Pageviews

30 November 2011

Saya Mahu Oleh-Ole Dari Sabah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Dah agak lama tak join mana-mana contest, tak sangka pula Ole-Ole Dari Sabah ini sungguh menarik minat dan semangat untuk berbloging. 

Okey, boleh juga dikatakan contest ini sebagai pembakar semangat untuk terus berjuang.  Dan pastinya semangat itu akan lebih membara dan penuh makna sekiranya Yangbaik benar-benar dapat Ole-Ole Dari Sabah yang dibawa oleh Eyriqazz.com.

Contest akan berakhir pada 4 Disember 2011.  Masih ada banyak masa lagi kepada yang berminat untuk menyertai. 

Syarat-syarat penyertaan juga tidak susah mana, yang penting cuba dan untuk lebih maklumat lanjut sila klik di SINI.


sekian.

>_<


Wordless Wednesday | Puteri Saji

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Puteri Saji Merah Jambu



>_<
.

Apa yang dijanjikan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



"Barangsiapa ingin mengetahui kadar pengetahuannya tentang Allah, maka hendaklah ia melihat (dan membandingkan antara) apa yang dijanjikan oleh Allah untuknya dan apa yang telah dijanjikan oleh manusia untuknya, manakah diantara keduanya yang lebih diyakini oleh hatinya?"
(Syaqiq bin Ibrahim)


Sekian, semoga bermanfaat


.

29 November 2011

Bila Ombak Rindu Melanda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Setelah sekian lama tidak bersiaran, Ombak Rindu mula melanda.  Rindu kepada blog dan rindu untuk berjumpa dengan rakan-rakan blog.  Walau tidak bersua secara nyata namun perjumpaan di alam maya juga sungguh menarik.

Hampir seminggu lalu Yangbaik tidak bersiaran kerana menguruskan hal keluarga.  Bukan tiada peluang tetapi tiada semangat untuk berbloging.  Namun Ombak Rindu yang melanda telah memberi kekuatan kepada Yangbaik untuk melakarkan sesuatu di kanvas blog ini.

Apa yang ingin dikongsikan di sini adalah rasa duka di atas pemergian ibu mertua pada pagi tanggal 23/11/2011.  Semoga rohnya ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman.

Yang pergi telahpun pergi seperti yang telah dijanjikan olehNya.  Kita yang masih hidup teruskan perjuangan dan bakti kepada negara dan agama. 

Sekian dulu...

21 November 2011

Hidup bagaikan tawanan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Tiada katayang mampu diungkapkan, hanya catatan ini pengganti diri....


"Seorang mukmin hidup di dunia bagaikan seorang tawanan yang sedang berusaha membebaskan dirinya dari penawanan dan ia tidak akan merasa aman kecuali apabila ia telah berjumpa dengan Allah Subhanahu wata'ala".  (al-Hasan al-Bashri)



.

20 November 2011

Ada apa dengan 20112011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Ada apa dengan 20 November 2011?  Yang pastinya ia adalah bersamaan dengan 20112011 iaitu 20 hb 11 tahun 2011.  Sungguh tiada yang istimewanya dengan tarikh ini... sehingga catatan ini ditulis.

Yang pastinya juga catatan ini ditulis kerana nombor 20112011 itu sendiri memang unik dan hanya berlaku sekali seumur hidup.

Pada masa yang sama kalau nak diceritakan aktiviti pada 20112011 adalah pada hari ini, sekali lagi Yangbaik berkampung di HAT Lumut.  Bukan dengan semua ahli keluarga tetapi dengan suami dan Alif. 

Kesihan juga kepada Irdina Huda dan Inas Insyirah kerana terpaksa ditinggalkan dirumah bawah jagaan 'ain'.  Apa pun kehidupan mesti diteruskan.  Ada sesetengah perkara kita terpaksa lepaskan salah satu untuk mendapatkan yang lagi satu, kalau tidak ia akan jadi seperti kata-kata orang lama "Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran". 

