Pageviews

11 Oktober 2011

Pujian dan celaan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Hendak memuji biar bertempat
Hendak mencela biar bertempat


Semua pujian di dalam al-Qur'an yang ditujukan kepada seorang hamba, maka itu semua berasal dari buah ilmu. Dan semua celaan di dalam al-Qur'an yang ditujukan kepada seorang hamba, maka itu semua berasal dari buah kebodohan.  (Ibnul Qayyim)

Semoga bermanfaat.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum wbt
    Memang benarlah kita mesti mengikut keadaan seseorang walaupun menyatakan atas kebenaran kerana bukan semua manusia dapat menerima kebenaran tersebut begantung kepada tahap keilmuan sedia ada, tempat, faktor umur dan masa ketika itu.
    Dari Abu Hurairah r.a sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Seseorang itu atas agama sahabatnya, maka hendaklah seseorang kamu memerhatikan siapa harus di pilih menjadi sahabat."
    (Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tarmizi dan al-Hakim)

    Tetapi apa yang penting sekali adalah keterbukaan seseorang itu menerima kebenaran. Sekiranya kita merasa perjalanan ilmu kita ini masih jauh dan panjang, adalah lebih baik kita merendahkan diri dan lapangkan dada menerima petunjuk Allah SWT. Surah AlAn`aam:125 فَمَن يُرِدِ ٱللَّهُ أَن يَهۡدِيَهُ ۥ يَشۡرَحۡ صَدۡرَهُ ۥ لِلۡإِسۡلَـٰمِ‌ۖ وَمَن يُرِدۡ أَن يُضِلَّهُ ۥ يَجۡعَلۡ صَدۡرَهُ ۥ ضَيِّقًا حَرَجً۬ا ڪَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِى ٱلسَّمَآءِ‌ۚ Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayat petunjuk kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Dia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah dia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya).
    Wallahualam

    BalasPadam
  2. to tajnur,

    terima kasih atas perkongsian yang sungguh bermakna... semoga ianya memberi manfaat kepada semua.

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.