Pageviews

20 Disember 2010

Kena kencing...kucing atau orang

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

Dalam hidup ini, dari kecil hinggalah sekarang semua orang biasa melakukannya, ada yang lawas dan tidak.  Yang tidak lawas tu eloklah cepat2 berubat.  Risau jugak kota2 ada penyakit lain seperti penyakit buah pinggang akibat daripada kencing kotor. 

Bagi ibu-ibu hamil, penyakit kencing kotor boleh membahayakan kandungan.  Maka apabila terdapat pergerakan luar biasa pada kandungan eloklah bersegera jumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dan khidmat nasihat... kalau setakat jumpa kawan2 tak berbaloi.

Bagaimana pula nak mengatasi anak2 yang suka kencing malam (semasa tidur), habis basah tilam?  Ada sesiapa tahu?  Aye ada petua untuk diri sendiri lah kalau pembaca nak cuba boleh juga.  Caranya sebelum anak itu tidur, sapukan sedikit minyak angin (aye guna minyak 'naman choi chiwit', kalau nak guna minyak angin lain boleh juga seperti minyak kayu putih, minyak geliga) pada tapak kaki dan juga ari-ari...

Kalau dah kena kencing jugak, basuh lah... tilam nak basuh?... hmmm , gunalah febreeze...

itu kalau kena kencing manusia.  Kena kencing ni macam2 juga istilah, ada juga bawa maksud kena tipu... kes ni macam mana nak basuh... pandai2 lah bawa diri....

kalau kena kencing kucing pulak?.... hu... bau nya...

daripada merepek kat atas, apa kata kita layan pulak kata-kata nasihat berikut:

"Apa pendapat Anda bila ada seseorang yang pakaiannya terkena air kencing, lalu ia hendak mensucikannya dengan air kencing pula? Mungkinkah air kencing itu dapat mensucikannya? Tentu saja tidak! Kotoran tidak dapat disucikan kecuali dengan sesuatu yang suci. Begitu pula halnya keburukan yang pernah kita lakukan, tidak akan dapat terhapus kecuali dengan memperbanyak melakukan kebaikan".  (Sufyan ats-Tsauri)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.