Apapun yang ditulis pada hari ini atau apa juga peristiwa pada hari ini tetap menjadi ingatan dan catatan kisah perjalanan hidup secara peribadi.

sekian

catatan dari HAT Lumut.

>_<
.

Demam Gadget Impian Bermula

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Ini adalah antara gadget impian Yangbaik iaitu iPad 2. Okey tak?  Oh!!!  Perhatian!  Entry ini dibuat bukan kerana Yangbaik peserta contest gadget impian di Denaihati tetapi sekadar memenuhi demam gadget impian yang sedang berlangsung.  Nak curi perhatian dan curi seo dari peserta contestgadget impian. hik3

Sebenarnya Yangbaik pernah buat entry untuk menyertai Contest Gadget Impian anjuran Denaihati tetapi atas sebab-sebab yang memang tidak dapat dielakkan maka penyertaan Yangbaik tidak tersenarai.  Sedih juga.  Yang sebenarnya Denaihati telah hantar email kepada peserta awal yang tidak memenuhi kriteria supaya bertindak segera. 

Oleh kerana pada masa tu... selepas Yangbaik buat entry untuk jadi peserta contest gadget impian anjuran Denaihati satu keluarga Yangbaik telah dilanda demam panas dan bermacam-macam hal lain hinggakan hampir seminggu blog Yangbaik tidak dikemaskini dan bersawang seolah-olahnya blog juga turut demam dan email juga tidak dibuka.... Maka terlepas lah peluang Yangbaik untuk membaiki penyertaaan dan memenuhi syarat yang telah dinyatakan oleh Denaihati. Sob3.  sedih memang sedih.

Kebiasaannya penyertaan dalam contest anjuran Denaihati akan memberikan pulangan yang lumayan dari banyak segi antaranya pengunjung baru, backlinks dan banyak lagi yang sukar untuk Yangbaik nyatakan kerana Yangbaik ni kuranglah sangat mahir bab-bab seo... malunye..

Berbalik kepada contest gadget impian ni, Yangbaik tertarik dengan cara promosi yang dijalankan oleh bro Eyriqazz. Bacalah catatan oleh Bro Eyriqazz di Gadget Impian Eyriqazz dan Contest 5 in 1 Worth RM500+Pasti teruja punyalah sebab selain daripada menyertai contest gadget impian terdapat 5 lagi contest istimewa yang yang ditaja oleh Eyriqazz.  Hadiahnya juga lumayan..

Sekian... demam lagi... nak pergi ke HAT pulak tengok MM yang berada di ICU.



.

Dua perkara yang baik diamalkan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,




Dalam banyak-banyak perkara yang baik dijadikan amalan, hanya dua sahaja yang penting dan wajib diamalkan.  Jangan salah sangka pula, Yangbaik bukanlah nak menidakkan lain-lain perkara baik sekiranya tidak diamalkan menjadi tidak wajib. 




Apa yang dimaksudkan oleh Yangbaik adalah amalan yang kita suka buat tidak semestinya menjadi kebaikan dan amalan yang kita tidak sukan buat atau benci itu tidak semestinya tidak mendatangkan kebaikan.

Di pendekkan cerita apa kata kita selami maksud mutiara kata di bawah:

"Ada dua perkara yang jika Anda Amalkan, Anda akan mendapatkan kebaikan dunia dan akhirat: 
(1) Menerima sesuatu yang tidak Anda sukai, jika sesuatu itu disukai Allah.
(2) Dan membenci sesuatu yang Anda sukai, jika sesuatu itu dibenci oleh Allah."
(Abu Hazim).

Kesimpulannya, setiap yang terjadi ada hikmah tersembunyi.  Hikmah adalah berkaitan kebijaksanaan Allah yang kita tidak ketahui. 

Sekian.

.*.

19 November 2011

Jakim sahkan HP Sauce, Tabasco Pepper Sauce TIDAK Halal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarahkan menukarnya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk berkenaan.


