dipermudahkan segala urusan untuk kebaikan semua pihak.


~~~~~~~~~~~~~~
Tunaikanlah amanah kepada yang telah mempercayaimu dan janganlah engkau berkhianat kepada yang khianat kepadamu.  (HR Abu Daud)

.

Terasa hati dan merajuk

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia


Dalam kehidupan seharian, dalam apa juga aktiviti yang dilakukan kita memang tidak lari dari membuat keputusan atau menerima keputusan atas permohonan yang dimajukan.

Sesuatu keputusan tidak selalunya mudah dibuat dan sukar ditelah apa hasilnya apabila keputusan dibuat.  Namun tidak semestinya keputusan yang dibuat itu mampu mengembirakan semua orang.  Justeru terimalah apa juga keputusan yang diberikan dengan hati yang terbuka.



Proses membuat keputusan bukanlah sesuatu yang mudah namun tidak juga sukar apabila adanya garis panduan.  Hanya terpulang kepada individu untuk menerima keputusan atau garis panduan yang telah ditetapkan.

Dalam situasi kedewasaan ini perasaan terguris rasa tidak perlulah dilayan sangat kerana proses yang mendewasakan dalam berbagai situasi.  Seharusnya proses yang dialami sepanjang kedewasaan itu memantangkan cara kita berfikir dan bertindak.



Soal terasa hati (heart feeling) tolak tepi dan rajuk itu janganlah dilayan kerana perasaan itu tidak menguntungkan sesiapa.  Kita mungkin akan rasa bahagia bila melibat orang lain 'padan muka' sebab menyusahkan kita, tetapi ke mana pula kita selepas itu. 

Kita tidak selamanya hidup sendirian dan tidak selamanya kita menerima keputusan.  Suatu masa bila kita membuat keputusan ... saat itu... kita akan merasa betapa beratnya... beban yang dipikul.

Cukup-cukuplah dengan apa yang telah berlaku...


.

09 Februari 2012

Penggerak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Penggerak semangat
Pembakar semangat
Penguat semangat
Semangat yang hilang

Yang laut pulang ke laut
Yang darat balik ke darat
Yang mana tercari-cari
Yang SATU kekal di hati

?-?

08 Februari 2012

Mereka berpegangan tangan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia


Hari ini (sebenarnya malam) di pasar malam di Bandar Universiti, selepas hujan berhenti. Dalam kepekatan malam diterangi lampu neon yang separuh malap di sekitar khemah, kelihatan mereka berdua berpegangan tangan.  Amboi! bukan main mesra lagi.  Kemesraan mereka berpegangan tangan memang menarik minat dan perhatian sesiapa yang memandangnga.  Apakah hubungan mereka.  Adakah rahsia atau apa sebenarnya?

Terdetik juga rasa cemburu masa lalu, ketika baru mendirikan rumahtangga.  Apabila berjalan bersiar-siar di taman bunga atau juga ketika di pasar malam selalu juga berpegangan tangan.  Sesekali memang ada rasa segan walaupun telah mempunyai ikatan yang sah bimbang dikatakan mengada-ngada.  Macamlah orang lain tak der pasangan. 

Ayah! Pegang tangan Alif


Tetapi itu kisah dulu, kini bila dah ada anak lain pula ceritanya.  Bila bersiar-siar ayah pegang tangan anak sulong dan ummi pula pegang tangan anak tengah.  Bila dah anak tiga, anak sulong jalan pegang seluar ayah, ayah dukung anak bongsu, ummi pula ikut dari belakang seperti biasa pimpin tangan anak tengah.

Sekian, detik berpegangan tangan memang terasa mesra.  Cer bila kena tangankan... apa pula rasa...pikir lah yer.

P/S:  Catatan ini tiada kaitan dengan aksi remaja zaman sekarang atau lain-lain pasangan yang tidak sah.  Catatan ini sekadar imbasan memori masa silam penulis untuk renungan masa akan datang.

^-^