Pageviews

23 Julai 2011

Nilai yang sama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

(gambar hiasan:  hidangan nasi lemak syarat wajib setiap kali mesyuarat atau perjumpaan)

Nilai yang sama.  Gambar di atas bukanlah gambaran bagi pemandangan di Nilai 3 Negeri Sembilan atau mana-mana nilai yang lain.  Ini adalah kerana Nilai 3 di Negeri Sembilan selalunya digambarkan dengan kain pasang yang cantik dan murah serta bermacam ragam lagi.  Aye nak cerita banyak tentang Nilai 3 bukanlah pandai sangat sebabnya tak pernah sampai lagi ke sana.  Kalau setakat Seremban atau Port Dickson pernahlah sampai, tapi itu dah lama dulu hampir-hampir 5 tahun atau lebih.

Tapi, apa kaitan pula Nilai 3 dengan dengan nilai yang sama, tajuk catatan nih?

Jawapannya: TIADA KAITAN LANGSUNG.  tak kiralah secara ulangan atau siaran tergendala.  huhuhuu... merapu kan.

Sebenarnya, tadi baru lepas belek-belek kain pasang yang lama tak terusik.  Ingat nak potong buat baju anak-anak tapi mood tak mai lagi. Takut pulak nanti rosak kain.  So, simpan semula dalam beg plastik dan masuk bakul.  Rasa-rasanya nak beli ajer kot... nak hantar kedai atai tailor mungkin dah tak terima.  Cari lah dulu kat mana-mana. 

Nak cari gambar-gambar kain yang bergantungan kat deretan kedai.  Esok pi jalan-jalan kat pasaraya Sakan ke tak pun pi Arked Man kat Teluk Intan, tangkap gambar kain yang bergantungan... cantik jugak... boleh buat koleksi.

Simpan gambar untuk diri sendiri  jer...

*.*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.