“Jakim sebelum ini telah mengambil sampel produk tersebut dan keputusan Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan terdapat DNA babi di dalamnya.

“Mereka juga dikehendaki untuk mengemukakan resit pembelian produk baru kepada pihak kami,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

sumber:  harian metro online

Tiba-tiba...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Tiba-tiba
Teringat ...
Tiba-tiba
Rasa hiba...
Tiba-tiba
rasa rendah diri...
Tiba-tiba
sepi mengundang...
Tiba-tiba
kepala terasa sakit
Tiba-tiba
mata rasa berpinar...
Tiba-tiba
datang seribu rasa...

Tiba-tiba....
terasa poket kosong
Tiba-tiba
terasa kehilangan
Tiba-tiba
mereka semua meragam
Tiba-tiba
mereka baik pula
Tiba-tiba
..... sunyi......





Tiba-tiba...
semua dah zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....
boring pulak...

18 November 2011

Yangbaik dan cermin mata

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


sumber gambar:  google.com
Tersebutlah alkisah, Yangbaik pernah juga suatu ketika dahulu ketika tingkatan 4 sebenarnya mula memakai cermin mata.  Ada terasa macam budak cerdik pandai pulak.  Yelah biasanya bila pakai cermin mata dikaitkan denga budak pandai sebab rajin baca buku.  Nak kata Yangbaik ni pandai tidaklah sepandai mana pun dan tidaklah sepandai tupai melompat juga...

Sejarah Yangbaik mula pakai cermin mata bermula kerana sering diserang sakit kepala.  Setelah berjumpa doktor dan atas nasihat doktor juga Yangbaik mula memakai cermin mata. 

Namun tidak lama, setelah tamat SPM Yangbaik mula berhenti memakai cermin mata. Rimas lah... nak pakai contact lens tak pandai, lagi pun masa tu mana ada sangat kat pasaran, kalau ada pun mahal-mahal.



bukan gambaran sebenar.  Sumber gambar dari Google.com
Sekarang ni, umur dah semakin meningkat... penyakit lama ... sakit kepala menyerang lagi. Dah tak lalu nak makan Ponstan (ubat tahan sakit), Panadol pun dah tak berapa nak jalan... So teringatlah la pulak saranan doktor dulu... maka Yangbaik pun buatlah pemeriksaan mata.  Memang tepatlah, mata dah 'season' rabun pun mula menjengah, manakan tidak asyik buat report dan menghadap komputer, tambahan lagi dok buat blog pulak...

Maka kembalilah memakai cermin mata ....

Eh... ada petua tradisional untuk merawat mata... Ada sesiapa nak kongsi pengalaman kat sini... Sila!

%^%

.

Teman yang baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Kita sering terperangkap dengan banyak pilihan.  Namun dalam sedar atau tidak kita juga sering terperangkap dengan pilihan untuk mendapatkan sahabat atau teman yang baik.

Teman atau sahabat yang baik seringkali dikatakan memberi kesan dan impak kepada kita.  Tidak kurang juga sahabat yang tidak baik. 

Bagaimana pula kita nak memilih sahabat atau teman yang baik?

Fikirr-fikirkan...


"Sebaik-baik teman adalah yang berkata kepada temannya, 'Ayo kita berpuasa sebelum kita mati.' Dan seburuk-buruk teman adalah yang berkata kepada temannya, 'Ayo kita makan dan minum sebelum kita mati.'"  (Yahya)

*.*

16 November : Satu tahun yang berlalu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


16 November, merupakan satu tarikh keramat buat Yangbaik.  Tarikh itu menjadi keramat kerana 16 haribulan November merupakan tarikh Yangbaik mula melapor diri tempat baru dengan jawatan baru.

