Pageviews

10 September 2011

Kelebihan dan kekurangan kerja lebih masa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Kelebihan dan kekurangan kerja lebih masa


gambar hiasan

Sebelum menulis tentang kelebihan dan kekurangan kerja lebih masa, apa kata kita selusuri dulu soksek soksek dan desas desus yang sering memanaskan telinga...

Situasi 1:
-  Kerja lebih masa ni seronok ke?
-  best la dapat kerja lebih masa, bos takder boleh ngulat..
-  kerja ke hari ni, anak sapa jaga?
-  Banyak la masyuuuk, dah kerja hari minggu kan.
-  Tak masak lagi la hari ni?

Situasi 2:
-  Umi nak ke mana hari ni?
-  Umi kerja ke hari ni?
-  Tengahari nanti nak makan dengan siapa?
-  Bila nak keluar jalan-jalan?
-  Tak dapat balik kampung la.. macam ni.

Macam tu lah situasi yang akan hadapi bila bekerja lebih masa.

Memang lah kerja lebih masa ni dapat masyuukkk... tapi tak banyak mana pun yang boleh masyuuuk....  tambahan kerja gomen... kalau kerja kilang carsem ker kilang mattel ker tak pun kerja kilang kat bayan lepas... masuk banyak la jugak.

Time kerja lebih masa bukan masa untuk mengulat atau mengulorr.  Kerja lebih masa adalah atas keperluan jabatan, kalau tak buat akan memudaratkan perkhidmatan. Walau apapun alasannya bila nama dah naik kerja hari Sabtu dan Ahad, apa nak buat... terpaksalah batalkan semua perancangan keluarga dan tangguh ke masa lain dan datanglah kerja dengan suci hati dan niat yang ikhlas untuk bangsa dan negara... ala sebagai ganti jugak kan ... kadang-kadang time kerja ada kecemasan pulak kat rumah kena ambil cuti kecemasan tak pun kerja 'half day'.

Kelebihan kerja lebih masa adalah secara tidak langsung dapat menyiapkan kerja-kerja yang tidak sempat disiapkan semasa hari kerja biasa.  Tetapi bukan lah syarat untuk tidak menyiapkan kerja seperti biasa pada hari kerja biasa.  Maksudnya begini, ketika sedang bertugas semasa ketiadaan pelajar atau pensyarah maka bolehlah siapkan kerja-kerja pejabat semalam ataupun siapkan kerja yang boleh dilakukan pada hari Isnin.  Sebab... hari Isnin ini ada majlis sambuat mega raya aidilfitri... kena tugas jaga meja hidangan pula... so tertangguhlah kerja-kerja pejabat.  Dah ada peluang buat kerja hari ni, buatlah.  Sementara rehat ni... kita bloggging la... lalalalla

Kekurangan kerja lebih masa pula adalah hari ini ada majlis sambutan hari raya aidilfitri di TASKI dan rumah kawan di Sungai Galah... maaf lah tak dapat pergi.  Wakilkan aje kepada 'orang rumah' dan anak-anak.  Semoga mereka berbahagia.  dan tambahan lagi satu... tak dapat balik kampung melawat mak dan mak mertua... tunggu minggu depan pula... jika ada peluang...

Walau apa pun kelebihan dan kekurangan yang ada itu semua adalah pelengkap dalam kitaran hidup kita.  Satu kita terlepas mungkin akan dapat lebih baik dari yang telah lepas.  Peluang yang dapat ini kita gunakan sebaik-baiknya...

Sekian...


Terima kasih sudi baca entri Kelebihan dan kekurangan kerja lebih masa

5 ulasan:

  1. Selagi kita pandai manage masa kita, takde masalah rasanya.

    BalasPadam
  2. ha betul tu YB...kupasan yg baik...KG suka baca entri ni. ada org keja lebih masa utk makan elaun lebih masa yg buta..(kawan gaji buta ni)

    BalasPadam
  3. Kekurangan kerja lebih masa masih tidak faham. Adakah ia memang kekurangan atau sebaliknya?

    BalasPadam
  4. Minta tolong guna bahasa melayu yang betul agar pelajar dapat memahami apa yang dibaca dan memudahkan pelajar untuk membuat rujukan

    BalasPadam
  5. Perlu pandai manage masa
    https://izzatsabyan.com/blog/10-idea-perniagaan-di-internet/

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.