Kejayaan menjawat jawatan baru ini bukanlah sesuatu yang mudah malahan terpaksa melalui jalan yang agak sukar.  Walau apapun Yangbaik mengharapkan akan sentiasa diberi peluang untuk memperbaiki diri.
Sungguh banyak pengalaman suka dan duka yang diharungi sepanjang tempoh satu tahun yang lalu.  Namun pada hari ini 16 November, Yangbaik merasakan masih banyak yang perlu dipelajari dan sempena itu juga Yangbaik mengharapkan akan sentiasa mendapat tunjuk ajar dan bantuan daripada rakan-rakan sejawat mahupun sesiapa saja yang sudi memberi bantuan dan tunjuk ajar.

Sekian.

Catatan ringkas sempena satu tahun....



*

17 November 2011

Gelora Bung Karno menjadi saksi perlawanan Malaysia menentang Indonesia | Sukan Sea 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Malam ini menjadi saksi perlawanan bola sepak antara pasukan Harimau Muda (Malaysia) dan Garuda (Indonesia) dalam Sukan Sea 2011 yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno.

Semoga yang terbaik buat kedua-dua pasukan.  Kalah atau menang adat pertandingan.  Namun semua yang masuk bertanding pasti mahukan kemenangan.  Sehingga catatan ini ditulis, Malaysia telah mendahului Indonesia dengan satu mata (1:0).  Gol pertama dijaringkan pada minit ke 17.

Ikuti juga perkembangan terkini di Indonesia vs Malaysia Sea Games 2011

*.*

Berhati-hati di mana saja

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Berhati-hati! Memang sering diperkatakan.  Berhati-hati ketika memandu di jalan raya.  Berhati-hati apabila berbicara.  Ini juga penting dan cukup2 penting. 

Bila kita terbabas semasa memandu di jalan raya, kesannya memang besar tetapi bila kita terbabas semasa bercakap kesannya juga cukup besar kepada prestasi kerja kita dan juga maruah kita.

Dalam sedar atau tidak kita memang suka berbicara terutama bila kita rasa kita dah besar sangat... dah ada kuasa untuk bersuara dan tanpa mengira masa atau tempat kita akan berbicara. 

Sebenarnya entry ini adalah ingatan untuk diri sendiri... terutama bila terasa diri dah semakin jadi perhatian ramai... apa juga butir bicara kita pasti akan jadi perhatian banyak pihak.  So berhati-hatilah bila berbicara.

Ingatan juga agar berhati-hati semasa menulis di dalam blog.  Memang kita bahagia dan rasa gembira teramat sangat dengan sesuatu situasi, namun bila kita terbabas bila menulis akibatnya bukan sekarang.  Betul !!!! blog Yangbaik ini tidaklah istimewa sangat dan tidaklah popular mana.  Sungguh tidak ramai yang menjengah blog yang tak semenggah ni... tidak sepanas goreng pisang panas atau tidaklah sepopular mana-mana blog popular.

Memang ... dah nak merapu semula... manakan tidak mood nak berblog baru nak pulih, so panaskan sedikit catatan ni...

Sekian.

Berhati-hati bila bicara dan menulis!!

.

16 November 2011

Berdoalah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Berdoalah untuk perkara yang baik-baik, walaupun kita orang yang teraniaya, cubalah untuk berdoa.


"Berdoalah kepadaku, niscaya Aku akan mengabulkan doamu."  ((Ghafir/al-Mukmin: 60))


...

15 November 2011

11.11.11 | Seharian berkampung di HAT Lumut

Assalamualaikum


Cerita ini bermula hanya setelah baru saja sembuh dari demam.  Satu keluarga Yangbaik telah dihujani dengan demam panas bermula dengan suami, anak2 dan akhirnya Yangbaik sendiri.  Pada Hari Raya Qurban yang lepas, tidak lemang ketupat atau nasi impit menghiasi meja di pagi raya ataupun juadah untuk tetamu.  Semuanya tidak sihat.  Alhamdulillah setelah bertarung dengan ujian itu, kami berjaya harunginya. 

Memang tidak diduga dalam kekalutan mengejar dateline bajet perjawatan 2013 dan dokumentasi untuk audit serta macam2 lagi, tiba-tiba ujian yang hebat ini menimpa.  Sungguh tidak diduga, mujur juga tugasan sempat disiapkan walaupun tidaklah berapa sempurna.  Tetapi bersyukur juga kehadrat Ilahi kerana ujian yang diturunkan itu adalah bersamaan dengan kudrat dan kesanggupan kita menerimanya.  Rasanya tidak lebih dari itu, manakah tidak ada insan lain yang menerima ujian lebih hebat lagi dan rasanya tak tertanggung.

Pada awal pagi 11.11.11, kami dikejutkan dengan panggilan dari Yeop yang berada di HAT Lumut.  Maka kami berdua telah bergegas ke sana pada awal pagi tersebut meninggalkan anak2 dengan bibik di rumah.  Mudah-mudahan mereka selamat.  Tiba di HAT seawal jam 4.30 pagi kami terus ke wad kecemasan melihat ibu mertua yang diserang lelah.  Sehingga jam 9.00 pagi dimasukkan ke wad biasa.  Kami masih di HAT untuk mengikuti perkembangannya.... sehingga ke hari Ahad kami berulang dari Seri Iskandar ke HAT untuk mengikuti perkembangan... dan pada hari Isnin  suami seorang ke sana Yangbaik perlu menguruskan anak2 dirumah...

Begitulah kisah bermula pada 11.11.11, sehingga masa untuk blog ini juga telah terbiar....akhirnya pada hari ini diberikan kekuatan dan semangat baru untuk menulis semula.  Namun tiada catatan yang istimewa atau semeriah dulu... kerana mungkin juga angin telah beralih arah...


....>-<
......

Tidak lupa... terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan kami sekeluarga... terutama Inas Isnyirah... demam nak tumbuh gigi plus nak berjalan gak kot...

.

09 November 2011

Wordless Wednesday | Demam

Assalamualaikum



Ya Allah, sembuhkanlah penyakit anakku dengan kesembuhan yang tidak berulang sakitnya.

06 November 2011

Qurban yang dilupakan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

catatan melekat mulai 3/11/2011 - 6/11/2011

Gambar hiasan - ada maksud yang tersirat di sebaliknya

BINGKISAN QURBAN - DALIL PENSYARIATAN IBADAH QURBAN

• Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Kautsar ayat 2 :

Maksudnya : "Maka kerjkanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur".

• Allah S.W.T.telah berfirman dalam Surah Al-Haj ayat 37 :

Maksudnya: "Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yan sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu".

• Sabda Rasulullah S.A.W.:

Maksudnya : "Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu". (Hadis riwayat Tirmidzi)



HUKUM IBADAH KORBAN

Bagi setiap umat Islam yang mampu amat digalakkan oleh agama untuk melakukan ibadah korban dan hukumnya adalah sunat muakkad ( sunat yang amat dituntut)


FADHILAT IBADAH QURBAN

Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban ini amat besar antaranya:

• Menambah amal kebajikan. Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan". (Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

• Sebagai penebus dosa Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam kepada Sayyidatina Fatimah:

Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu". (Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

• Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.

Sabda Rasullah Sallahahu 'Alaihi Wasallam:
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla." (Hadis riwayat Thabrani)

• Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:

Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)

• Menzahirkan rasa kasih sayang dan mengeratkan ukhuwwah melalui amalan bersedekah daging korban atau menjamu makan dengan korban tersebut

• Menzahirkan ketaatan kepada perintah-perintah Allah SWT, sebagaimana taatnya para nabi rasul dalam melaksanakana segala suruhan dan larangan

• Menyuburkan sifat pemurah dan mengikis sifat kedekut . Ibadah korban yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah SWT mendorong kepada pemupukan sifat-sifat pemurah yang dipuji dan mengikis sifat kedekut yang tercela.


Kedudukan orang yang mampu melakukan qurban tetapi tidak melaksanakannya.

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu katanya, sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

Maksudnya: "Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami".


Kesimpulan

Marilah sama-sama kita (bagi yang berkemampuan) melakukan ibadah korban pada hariraya korban kali ini samada untuk diri sendiri atau kepada orang lain, kerana kita belum cukup pasti apakah kita boleh atau sempat untuk melakukannya pada tahun yang akan datang.

sumber:  CITU UiTM (Perak)

Duduk dalam majlis ilmu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Kita berkongsi lagi:


Wahai para pembawa ilmu, amalkanlah ilmu kalian miliki! Karena yang disebut alim adalah orang yang mengamalkan apa yang ia ketahui dan ilmunya sesuai dengan amalnya. Akan ada suatu kaum yang membawa ilmu tidak melebihi kerongkongan mereka. Ilmu mereka bertentangan dengan amal mereka. Batin mereka bertentangan dengan lahir mereka. Mereka duduk dalam halaqah (majelis ilmu) untuk saling berdebat antara satu dengan yang lain. Sehingga ada seseorang yang marah kepada rekannya, lalu berpindah ke yang lain dan meninggalkan rekannya. Amalan mereka dalam majelis itu tidak akan bisa naik kepada Allah Ta'ala.
(Ali bin Abi Thalib)



*

05 November 2011

Daftar sebagai peserta contest Gadget Impian di Denaihati.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Daftar sebagai peserta contest Gadget Impian di denaihati.com.  Denaihati memang pemurah ditambah lagi dengan tagline "Hidupkan Untuk Memberi", memang terbaiklah. 

Pendaftaran sebagai peserta contest dibuka mulai 4/11/2011 hingga 11.59 mlm 9/11/2011.  Jadi sementara masih ada peluang eloklah cepat-cepat daftar di denaihati.com. 

Syarat-syarat pendaftaran tak susah, antaranya:

1.Blog mesti berdaftar dengan membuat satu entri ringkas menyatakan hasrat untuk menyertai Contest Gadget Impian.

2.Tinggalkan komen di entri ini (http://denaihati.com/daftar-sebagai-peserta-contest-gadget-impian) dengan kata-kata berikut:  “Saya menyertai contest Gadget Impian” dan letakan link entri tersebut diruangan commentLuv.

3.Blog MESTI pasang button RETWEET, FB like dan GOOGLE +1 sebelum buat entri pendaftaran.

4.Letakan ayat berikut di akhir entri “Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.com, Anarm.net, eQurban.com, Silver Asia Sdn Bhd, Kedai Kak Siti dan Serverfreak

5.Tarikh tutup pendaftaran contest Gadget Impian pada 11.59pm, 9/11/2011.

6.Pendaftaran terbuka kepada semua pembaca setia blog Denaihati 1Dunia.

7.Peserta digalakkan memasang plugin/widget “Waktu Solat” dimana-mana lokasi dalam blog. (bukan syarat wajib).

Yangbaik tertanya-tanya juga apa lah gadget impian yang bakal diumumkan oleh Denaihati.  Jika nak diikutkan Yangbaik, memang banyak sungguh gadget yang menjadi impian terutamanya yang melibatkan teknologi.  Walaupun Yangbaik bukanlah celik sangat tentang teknologi IT yang canggih, tetapi Yangbaik memang suka sangat gadget yang canggih manggih nih... jom explore antara gadget impian Yangbaik pula... kot-kot ada dalam senarai Denaihati.
 
Lamborghini tu... kalau ye pun nak dimasukkan dalam senarai gadget lampu bolehlah tak pun side mirror. Tak pun model saja...


Adakah ianya Samsung Galaxy SII.. elok sangat la handphone Yangbaik pun dah lama tak tukar baru... masuk 4 tahun dah...


Atau... kamera digital Sony Nex-C3...


atau....


masih lagi rahsia... kerana setiap peserta yang layak perlu ikuti perkembangan dan arahan dari semasa ke semasa yang akan diumumkan oleh Denaihati.com

Tunggu aje lah.

Akhirkata... last but not least:
“Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.com, Anarm.net, eQurban.com, Silver Asia Sdn Bhd, Kedai Kak Siti dan Serverfreak

04 November 2011

Yang baik tentang rahsia dan nasihat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Rahsia.  sesuatu yang menjadi milik peribadi seseorang dan kadang-kadang tanpa disedari rahsia yang ada pada diri kita menjadi rebutan banyak pihak untuk mengetahuinya.  Atas apa tujuan?  Hanya mereka yang tahu.  Dan mungkin juga kerana sedikit kesilapan dan kealpaan kita rahsia itu walaupun pada asalnya biasa-biasa akan jadi luar biasa dan mampu menjatuhkan maruah serta peribadi kita.

Nasihat.  jarang sangat seseorang itu suka mendengar nasihat.  namun sebagai seorang sahabat yang mengetahui tentang sesuatu rahsia tentang sahabat haruslah bijak menjaga rahsia dan memberi nasihat yang patut-patut kepada sahabat itu mengenai rahsia yang tidak diketahuinya.

memang sukar dan susah hendak memberi nasihat terutama kepada sahabat yang kita sanjungi atau sahabat yang baru kita kenali.  Baru sahaja nak kenal dengan lebih rapat tiba-tiba ada rahsia lain yang mencelah seolah menjadi batas dan sempadan antara dua sahabat.

So.. bagaimana situasi sekarang?  Dilema kan... Biarkanlah dilema itu berlalu pergi atau perlukah pedulikan rahsia itu atau bagaimana lagi...

.... keliru... migrain... sentap pula...

"Barangsiapa menasihati saudaranya secara rahasia, maka ia telah menasihatinya dan menghiasinya. Dan barangsiapa yang menasihati saudaranya secara terang-terangan (di hadapan orang banyak), maka ia telah mencemarkan nama baiknya dan mengkhianatinya".  (Imam asy-Syafi'i)

nasihat, rahsia, nama baik, khianat



*

02 November 2011

Mutiara

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

perkongsian ilmu...

....

...

Jangan berikan ilmu Anda kepada orang yang tidak mau menuntutnya. Jangan Anda tebarkan mutiara kepada orang yang tidak mau mengambilnya. Dan jangan gelar dagangan Anda di hadapan orang yang akan menghancurkannya.


(Yazid bin Maisaroh)

Yang baik antara kesenangan dan tanggungjawab

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Kita sering tersekat antara dua atau lebih pilihan.  Pilihan untuk melakukan, tidak melakukan atau tidak mengambil tindakan.  Atau mungkin juga ada pilihan lain yang tidak kita sedari. 

Memang sukar untuk membuat pilihan anda kita tidak bersedia dengan setiap apa yang bakal berlaku.  Bermakna di sini kita perlu bijak dan paling kurang pun kita perlu tahu mentafsirkan apa yang bakal berlaku di sekeliling kita dan kaitannya dengan sesuatu peristiwa.  Kelak kita tidak dicop sebagai penghalang kejayaan kepada organisasi kita. 

Kesenangan.  Semua orang nak senang namun tidak semua orang sanggup bersedia menerima tanggungjawab.  Untuk berhadapan dengan kesenangan bukan datang bergolek seperti mentimun atau datang melayang seperti kekabu.

Semua kesenangan yang bakal kita perolehi datangnya bersama tanggungjawab.  Tanggungjawab untuk mempertahankan kesenangan dan jalan yang kita lalui untuk bertemu dengan kesenangan.


Dua perkara yang memutuskanku dari menikmati kesenangan dunia :
(1) mengingat kematian dan
(2) memikirkan keadaanku saat berdiri di hadapan Allah untuk mempertanggungjawabkan amalanku ketika di dunia.


(Ibrahim at-Taimi)
 
 
 
 
Semoga setiap dari kita sentiasa bersedia dengan tanggungjawab.
 
Sekian.

Hentikan kegedikan melampau

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Sebagai seorang wanita, isteri dan ibu serta sebagai seorang anak yang pernah suatu masa dahulu mempunyai zaman remaja... terasa terkilan juga bila melihat gadis-gadis dan remaja yang 'terlebih manja' atau 'gedik'.  Tak salah mempunyai perasaan itu kerana naluri kita memang begitu, tetapi peliharalah kegedikan itu dan jangan lah sesekali dipertontonkan kepada pihak awam.  Simpan lah perasaan itu untuk diri sendiri. 

Sungguh memang orang akan kata, peduli apa itu 'aku punya pasalllah, engkor apa sebok'.  Biasakan?  Jangan dibiasakan ayat-ayat sebegitu, bila ditegur terimalah dengan terbuka dan cuba perbaiki diri.

Terasa sungguh mual dan meloyakan bila kegedikan itu jadi bahan tontonan dan bahan perleceh oleh pihak lain.  Ia bukan suatu kemegahan untuk dibanggakan sebaliknya sesuatu yang sepatutnya dielakkan kerana i bisa mengundang suatu perasaan yang tidak menentu suatu masa kelak..elakkan lah yer.. 


Kebaikan menghidupkan cahaya dalam hati dan kekuatan dalam beramal. Sedangkan keburukan menyebabkan kegelapan dalam hati dan kelemahan dalam beramal.                      (al-Mu'tamir bin Sulaiman at-Taimi)




.

01 November 2011

Cerita banyak di bulan Oktober

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sudah banyak rupanya aye bercerita di sepanjang bulan Oktober 2011.  Macam-macam cerita dan yang lebihnya dalah berkisar kehidupan seharian dan yang berkaitan dengan kehidupan aye atau kehidupan anda juga.

Cuma satu kekurangan aye adalah bercerita tentang kewangan dan pelaburan.  Sedangkan dunia sekarang hatta dalam blog pun banyak yang bercerita mengenai kaedah menambah pendapatan sama ada melaui insuran, jualan langsung atau perniagaan 'online'.  Memang bukan dunia aye nak bercerita bab-bab kewangan.  Namun mana tahu beberapa masa kelak aye akan bercerita mengenai dunia kewangan pula. 

Antara catatan bulan oktober yang paling mendapat sambutan adalah:

Peperiksaan Akhir Tahun 2011 5 Tahun , Ramaikan Folower, dapatkan pembaca dan 16 Oktober - Hari Makanan Sedunia

Sebenarnya banyak lagi catatan popular tetapi bukanlah catatan bulan oktober sebaliknya catatan bulan-bulan yang lepas termasuk juga tahun-tahun yang lalu.

Akhir kata, terima kasih kepada anda semua yang sudi singgah di blog aye yang seberapa ini.  Walaupun ada singgah sebagai silent reader atau tersinggah kerana cari yang lain jumpa yang lain.  Kesudian anda meningkatkan trafik di blog ini sungguh-sungguh dihargai dan secara tidak langsung meningkatkan keazaman aye untuk menambahbaik kualiti karya di blog ini.

Terima kasih. 

Oktober dalam kenangan, November pula menggamit ingatan.


,

Apa saja asalkan yang baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Terdetik terlintas di kotak fikir
Biarpun bentuknya bukan sekadar kotak
Atau bentuknya tidak berupa
Apa saja bentuk asalkan bentuknya yang baik

Tertulis terlakar di kotak ini
Biarpun bukan dengan pena
atau juga tidak dengan kalam
apa saja tulisan asalkan memberi makna yang baik

Terlihat terbaca di ruangan ini
Biarpun bukan karangan yang panjang
atau juga bukannya idea menarik
apa saja asalkan mampu memberi input yang baik

apa saja ... bukan FBI
apa saja ... asalkan yang terbaik untuk memberi makna kepada kehidupan

.